
Kalau ada buah Mulberry di rumah ibu-ibu, bolehlah cuba buat resipi kek ini. Selain boleh dijadikan jem mulberry , buah ini nampak biasa je tapi banyak khasiatnya.
Jom kita cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Resipi ini dikongsikan oleh Mohammad Muammar. Selamat mencuba!
Petik mulberry di pokok..lepas tu frozenkan..baru transform jadi Mulberry Yogurt Butter Cake
lepas potong bagi 2 dengan jiran sebelah.
Bahan-bahan
-tepung naik sendiri 300gm
(kalau guna tepung gandum biasa guna sukatan tepung gandum 300gm+1 1/2 sudu teh baking powder.
-gula 280gm
-telur 6 biji
*asing kuning n putih
-butter/marjerin/campuran marjerin+butter 350gm
-yogurt 100ml
(boleh juga guna 100ml susu tin cair tambahkan 1 sudu makan jus lemon lepas tu biarkan 10min untuk susu jadi Buttermilk)
-parutan kulit oren dari 1 biji oren.
-3 cawan mulberry.bekukan.
Cara membuat:
1.pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak.ketepikan.
2.pukul butter/marjerin dengan gula hingga kembang,medium speed.
3.masuk kuning telur sebiji demi sebiji,gaul kembang n rata,medium speed.
4.masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk.pukul sebati.
6.ambil 1/3 meringue tadi,masuk ke dalam adunan,fold.
lepas sebati masukkan baki meringue tadi lepas tu fold lagi.
7.masukkan parutan kulit oren & mulberry..gaul sebati.
tuang adunan dalam loyang square 9×9,bakar suhu 170’c api atas bawah,rak bawah sekali,45minit (ikut oven masing)
*kalau guna loyang 8×8 boleh guna 2/3 sukatan resepi ya.
Begini Caranya Nak Buat Krim Majerin Pelbagai Perisa. Enak Jadi Sapuan Roti Seisi Keluarga!

Sudah menjadi kebiasaab ibu-ibu akan menyediakqn bekalan anak ke sekolah, roti yang disapu dengan majerin atau coklat. Tetapi jika hari-hari menu yang sama, pastu jemu anak-anak. Melalui perkongsian puan Masni Bahari memang menarik untuk dicuba. Beliau menyediakan cara bagaimana untuk menyediakan sapuan roti pelbagai perisa buat anak-anak. Jom semak cara penyediaannya.
RESEPI..
1cwn majerin pelangi..
1cwn gula .blend
Setengah cwn susu cair
4sb susu pekat
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu cayaq..
Perisa ikut citarasa masing.
CARANYA..
Campur semua bahan kecuali perisa..mixer sampai kembang jd putih gebu..bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dlm peti ais..?
Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh ,sedap tau. Selamat mencuba!
Lelaki Ni Keluar Rumah Niat Nak Bahagiakan Anak Isteri. Tak Sangka Ini Berlaku. Rupanya, Ada Rahsia Di Sebalik Membahagiakan Keluarga

Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.Kerana itu masing-masing memainkan peranan dalam mencipta kebahagiaan.
Sang suami sebagai ketua keluarga bukan hanya bertanggung jawab mencari rezeki sahaja, sebaliknya perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. Berkongsi rezeki dengan anak isteri membantu melancarkan lagi urusan buat suami.
Sebenarnya nak bahagiakan anak isteri ni bukanlah sesukar mana. Tidak perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik. Malah banyak cara lain seorang suami boleh buat untuk membahagiakan keluarganya.
Niat untuk bawa anak-anak dan isteri jalan-jalan pun sudah membuatkan segala urusan suami dipermudahkan. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif di ruangan facebooknya.
Saya pelik kenapa bertalu talu orang nak bagi benda percuma kat saya semalam. Serius saya hairan sangat.
Ada yang PM saya semalam nak bagi saya pakej percutian secara percuma ke Sabah. Ada yang komen nak jadi tour guide percuma bila saya sampai ke Johor dan Perak. Paling saya pelik siap ada nak bagi pakej bekam percuma lagi pada saya dan isteri kalau saya datang ke Sabah.
Eh! Tak pernah pula saya minta semua ni daripada orang lain tapi seolah olah semua orang berebut nak bagi saya benda benda percuma ni semua.
Baru saya teringat, semalam saya keluar rumah dengan niat nak bahagiakan anak isteri. Saya sebenarnya serabut fikir nak selesaikan beberapa hal kerja saya tapi bila tengok anak isteri beriya nak bercuti, saya pendamkan je lah semua kesibukan saya tu demi nak bahagiakan mereka.
Rupanya, ada rahsia di sebalik MEMBAHAGIAKAN keluarga ni. Ni Hadisnya :
Sabda Nabi s.a.w:
“Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan ALLAH, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 995.
