Lazimnya jika mempunyai masalah kulit sensitif seseorang itu akan berasa kegatalan atau keradangan pada kulit yang akhirnya menyebabkan tindakan menggaru-garu dan sekali gus menyebabkan rasa tidak selesa.
Jika terjadi pada anak-anak yang masih kecil, kesihan juga dibuatnya.
Bagi membantu mengatasi masalah ini, ada baiknya segera dirawat dengan berjumpa doktor disamping mengambil kira dalam pemilihan sabun mandi sebagai usaha diperingkat awal.
Nak tahu lanjut, jom kita baca perkongsian Dr Hafiz Sulaiman
ini.PILIH SABUN SIKIT ASID UNTUK ORANG KULIT SENSITIF
Macam mana nak pilih sabun untuk orang sensitif macam ekzema?
Salah pilih, merah naik radang..gatal bukan main parah. Antara faktor pada saya amat penting ialah pH sabun. Ia menentukan sabun tu asid, neutral atau alkali.
Tapi biasanya sabun pH sikit asid..sikit alkali atau sangat alkali.
Macam mana nak tau pH mana sesuai?
Prinsip asasnya mudah saja.. ekzema ialah masalah sensitif. Jadi kita kembali kepada fitrah asal kulit. pH kulit ialah sedikit ASID. Dalam lebih kurang pH 4-7
Menurut Jurnal Cosmetic Science, Paras ideal kurang 5 (lebih asid)
pH kulit bayi ialah 7 (neutral) pH orang dewasa ialah 5.7 (asid)
Iya benar, kulit kita berasid.
Keadaan asid sesuai untuk pembiakan kuman fitrah kulit yang bermanfaat.
Sabun kat pasaran majoriti adalah lebih beralkali..
Sabun antibakteria terutamanya adalah sangat beralkali…diantara pH 9-12.
Namun, kuman yang mati kat tangan tu termasuk juga kuman yang menguatkan dan menyihatkan kulit. Lama -kelamaan jika tonyoh dengan sabun antibakteria kuat, risiko kulit jadi kering atau gatal tinggi bagi kulit sensitif.
Bila kulat bermanfaat mati juga, kulat akan hinggap sebab kuman baik dah tak protect kulit kita. Sabun antibakteria kuat sokmo memang ada risiko tumbuhkan kulat.
So kesimpulannya,
Kulit kita fitrahnya sikit asid, pilihlah jagaan badan yang memelihara fitrah. Pilih sabun pH sesuai..
pH antara pH4.5 ke pH7 lebih sesuai kebiasaannya.
Sabun yang sesuai kulit sensitif biasanya akan tulis pada label.
Semoga bermanfaat.
Gambar kredit healthline.