Sebut sahajalah menu apa sekali pun jika berasaskan ikan bilis memang sedap. Meskipun ringkas penyediaannya.
Ikan bilis yang digoreng garing memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Malah jika dijadikan sambal goreng ikan bilis pun tidak pernah menghampakan.
Tapi tahukah anda, ada cara untuk mendapatkan rasa ikan bilis goreng yang enak dan kerangupannya dapat tahan lama? Cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!
Bunga kantan selain kita biasa akan gunakan dalam menyediakan menu asam pedas mahu pun laksa di bulan puasa ini, anda juga boleh sediakan menu yang tidak kurang enaknya dan mudah disediakan dengan menggunakan bunga kantan tersebut.
Menu yang dimaksudkan ialah Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan. Mungkin ada yang belum pernah mencuba rasa menu ini. Pun begitu percayalah sekali buat pasti memenuhi selera anda seisi keluarga hingga mampu membuatkan makan bertambah.
Begitu juga bila anda sediakan Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak ini apabila bunga kantan tersebut digoreng garing dan dijadikan sambal, nyata memberi rasa yang cukup enak. Menariknya juga menu nan satu ini boleh disimpan lama di dalam bekas untuk memudahkan dimakan pada bila-bila masa.
Jadi usah tunggu lagi, alang-alang jika bunga kantan tersedia di dalam peti sejuk apa kata hari ini kita sediakan kedua-dua menu ini.
Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan
Bahan bahan :
Ikan bilis yang digoreng garing
1 bunga kantan hiris nipis
1 Serai dihiris nipis
3 ulas bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato dibuang bijinya dipotong dadu
3 cili api dipotong nipis
2 biji perahan air limau kasturi
Gula secukup rasa
Cara Buat:
Gaul semua bahan sebati kemudian masukkan ikan bilis garing, gaul lagi.
Siap untuk dimakan
Kreadit : Heliza Mokhtar
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Sebulan Berpuasa, 3 Menu Berasaskan Ikan Ni Perlu Buat. Enak & Mudah Je Nak Masak!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Ini pula resipi Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak.
Bahan-bahan:
10 kuntum Bunga kantan
Ikan bilis
30 tangkai Cili padi
10 biji Bawang merah
1 labu Bawang putih
Cara Buat :
Langkah 1 : Bunga kantan di hiris nipis.
Langkah 2 : Kemudian digoreng macam goreng bawang goreng, ketepikan .
Langkah 3: Ikan bilis goreng garing, ketepikan.
Langkah 4 : Kemudian cili padi, bawang merah dan bawang putih di tumbuk.
Langkah 5 : Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga garing, kemudian masukkan bunga kantan dan ikan bilis.
Langkah 6. Gaul rata dan siap
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Masam, Manis & Lemak Elok Aiskrim Solero Homemade Ni. Mudah & Ringkas Bahannya, Rasa Setanding Jual Kat Kedai!
Tipu la kalau anda tak pernah makan aiskrim solero, diluarnya masam dalamnya lemak berkrim. Kan? Nak-nak lagi dapat makan time panas terik. Perghhh nikmat tak terkata!
Yang mana favourite dengan aiskrim masam macam ni, apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Dah alang-alang duduk rumah tak tahu nak buat apa kan, boleh juga main masak-masak dengan anak minta diorang tolong sekali. Buat pula sekali dapat banyak, lagi berbaloi la dari beli kat kedai! Jom cuba resipi dari Pn Sharla Rose ini. Superb!
ICE CREAM SOLERO SHOT
Bahan-bahan untuk air limau:-
1.5 liter air
Gula (sesedap rasa)
Serbuk limau nipis/pati limau nipis (sesedap rasa, masam sikit lebih sedap)
Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
2 sudu tepung jagung
Nak dapatkan barang dapur dengan harga runtuh? Meh tengok kat SINI !
Cara-caranya :-
1. Kacau semua bahan hingga larut.
2. Masak hingga mendidih dan sejukkan.
Bahan-bahan untuk susu Perisa Vanilla :-
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar ovelette
1 sudu besar esen vanila
Gula (sesedap rasa, tak perlu banyak sebab susu pekat dan manis)
2 cawan kecil air
2 sudu besar tepung jagung
Cara-caranya:-
1. Kacau semua bahan hingga larut.
2. Masak hingga sedikit mendidih dan sejukkan.
3. Bila dah siap kedua-duanya, masukkan air ke dalam plastik aiskrim. Masukkan air susu perisa vanilla terlebih dahulu ke dalam plastik sampai separuh, kemudian barulah masukkan air perisa limau tadi. Ulang hingga habis air kita tadi. Dah boleh masukkan dalam peti untuk bekukannya!
Inilah hasilnya. Selamat mencuba!
Kek Marjerin Lemak Manis Versi ‘Azlina Ina’, Simple Je Tapi Gebu & Sedap. Ikut Resipi Ni Memang Confirm Menjadi!
Siapa yang tak kenal dengan Azlina Ina kan, pakar masakan yang cukup popular di media sosial. Setiap kali memuat naik resipi pasti menjadi ikutan dan tak pernah menghampakan.
Justeru, admin kongsikan resipi yang paling simple tapi sedap buat ibu-ibu cuba. Resipi air tangan dari Azlina Ina Fans mudah je. Guna sukatan cawan je. Jom cuba!
Salam anak2 manis.Ramai x anak2 mak yg manis2 ni mai like tgk Sapa sini suka kek majerin nak buat kek majerin jd lg sedap? try resepi ni mmg compem sedap sgt3
Kek Majerin Lemak manis
Bahan-bahan:
350g majerin pelangi
1 cawan gula halus dalam 200g
1/2 kotak kecil santan mns
esen vanila sedikit
1/4 cawan /4 sb susu pekat( kalau suke manis tambah lg pn xpe)
5 biji telur
ayak kan
4 sb creamer serbuk(99 pn ade jual)
300g tepung gandum
1sk baking powder
Cara membuat:
Majrerin +gula+susu pekat+esen vanila
Mix sampai jadi cream putih
Masukkan telur satu2 sampai habis.
Tambah santan berselang dgn tepung sampai habis.
Ok siap
Lapik loyang dgn baking paper
Tuang adunan dan bakar suhu 180 masa 45-50 mnt
Keluarkan dari loyang atas redai
Boleh potong dan makan