“Jika Ada Masalah. Buka Quran. Minta Allah Tunjuk Jalan Keluar. Tutup Mata Pun Boleh, Baru Feel.” Deep Perkongsian Ini.

Share

Kehidupan manusia ini ada bagaikan pusingan sebuah roda. Ada kalanya,kita berada di atas,, ada kalanya berada di bawah. Begitu juga kehidupan dalam rumah tangga. Bahagia sehingga akhir hayat memang impian setiap pasangan, malah biarlah sehingga hembusan nafas terakhir.

Namun, adat berumahtangga, pasti ada onak durinya. Ada juga masalah yang mendatang. Manusia bukanlah maksum seperti Nabi. Mereka tetap ada kesilapan dalam hidup dan masalah pasti datang.

Jika tidak diatasi dengan baik dengan sikap tolak ansur dengan pasangan, masalah akan menjadi lebih pincang, seterusnya boleh menjadi pencetus kepada keretakan rumahtangga.

Bagaimana pun setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Salah satunya ada pada Quran. Magisnya sungguh menakjubkan. Jika kita meninggalkannya, maka ruginya lah manusia itu.

Sebagaimana perkongsian wanita ini,Waridah Lothpi sungguh menusuk jiwa bahawa Al-Quran adalah ‘ubat’ terbaik untuk mengubat masalah sekali gus menjaga kerukunan rumahtangga kita.

Ikuti perkongsian manfaat ini.

Kita wajib cuba menghafal ayat-ayat Quran. WAJIB.

Paksa diri untuk hafal mengikut kemampuan. 2 atau 3 ayat seminggu pun ok.

Tapi ya lah, kekadang tu motivasi tak berapa nak ada pula. Maka bagaimana nak buat?

Ini yang saya ketuk dan buat kerap pada diri sendiri. Ustaz Nouman yang kongsi tips ini.

Quran ni kan magis?

Jadi setiap kali bila ada masalah, ambil wudhu, pegang Quran dan minta Allah tunjuk jalan keluar.

Nak tutup mata pun boleh, baru feel. Kemudian buka Quran.

Pada mukasurat yang dibuka secara rawak begitu, inshaAllah, inshaAllah kita akan jumpa jawapan.

Seterusnya apa? Cuba hafal ayat itu.

Biar ayat itu sebati dengan diri, dan lazimkan ia menjadi zikir.

Kalau saya, ayat bab rezeki la yang selalu dok baca ni. Bahaha.

Nak rezeki; ayat cerita pasal rezeki banyak.

Nak anak; kisah-kisah Rasul yang tak ada anak dan meminta pada Allah pun ada juga.

Pilih sahaja.

HAFAZ AYAT INI JIKA ‘JIWA KACAU’

Namun pagi semalam saya terdengar ilmu yang luar biasa.

Waktu itu ada satu program di TV1, tajuknya ‘Jiwa Kacau’ yang bercerita tentang orang yang ada masalah kemurungan. Saya tak tengok pun dramanya. Hanya di hujung program tu, seorang Ustaz bagi ulasan yang membuat saya termenung sampai ke malam.

Ustaz itu bagi petua, jika sakit; lazimi ayat ini.

“Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Al Quran, dan pasti Kami yang memeliharanya” Al Hijr:9.

Hafal ayat pendek ini, berzikir dengannya, dan baca dengan kerap.

Saya pelik. Langsung tak sebut pun pasal sakit. Macam mana nak sembuh kalau tak cerita diri sedang sakit?

Ustaz kata konsep sakit begini.

Kita jangan obsess dengan kesembuhan. Jika kita cuba merawat sakit dengan air, produk, malahan ayat Quran sekalipun; KESEMUANYA TIDAK AKAN BERKESAN JIKA ALLAH TAK IZINKAN.

Ikhtiar sangat dituntut, cuma jangan hingga tersalah iktikad. Menyangkakan yang menyihatkan adalah air jampi. Yang bagi lawa gebu putih, adalah produk-produk tertentu.

Sedangkan segalanya adalah dengan izin Allah. Jangan sampai asbab diangkat menjadi Tuhan.

Apa pula kaitan ayat di atas dengan sakit? Ustaz tak terangkan. Lama berfikir, saya pun buat kesimpulan sendiri.

***
Sakit;belum tentu boleh sembuh sepenuhnya. Allah nak bagi atau tidak, Dia sahaja yang Maha Tahu. Itu hak dan skop kerja Dia yang Maha Bijaksana.

Kita buat apa yang boleh. Mahu persiapkan diri dengan apa?

Quran. Baca Quran. Faham Quran. Hafal Quran setakat yang boleh. Cuba beramal dengan Quran (Gedebuk!)

Quran. Quran. Quran.

Setelah rukun Islam yang menjadi tunjang hidup, Quran inilah yang akan kita bawa jika ditakdirkan mati.

Kata Ustaz Dasuki, di kala semua benda meninggalkan kita pada hari mati, Quran yang kita lazimi semasa hidup sahajalah yang sudi bersama.

Malah ia bangkit di hadapan Allah; menjadi peguam yang membela kita kerana sepanjang di dunia kita tidak pernah meninggalkannya.

“Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Al Quran, dan pasti Kami yang memeliharanya” Al Hijr:9.

Didoakan Allah bantu kita, agar Quran ini mengalir tanpa henti seperti darah di dalam tubuh, kekal ia selama-lama.

 

Moga muhasabah diri.