Jeruk rambutan resipi nenek moyang, nak buatnya senang sangat. Bila musim buah rambutan tiba selalunya memang meriah peniaga menjual ditepi jalan. Buah rambutan selain dimakan begitu sahaja, sedap juga kalau dibuat jeruk.
Jeruk buah rambutan ini tahan berbulan-bulan bahkan boleh sampai ke musim berikutnya. Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat jeruk rambutan. Mereka yang ada pokok rambutan dan buahnya tak habis dimakan, bolehlah cuba buat jeruk rambutan. Mesti jadi kegemaran seisi keluarga.
CARA MEMBUAT:
1. Rambutan basuh bersih-bersih. Jangan kupas kulitnya.
2. Masukkan dalam balang selapis demi selapis. Setiap lapis tabur dengan garam kasar. Garam mesti lebih sebab kulit rambutan tebal.
3. Masukkan air masak menutupi rambutan.
Selepas dua minggu apabila kulit rambutan bertukar kehitaman ia menandakan jeruk buah rambutan sudah boleh dimakan. Rasa jeruk rambutan masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan.
Kekalkan warisan nenek moyang kita. Tiada yang dulu tiada yang baru. Biasanya orang guna rambutan masam@rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan itu jadi buat sahaja rambutan apa yang ada. Rasanya tetap sedap.
Sumber: Faizah Husain