Sebelum ni saya dah dengar dan alami sendiri magic bila bersedekah ni. Ada orang hilang penyakit kansernya dengan bersedekah pada orang lain. Ada orang selamat daripada kemalangan maut dengan bersedekah pada mereka yang susah. Ada orang jadi jutawan sekelip mata dengan bersedekah pada orang yang miskin.
Rupanya ada sesuatu yang lebih besar dan hebat daripada bersedekah kepada orang lain iaitu BERSEDEKAH kepada keluarga kita sendiri!
Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.” – Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 2129
Cuma benda ni kita tak sedar. Selama ni mungkin kita bagi nafkah, bawa anak berjalan, bawa isteri bercuti ataupun belanja anak isteri dengan perasaan ingin BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI.
Ya, kita banyak memberi tetapi pemberian tadi bersifat self-centric ataupun kita memberi tetapi dalam keadaan kita expect something in return. Tu bukannya pemberian, tu adalah pembelian!
Rezeki yang masuk pada kita ni umpama air yang masuk ke dalam sebuah takungan yang besar dan luas. Satu sedekah ataupun pemberian yang kita buat pada anak isteri ni umpama kita pasang satu paip pada takungan tersebut.
Makin banyak paip yang kita pasang maka air yang mengalir keluar untuk dimanfaatkan tu akan makin laju. Beruntunglah orang yang banyak paipnya sebab rupanya memang untuk bina paip tersebut perlu keluarkan kos sedikit tetapi kesannya adalah air yang keluar untuk dimanfaatkan tu akan lebih banyak dan laju!
Inilah Law Of Giving & Receiving yang ada atas dunia ni. Nak cinta? Bagi cinta tu dulu. Nak kasih sayang? Bagi kasih sayang tu dulu. Nak duit? Bagi duit tu dulu. Menariknya, semua yang kita bagi ni akan berpatah balik pada kita dalam jumlah yang berlipat kali ganda!
Asalkan you memberi tanpa expectation to get something in return & feeling so much happy and abundant! Then, the magic will happen in your life!
Belajar sesuatu?
#share pada pasangan masing masing dan rasakan sendiri keajaiban yang bakal terjadi nanti ❤️
Bersama-sama kita gemakan Surah Al-Kahf di MALAYSIA #QURANHOUR di seluruh negara pada 29 Zulhijah 1440H bersamaan 30 Ogos 2019.
.
Kita akan didengarkan alunan kalam Allah yang indah, tadabbur dan Pesan Kemerdekaan demi menghayati erti kemerdekaan dalam negara yang sudah 62 tahun merdeka.
.
Daftar lokasi hotspot di: bit.ly/MQH1440H
.
Dijemput beramai-ramai ke lokasi perdana Malaysia #QuranHour di Masjid Putra, Putrajaya bermula 8.30 pagi – 12.00 tengah hari.
.
Kami akan hadiahkan Surah Al-Kahf yang diwakafkan oleh Sahabah-sahabah Al-Quran kepada yang hadir awal. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.
.
Trendingkan Malaysia #QuranHour. Muat naik gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda.
.
Jangan lupa hashtag: #QuranHour.
.
Interaksi dengan Al-Quran: #BacaFahamAmal
Tengah Solat & Ibu Panggil, Apa Nak Buat? Ustazah Ni Jelaskan Agar Tak Keliru!

Adab seorang anak salah satunya bila disahut namanya segeralah menjawab dengan nada yang lembut dan menenangkan.
Pun begitu andai di dalam situasi sedang solat, bagaimana pula harus dilakukan oleh seorang anak. Hendak dijawab maka terbatallah solat, manakala jika terus tidak dihirau panggilan ibu, bimbang dianggap anak derhaka.
Memahami kekeliruan ini, ustazah Asma’ Harun berkongsi ilmunya untuk manfaat semua.
Ini perkongsiannya.
PANGGILAN ALLAH VS PANGGILAN IBU
“Assalamualaikum ustazah. Semoga ustazah sentiasa sihat walafiyat. Ustazah, boleh saya bertanya? Bila kita sedang solat, tiba-tiba ibu panggil, mana yang perlu saya utamakan? Adakah saya perlu menjawab panggilan ibu atau teruskan solat?”
JAWAPAN :
Waalaikumussalam. Subhanallah, terima kasih kerana mendoakan kesihatan buat saya. Moga doa ini berbalik buat Puan jua.
Masya-Allah, soalan yang sangat baik. Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada jenis solat yang didirikan.
Sekiranya kita sedang mendirikan solat fardhu, maka para fuqaha’ bersepakat tidak boleh untuk seseorang itu membatalkan solat fardhunya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran. Mereka berdalilkan firman Allah S.W.T :
وَلا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.”
