Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Ads
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
Ads
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
Ads
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasti ada di kalangan kita yang pernah melalui pengalaman waktu kecil dulu disuruh ibu atau bapa untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran. Pengalaman yang dilalui ketika itu, cukup meriah dirasakan. Apa tidaknya boleh dikatakan setiap hari ada sahaja menu yang ingin dikongsikan bersama jiran-jiran, semuanya saling bertukar-tukar juadah.
Walaupun hakikatnya bukanlah balasan hidangan yang dinanti-nantikan, namun dengan menghidupkan suasana harmoni dengan semangat kejiranan yang kuat seperti itu di bulan Ramadan dapat membuatkan hubungan antara kejiranan sangat baik dan rapat.
Nanti Pulangkan Pinggan
Menerusi perkongsian video dari seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @iqblzmri, telah memuat naik satu video yang cukup menarik perhatian bila seorang kanak-kanak menghantar juadah berbuka kepadanya.
comel je “aah” pastu dia boleh ckp “nanti pulangkan pingan” “pulangkn pingan” alah alah alahh😂😂😂 terigt kecik2 dlu selalu berkongsi juadah berbuka dgn jiran pic.twitter.com/LUzPn3YjmS
Dalam video ini, kanak-kanak lelaki tersebut menghulurkan sepinggan kuih kepadanya untuk dijadikan juadah berbuka. Apa yang menariknya adalah aksi si anak kecil memberi peringatan untuk pastikan pinggan tersebut dikembalikan dengan gaya yang begitu comel dan geram melihatnya.
Berulang kali menyebut “Nanti pulangkan pinggan…nanti pulangkan pinggan” sambil berlari dan melompat dengan nada yang cukup membuatkan pengguna Twitter cukup tertarik melihat video yang dikongsikan.
Tidak kurang juga melalui perkongsian video tersebut ada yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika menghantar makanan kepada jiran semasa bulan Ramadan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, cuba praktikkan petua ini. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari kerana bahannya mudah didapati dan yang penting selamat. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Perkongsian oleh Afieyzea Aleeschaylee untuk anda yang mempunyai masalah bibir kering dan pecah selain mengelakkan ia kehitaman.
Haa, hari ini Afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita perempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir dan semestinya kunyit tetap ada dalam setiap petua.
Bahan-bahan:
Kunyit
Madu
Cara-Caranya:
Campurkan kunyit yang di tumbuk halus ke dalam madu
Sapukan pada bibir
Biarkan 10 minit dan gosok rata bibir
Khasiat kunyit untuk bibir:
kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka..
kunyit juga kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir kehitaman..
kunyit juga mengandungi anti-inflamasi juga membantu mengurangan kehitaman pada bibir..
Khasiat madu untuk bibir :
membantu memberi tona / memerahkan bibir secara semulajadi
mengubati bibir kering rosak , pecah & hitam
melembabkan bibir
* Tips – tips lain , jangan terlalu kerap menjilat bibir anda ianya akan membuatkan bibir bertambah kering , minum air putih secukupnya.
*Buat banyak boleh simpan dalam peti nanti boleh pakai lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menikmati secawan teh bersama keluarga diwaktu pagi tentu membuatkan waktu bersarapan menjadi lebih sempurna.
Pun begitu, jika amalkan minum air teh Masala yang dimasak bersama herba terpilih, tidak kurang hebatnya.
Malah menurut Linda Md Yusof, antara khasiat teh herba ini dikatakan mampu panaskan badan, buang angin, bakar lemak dan mengatasi masalah peredaran darah.
Untuk itu, jom kita ketahui resipi yang dikongsikan olehnya dan bolehlah diamalkan.
TEH MASALA
Bahan-bahan:
2 uncang teh @ 2 sudu besar serbuk teh
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 inci halia- ditumbuk lumat
1 sudu kecik buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Susu pekat manis secukup rasa
5 cawan air
Cara-caranya:
1.Didihkan air dalam periuk.
2.Masukkan teh, halia, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga.
3.Didihkan semua bahan selama 5 minit.
4.Tapiskan air dalam jug dan tambah susu pekat manis secukup rasa ( jangan manis-manis sangat nanti kena potong kaki hokey).
5.Sedia untuk dinikmati.
Sumber : Linda Md Yusof via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...