Melihat buah tembikai yang telah dihiris terhidang di atas meja, dengan warnanya yang merah menyala tentu membuatkan kita terbayang kemanisan rasanya, dan tidak sabar pula untuk menikmatinya.
Pun begitu, selepas kita menjamah keenakan rasa buah tembikai tersebut, bijinya sering kita buang.
Sebenarnya, biji buah tembikai amat berguna untuk manusia.
Menurut maklumat daripada laman boldsky.com, setiap biji buah tembikai dikatakan amat bermanfaat dalam membantu menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit batu karang, penyakit jantung dan beberapa penyakit lain.
Jom semak apa lagi khasiat yang terkandung di dalam biji buah tembikai ini.
Khasiat Biji Tembikai
Cara untuk menyediakan biji tembikai untuk dibuat ubat seperti yang dinyatakan di atas teramatlah mudah dan senang.
Ads
Ambil beberapa biji tembikai kemudiannya rebus dengan sedikit air. Air rebusan dari biji tembikai itulah yang dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit seperti yang berikut;
Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kandungan magnesium yang terdapat di dalam biji tembikai sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung manusia.
Mencantikkan Dan Menjaga Kulit
Biji tembikai mempunyai kadar zat antioksida yang amat tinggi, jadi rebusan air biji tembikai ini akan merawat kulit daripada dalaman yang akan menjadikannya lebih licin serta halus dan gebu.
Mengawal Diabetes
Ads
Air rebusan ini boleh menurunkan kadar gula di dalam darah dengan baik. Anda perlu mengamalkan selama tiga hari secara berturut-turut tanpa henti untuk melihat kesannya serta rasai perbezaannya.
Memperkuatkan Ketahanan Rambut
Khas untuk wanita sekiranya mengamalkan air rebusan biji buah ini, ia dapat membantu serta mengelakkan daripada keguguran rambut malah ia dikatakan mampu mengubati kulit kepala yang sering gatal seperti kelemumur.
Meningkatkan Kekebalan Tubuh Badan
Biji tembikai amat kaya dengan vitamin serta nutrisi, ianya sangat baik untuk kebaikan tubuh badan manusia.
Ads
Mungkin ramai yang tidak menyangka kebaikan biji tembikai dan sebelum ini biasanya kita sering membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan kelebihan yang terdapat pada biji tembikai itu.
Selepas ini, anda boleh mengamalkan tips ini untuk kebaikan dan kesihatan anda sekeluarga serta untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Amalkanlah sesuatu yang amat bermanfaat itu demi kesihatan yang lebih sempurna.
Biji tembikai sangat rendah kalori dan padat dengan nutrien. Kalau kita goreng akan jadi rangup dan boleh gantikan snek yang tidak sihat. Tetapi kalau tukar jadi teh, dapat segalanya yang kita perlu hanya dalam satu minuman!
Resipi teh biji tembikai!
Sediakan 20-30 biji tembikai.
Kisar dan rebus selama 15 minit dalam 2 liter air.
Ambil minuman ini selama 2 hari dan berhenti di hari ketiga.
Terus berbuat demikian untuk beberapa minggu dan alami perubahannya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sotong celup tepung adalah antara menu yang sering menjadi kegemaran buat keluarga apabila menjamu selera.
Selalunya hidangan ini agak mahal jika makan di kedai. Apa kata buat sendiri di rumah. Rasanya pun rasa macam di kedai.
Malah melalui perkongsian ini berkongsi resipi untuk memastikan hidang sotong celup tepung rangup dan tidak meletup-letup ketika mengoreng.
Ikuti bahan-bahannya.
Resepi Nurul Faidha mmg menjadi, TQ faidha. Tepung ubi + tepung jagung + tepung bestari sikit. Tak meletup-letop, tak makan minyak, rangup & elok kejadian.
Ini Rahsianya. Bahan-bahanya adalah: Sukatan : 1 cawan tepung ubi + 1 cawan tepung jagung + 2 sudu tepung bestari Telur sebiji Tepung tak perlu bancuh, pecah telur gaul-gaul sotong, angkat terus golek-golek dalam tepung. Minyak letak banyak, bagi betoi2 panas, api jangan kuat sangat *mama Zarina Nasirudin Kamal tambah 1 sudu KFC garam n black pepper tepung bistari 2 sudu makan penuh Terima kasih Niza Nora for sharing
Memang rangup dan sedap. Dah rasa macam sotong goreng makan di kedai.