(Surah Muhammad : ayat 33)
Namun begitu, jika panggilan tersebut adalah di dalam keadaan darurat, seperti meminta pertolongan kerana terjatuh, urusan kecemasan melibatkan bahaya seperti nyawa dan seumpamanya, maka dibolehkan untuk membatalkan solat fardhu tersebut.
Manakala bagi solat sunat, para fuqaha’ menetapkan boleh menyahut panggilan ibu dan membatalkan solat sunat. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :
كَانَ جُرَيْجٌ يَتَعَبَّدُ فِي صَوْمَعَةٍ فَجَاءَتْ أُمُّهُ . قَالَ حُمَيْدٌ فَوَصَفَ لَنَا أَبُو رَافِعٍ صِفَةَ أَبِي هُرَيْرَةَ لِصِفَةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أُمَّهُ حِينَ دَعَتْهُ كَيْفَ جَعَلَتْ كَفَّهَا فَوْقَ حَاجِبِهَا ثُمَّ رَفَعَتْ رَأْسَهَا إِلَيْهِ تَدْعُوهُ فَقَالَتْ يَا جُرَيْجُ أَنَا أُمُّكَ كَلِّمْنِي .
فَصَادَفَتْهُ يُصَلِّي فَقَالَ اللَّهُمَّ أُمِّي وَصَلاَتِي . فَاخْتَارَ صَلاَتَهُ فَرَجَعَتْ ثُمَّ عَادَتْ فِي الثَّانِيَةِ فَقَالَتْ يَا جُرَيْجُ أَنَا أُمُّكَ فَكَلِّمْنِي . قَالَ اللَّهُمَّ أُمِّي وَصَلاَتِي . فَاخْتَارَ صَلاَتَهُ فَقَالَتِ اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا جُرَيْجٌ وَهُوَ ابْنِي وَإِنِّي كَلَّمْتُهُ فَأَبَى أَنْ يُكَلِّمَنِي اللَّهُمَّ فَلاَ تُمِتْهُ حَتَّى تُرِيَهُ الْمُومِسَاتِ . قَالَ وَلَوْ دَعَتْ عَلَيْهِ أَنْ يُفْتَنَ لَفُتِنَ
Maksudnya: Juraij adalah seorang yang sangat kuat beribadat di satu ruang khususnya. Pada satu hari, ibunya datang ketika dia sedang mendirikan solat. Humaid (perawi hadith ini) berkata, Abu Rafi’ menggayakan perbuatan ibu Juraij tersebut seperti yang ditunjukkan oleh Abu Hurairah yang digayakan oleh Rasullah SAW sendiri. Ibu Juraij memanggil anaknya dengan meletakkan tapan tangan pada keningnya dan mengangkat kepalanya seraya memanggil: “Wahai Juraij, ini ibumu, bercakaplah denganku.”
Ibunya mendapati Juraij sedang solat, dan Juraij berkata dalam hati: “Ya Allah, ibuku memanggilku ketika aku sedang khusyuk dalam solat”. Dia memilih untuk terus solat, lalu ibunya pulang dan datang pada kali kedua dan berkata: “Wahai Juraij, ini ibumu, bercakaplah denganku.” Juraij berkata dalam hati: “Ya Allah, ibuku memanggilku ketika aku sedang khusyuk dalam solat”. Dia memilih untuk terus solat.
Ibunya berkata: “Ya Allah, Juraij anakku ini, aku berhajat ingin bercakap dengannya, tapi dia enggan. Ya Allah, jangan Engkau mematikannya hinggalah dia berjumpa (digoda oleh) pelacur. Sekiaranya ibunya mendoakan balasan buruk ke atas Juraij, nescaya dia akan ditimpa balasan buruk tersebut.”
(HR Muslim)
Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam Kitabnya Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim bahawa para ulamak menetapkan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Juraij ialah menyahut seruan ibunya. Ini adalah kerana, solat yang didirikan adalah sunat. Ulamak juga menetapkan, meneruskan solat sunat hukumnya sunat bukan wajib, sedangkan menjawab panggilan ibu adalah wajib, dan perbuatan tidak menyahut panggilan ibu adalah derhaka sehingga jatuh pada hukum haram.
Berbalik kepada soalan Puan, kita mestilah mengetahui jenis solat yang didirikan.
1. Sekiranya solat yang didirikan adalah solat fardhu, maka tidak boleh untuk membatalkan solat tersebut.
2. Manakala sekiranya solat yang didirikan adalah solat sunat, maka boleh diberhentikan solat dan menyahut panggilan ibu. Namun jika keadaan jika ibu boleh menunggu tanpa menimbulkan rasa marah dan kecewa, maka meneruskan juga dibenarkan.
Wallahua’lam.
Sumber : Asma’ binti Harun