Jika Kena Makan Ubat Di Bulan Puasa, Begini Perubahan Masa Pengambilannya!

Share

Umumnya jika sesiapa pun antara yang mempunyai rutin pengambilan ubat secara berjadual, sudah pasti terbiasa dengan waktu-waktu tertentu perlu makan ubat.

Pun begitu, di bulan Ramadan ini  rutin untuk bersarapan dan makan tengah hari berubah. Maka jadual  pengambilan makan ubat juga turut berubah. Walaupun begitu perlu diingat kekerapan dan jumlah pengambilan ubat tetap juga sama.

Bagi memudahkan anda, Public Health berkongsi jadual untuk pemahaman bersama.

Elok juga kita ingat-ingatkan ibu ayah yang berusia jika ada penyakit kencing manis dan sebagainya  tentang perubahan pengambilan ubat ini agar mereka tidak terlupa dek kerana masa pengambilan berbeza daripada kebiasaan.

PANDUAN PENGAMBILAN UBAT KETIKA BULAN PUASA.

Bagi mereka yang DIIZINKAN berpuasa ketika masih menggunakan ubat, pastikan anda tidak lupa atau berhenti makan ubat ya.

Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.

Bagi mereka yang tidak diizinkan berpuasa pula usahlah bersedih. Ada banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakakukan sepanjang bulan Ramadan ini.

Semoga kita semua dapat lalui Ramadan kali ini dengan sempurna.

 

sumber : Public Health Malaysia