Sumber: Zarina Nasirudin Kamal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak sangka, rupanya kulit udang bermanfaat untuk tanaman terutama membantu mengeluarkan pucuk baru.
Zat yang ada dalam kulit udang iaitu Chitosan menajdi baja semula jadi dalam membantu melawan jangkitan fungus.
Nak tahu caranya jom baca perkongsian dari Enkay Nik Mustaffa. Kuasa baja kulit udang
————————————-
InshaAllah semua berebut nak mengeluarkan pucuk baru.
1. Kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan.
2. Chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ia merupakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain.
3. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria.
4. Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif.
5. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan. Cara membuat baja kulit udang.
————————————————— Kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman kita.
Kalau rasa tak rajin dan nak senang- boleh beli di kedai pertanian. Jom kita ke kebun
xoxo
#jomtanamsayur #ediblegarden #kebunbandar #kebunrumah #abah_umarediblegarden
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahun ini pastinya sambutan Deepavali suram kerana negara dilanda pandemik Covid-19 , ditambah pula kerajaan melaksanakan PKPB. Namun bagi keluarga L. Linda Kasturi dan R. Karthik mungkin sedikit berbeza. Apa tidaknya, tahun ini lebih bermakna apabila mereka akan menyambut perayaan itu Sabtu ini dengan kehadiran ’ayah dan ibu baharu’ yang berbeza bangsa dan agama.
Lebih unik, Linda dan suaminya, Karthik, masing-masing berusia 39 dan 35 tahun itu turut mempelawa Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang mesra dipanggil ayah dan ibu untuk tinggal bersama sejak enam bulan lalu, walaupun mereka tidak pernah mengenali sebelum ini.
Bercerita lanjut mengenainya, Linda berkata Mohamad Fakhrulzaman dan Rohayati hanya dikenali ketika beliau dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu ekoran kesempitan hidup.
Kehidupan mereka terjejas teruk selepas Mohamad Fakhrulzaman yang bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
“Niat saya ketika itu adalah hanya untuk membeli peti ais namun terbit rasa simpati terhadap nasib ‘ayah’ kehilangan kerja di sebuah restoran sejak PKP dan keadaan itu memaksa mereka menjual barangan perabot untuk menyara hidup dan membayar sewa rumah.
“Saya kemudian mengajak ayah dan ibu tinggal bersama saya kerana rumah saya mempunyai ruang yang cukup luas dan selesa baginya,” kata Linda ketika ditemui di sini, hari ini.
Seperti prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, kehidupan kesemua mereka penuh dengan toleransi dalam pelbagai aspek termasuk dalam soal keagamaan dan makanan meskipun berbeza agama dan bangsa.
“Soal makan minum tiada masalah kerana penyediaan makanan di rumah adalah halal dan bersih. Saya dan keluarga juga menghormati kepercayaan dan agama dianuti oleh ibu dan ayah dengan menyediakan ruang khas solat kepada mereka,” katanya dan menambah beliau turut menjaga ibunya S.Kamala Devi, 60.
Ibu kepada dua orang anak itu yang berusia 10 bulan dan 11 tahun itu berkata kehadiran pasangan berkenaan telah ‘melengkapkan’ lagi keluarganya dan bertekad untuk menjaga mereka selama yang mampu.
“Biarlah ibu dan ayah berada di sini.Saya juga ada niat untuk membina sebuah rumah di sebelah rumah saya ini kerana anak-anak sudah mula rapat dan sangat menyayangi mereka,” katanya dan menambah sambutan Deepavali kali ini akan disambut secara sederhana berikutan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).
Sementara itu, Mohamad Fakhrulzaman yang menghidap angin ahmar sejak tahun lepas berkata keluarga berkenaan melayannya dan isteri seperti keluarga sendiri malah dia sendiri berasa selesa dan tidak kekok bergaul walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Linda dan keluarganya banyak membantu saya dan isteri selain menjaga kami dengan baik. Saya amat terhutang budi kepada Linda kerana sanggup membawa saya tinggal bersama dengan keluarganya dan makanan diberikan halal. Saya tidak kisah apa orang luar nak kata tetapi saya dan keluarga ini sahaja yang tahu betapa erat dan kasihnya kami sekeluarga,” katanya.
Bapa kepada lima orang anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun itu berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada kesemua anak-anaknya dengan empat daripadanya berada dalam jagaan ibu kandungnya di Maran, Pahang, manakala seorang lagi di bawah jagaan ibu kepada isterinya di Indonesia kerana bersekolah di sebuah madrasah di Jawa Timur.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.