Kadang kala kita sibuk mengejar duniawi, hingga lupa untuk membaca Al-Quran.

Usah culas untuk melakukan. Ikuti lanjut cara jatuh cinta dengan al-Quran

1. Pertemuan

Pernah tak kita rasa rindu dengan al-Quran? Setiap hari nak pegang, nak tatap helaiannya dan nak alunkan ayatnya. Jika itulah perasaan yang hadir, tandanya kita sudah jatuh cinta dengan al-Quran.

Bagaimana caranya?

Wajibkan diri untuk “dating” dengan al-Quran Setiap hari. Sesibuk mana kita dengan urusan kerja dan sesempit mana ruang hidup kita, mesti selitkan al-Quran di tengah-tengahnya.

Ads

Mulakan dengan selepas solat maghrib. Selesai solat, wirid dan doa, capailah al-Quran. Jika kita rasa terlalu penat, memadai dengan menyentuh, memeluk, menatap ayat-ayatnya dan membaca ayatnya sebaris dua. Lakukan setiap hari secara istiqamah. Yakin dan percayalah lama kelamaan kita akan merasai perubahan pada diri.

Kita seperti diseru-seru untuk datang mendampinginya. Ya Allah manisnya rasa bila dapat melihat dan memegang al-Quran, apatah lagi mendengar alunan ayatnya.

2. Rapatkan

Setiap hari kita mesti ulang-ulang satu ayat dari surah tertentu. Tak perlu banyak dan jangan bebankan fikiran dengan memaksa diri. Lakukan dengan santai tapi istiqamah. Kesan yang paling ketara, hati kita mulai rasa terisi dan matlamat untuk dapat lebih lagi mula menguasai diri. Mula-mula satu ayat, lepas tu jadi 2 ayat, 3 ayat, 4 ayat dan seterusnya berayat-ayat.

Ads

Kelak bertemu dengan Allah, tidaklah rasa malu dan segan. Sekurang-kurangnya ada bahagian al-Quran dalam hati yang kita bawa. Tak dapat banyak, sikitpun jadilah. Janji ada.

3. Jaga hubungan

Al-Quran satu-satunya sahabat yang kekal bersama, berdamping, membela nasib kita, menerangi barzakh kita, mengekalkan jasad kita dari membusuk. Allahu.. Banyaknya manfaat dia pada kita. Tidak ada lagi alasan untuk kita memutuskan hubungan dengannya.

Jika hari ini hubungan kita renggang, mulakan dengan langkah pertama tadi. Jangan biarkan ia berlalu dari hidup kita.

Ads

Allah… kasihilah kami dengan al-Quran.

Jadikan pimpinan hidayah kami.

Allah.. Ingatkan kami, apa yang kami lupa. Ajarkan ya Allah apa yang kami cari tentang isi al-Quran, untuk membacanya siang dan malam.

Semoga berbahagia dunia akhirat

Sumber: Aminah Mat Yusoff

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI