Bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah dan cabaran bakal ditempuh. Salah satu persoalan yang ditanyq oleh Ibu Rose adalah mengenai anak yang suka melawan cakap. Ikuti penjelasannya.
JIKA ANAK YANG BERSEKOLAH RENDAH SUKA MELAWAN
Soalan:
Ibu, bagaimana untuk anak yang sudah besar (sekolah rendah) bagaimana menanganinya jika kita sedar yang kita dah tersilap didik. Anak suka melawan etc
————————————————
Jawapan Ibu :
1- Anak yang suka melawan ni satu kerana personalitinya. Namun jika dari kecil anak dididik dengan memberi penerangan apa pun personalitinya tidak menjadi masalah.
2- Pendapatnya tidak diberi perhatian. Maka dia akan melawan kerana mahukan pendapatnya didengar.
3- Ada kemarahan yang tersimpan yang tidak dikendalikan dengan baik. Kemarahan disebabkan bila dapat adik, dia asyik kena marah atau buat itu dan ini. Kena mengalah dan sebagainya.
Maka bagaimana kita hendak membetulkan keadaan.
1- PERLAHAN-LAHAN rapatkan kembali diri dengan anak puan. Dia masih kecil, maka dia masih mahu dijaga, dibelai dan dimanjakan. Maka puan boleh melakukan perkara begini berpada-pada dahulu dan test and measure tengok tindakbalasnya.
2-Banyakkan memberi contoh bagaimana untuk bercakap baik dengan ibu bapa. Disini yang ibu bapa selalu masuk perangkap – kenapa ibu kata macam tu, sebab ramai ibu bapa bila hendak memberi nasihat kepada anak, MEMBANDINGKAN dengan orang lain. Ini yang menyebabkan anak-anak jadi menyampah untuk mendengar nasihat ibu bapa. Oleh itu jangan membanding atau memerli atau ‘insinuate’.
3-Berakhlak mulialah dengan anak-anak bila bercakap. Bercakap dengan suara yang baik dan ambil masa menerangkan.
4- Bila dia melawan, cuba tanya dengan baik dan dalam nada ingin tahu apa yang dia mahu sebenarnya…
5- Anda juga jangan melawan cakap ibu bapa atau bercerita buruk mengenai seseorang. Sebab anak akan mengikut.
Usahalah, anak tidak dilahirkan untuk menjadi degil dan melawan cakap ibu bapa. Cara dia dibesarkan itu mencorakkan sikapnya yang sedemikian. Maka ambil masa untuk membetulkan.
Semoga dipermudahkan.
Ibu Rose – Unleash Your Child’s Greatness.
Jom kita sama-sama berdoa semoga anak-anak sayang semua menjadi anak-anak penyejuk mata?
Cer say Amiinn!.
Salam kasih,
Ibu Rose