Jika Mahu Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis, Ikut Petua Mudah Ini

Share

Sebut sahajalah menu apa sekali pun jika berasaskan ikan bilis memang sedap. Meskipun ringkas penyediaannya.

Ikan bilis yang digoreng garing memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Malah jika dijadikan sambal goreng ikan bilis pun tidak pernah menghampakan.

Tapi tahukah anda, ada cara untuk mendapatkan rasa  ikan bilis goreng yang enak dan kerangupannya dapat  tahan lama? Cuba petua ini.

BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis

Cuka makan

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.

3. Perap selama 5 minit.

4. Goreng ikan bilis seperti biasa.