Viral kisah sebuah rumahtangga yang menghadapi konflik mengenai hak pemilikkan tanah. Apabila bekas suami mahu merobohkan sebuah rumah yang dibina di atas tanah miliknya sedangkan bekas isteri sebelum ini melabur banyak untuk membina rumah yang indah di tanah berkenaan.
Nasi sudah menjadi bubur, namun apa yang pasti ia menjadi pengajaran di sebalik kisah pasangan ini bahawa sentiasa berprasangka kepada pasangan biarpun hidup sebelum ini indah belaka.
Sebagaimana pesanan perunding hartanah ini, yang memberi nasihat mengenai pekara ini menerusi facebook miliknya.
_____________________________________
BINA RUMAH ATAS TANAH SUAMI?
1. Saya selalu ditanya, “Boleh tak saya nak buat personal loan nak bina rumah atas nama suami?”. Saya tak galakkan.
2. “Boleh tak nak bina rumah atas tanah suami, tanah itu ayah mertua yang bagi”. Lagi saya tak galakkan.
3. “Kalau saya buat rumah atas tanah adik beradik kami semua boleh?” Mohon elakkan jika dapat.
4. Jika kita tak kaya duit cukup cukup dan ada lebihan sedikit, belilah rumah yang telah siap sahaja.
5. Jika ada duit lebih dan nak buat rumah, suami yang minta. Pastikan tanah tersebut atas nama orang yang bina rumah.
“Takkan lah tak percayakan suami sendiri?”
Dunia ini penuh dengan tipu daya, hari ini cinta sampai kesyurga. Besok bila dah benci rumah yang ada rasa macam neraka.
6. Suami saya ustaz, takkan la dia tak faham agama. Bab duit dan harta jangan mudah percaya siapa sahaja. Ibu tuduh anak derhaka pun ada.
Sumber: Azizul Azli Ahmad