Jika Anak Bertindik Di Cuping Telinga, Kena Tahu Cara Nak Menjaganya. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Share

Apabila anak bertindak subang di telinga, ibu-ibu kenalah beri perhatian tentang penjagaan kebersihan telinga. Memang nampak cantik padangan mata, tetapi keselamatan harus diberi perhatiana. Perkongsian doktor ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan amat bermanfaat untuk diketahui.


JIKA ANAK ANDA BERTINDIK, BACA TIPS NI.

“Doktor, bahagian belakang subang anak saya tenggelam dalam cuping telinga dia!”

Besi tertanam dalam cuping. Baca pun ngilu, kan? Terpaksa saya bedah sedikit cuping telinga anaknya itu untuk keluarkan.

Ramai ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk melakukan tindikan di cuping telinga sejak anak-anak itu kecil lagi. Jika ia dilakukan di klinik, biasanya doktor akan nasihatkan tentang penjagaan tindikan baru.

Antranya, cucian luka, tanda-tanda jangkitan, dan tidak dibenarkan buka subang dalam jangka masa lama selagi belum melebihi 6 minggu dari hari tindikan. Ibu bapa lazimnya menjaga dengan baik sepanjang 6 minggu itu.

Namun selepas itu, ramai ibu bapa terlupa tentang penjagaan lubang tindikan pada anak masing-masing. Jika anak anda bertindik sejak awal usia(1-4 tahun), kalian harus jaga tindikan mereka dengan baik sehingga mereka mampu menjaganya sendiri.

1. Jangkitan pada tindikan agak mudah berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana, mereka belum tahu menjaga kebersihan tubuh sendiri. Mereka juga kadang kala tidak pandai mengadu jika ada tanda jangkitan.

2. Kanak-kanak agak lasak, dan berisiko mencederakan cuping telinga kerana subang terkait pada baju, rambut, langsir, pokok atau apa jua di persekitaran mereka.

3. Kecederaan dan jangkitan yang terabai boleh menyebabkan keradangan pada lubang tindikan, dan menyebabkan komplikasi pada cuping telinga seperti:
– bernanah
– terbelah
– bengkak(berubah bentuk)
– subang tertanam dalam cuping

Oleh itu, ibubapa yang mempunyai anak kecil yang bertindik disarankan agar mengamalkan perkara-perkara berikut:

1. Periksa cuping telinga anak anda setiap 2-4 minggu. Pastikan tidak sakit, merah, bengkak, berbau, kulit berubah warna atau bentuk.

2. Semasa periksa, buka subang. Bersihkan cuping telinga dengan sabun. Cuci subang dengan larutan yang sesuai. Keringkan sebelum pakai.

3. Digalakkan gunakan subang dengan material yang tidak menyebabkan alahan. Jika subang logam, emas paling kurang sebabkan alergi.

4. Elak memakai subang lebih sebulan tanpa membuka dan memeriksa. Ajar anak tentang kebersihan.

5. Jika ada tanda-tanda jangkitan atau kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Semoga Bermanfaat