
Halia, lengkuas, kunyit antara bahan masakan yang cukup penting dan mesti ada di dapur. Walaupun digunakan dalam kuantiti yang ssedikit, namun rasa makanan lebih enak dan lazat.
Penggunaannya yang sedikit dan bakinya disimpan di dalam peti sejuk. Namun, disebabkan bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tidak boleh digunakan lagi.
Apa kata cuba petua dan cara yang betul penyimpanannya. Bukan sahaja dapat memastikan kunyit, lengkuas, serai dan halia ini masih elok dan segar. Bahkan boleh bertahan sehingga dua bulan dan boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut.
Cara-caranya:
- Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
- Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
Selamat Mencuba!
Sumber: Petua Ibu
Sempena Cuti Sekolah, Inilah 15 Lokasi ‘Hotspot’ Risiko Lemas Yang Wajib Ibu Bapa Tahu.

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, anak-anak yang paling teruja. Inilah masanya mereka berpeluang rehatkan minda setelah penat belajar.
Sudah pasti ibu bapa sudah merancang ke mana lokasi untuk membawa anak-anak bercuti kan. Sama ada ke pusat rekreasi seperti air terjun, pantai dan sebagainya.
Memandangkan cuaca panas yang sedang melanda negara kita saat ini, sudah pasti seronok jika dapat mandi-manda di samping menghirup udara segar kan.
Namun., disebalik keterujaan itu, ibu bala kena berhati-hati bimbang berlaku tragedi yang tidak diingini seperti lemas dan sebagainya.
Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 15 lokasi yang berisiko tinggi berlaku kejadian mati lemas.
Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, menerusi data Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan insiden mati lemas lebih daripada lima mangsa antara tahun 2016 dan 2018.
Pada tahun lalu, sebanyak 182 insiden mati lemas dilaporkan di kawasan sungai atau tali air, 58 di pantai, 39 di lombong atau tasik dan 27 insiden di air terjun.
Berdasarkan data JBPM bagi kejadian mati lemas kawasan rekreasi adalah sebanyak 260 kes pada 2016; 327 kes pada 2017 dan 309 kes pada 2018.
Oleh itu, beliau meminta semua ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
Jadi, kepada anda yang merancang untuk membawa anak-anak ke pusat rekreasi melibatkan air, berhati-hatilah di kawasan-kawasan ini:
1. Kawasan sungai⚠️
Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)
Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7)
Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6)
Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6)
Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5)
2. Kawasan pantai⚠️
Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14)
Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7)
Teluk Bahang, Pulau Pinang (7)
3. Kawasan lombang/empangan⚠️
Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10)
Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10)
Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5)
4. Kawasan air terjun⚠️
Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12)
Sekayu, Terengganu (11)
Lata Berembun, Raub, Pahang (10)
Chamang, Bentong, Pahang (5)
Sumber: Bernama
Macam-Macam Cara Cuba Tapi Belum Ada Rezeki Anak, Beto Pilih Cipta Kenangan Bersama Isteri

Meskipun sudah 14 tahun menanti cahaya mata, pelakon hebat Beto Kusyairy tidak menyalahkan takdir sebaliknya akur dengan ketetapan Allah SWT.
Menurut Xtra, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia dan isterinya Tisha Shahar sudah melakukan pelbagai usaha termasuk rawatan Islam, tradisional dan moden untuk dikurniakan zuriat.
“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.
“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya.
Sementara itu, terdapat sekeping foto Beto bersama isteri dalam bentuk video dimuat naik seorang pengguna aplikasi TikTok yang juga peminatnya @user1285999598428.
Namun, perkara mengundang perhatian ramai adalah kenyataan dalam video berkenaan yang merujuk kepada soalan kebiasaan diterima pasangan tersebut.
“Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulis kenyataan tersebut.
Meninjau di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji kesetiaan Beto dan isteri dalam perhubungan rumah tangga selain menitipkan doa agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.
Sumber: Xtra , Tiktok @user1285999598428
50 Peratus Diskaun Tol Untuk Semua Perayaan Tahun Ini, Boleh Rancang Perjalanan!

Tidak lagi diberikan secara percuma, diskaun tol sebanyak 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tahun lalu, Kabinet memang memutuskan untuk selaraskan pemberian subsidi supaya lebih tersasar kepada mereka yang memerlukan.
“Jadi, keputusan itu memang tetap dan tak ada lagi pada tahun ini (tol percuma).
“Seperti sedia maklum, minggu lepas Tahun Baru Cina bukan diberi tol percuma tetapi diskaun 50 peratus.
“Disebabkan itu, Aidilditri dan perayaan lain tahun ini kita akan buat diskaun 50 peratus,” katanya ketika lawatan ke lokasi tapak pembinaan jejantas laluan motosikal dan pejalan kaki berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Leman, semalam.
Sebelum ini, kerajaan memberi potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina, dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara.
Katanya, keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet 24 Januari lalu dan membabitkan kerajaan menanggung pampasan RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
“Semua tol dibiayai oleh kerajaan dan bukan dibiayai syarikat konsesi. Saya berharap rakyat tahu akan perkara ini.
“Kalau tol percuma, kita menggunakan lebih RM 100 juta setahun. Jika diskaun 50 peratus, kira-kira RM 80 juta kerajaan akan bayar kepada syarikat konsesi dan penjimatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan,” katanya.
Sumber: Berita Harian