
Jeruk rambutan…
“Boleh buat stok bila musim dh hbis nnt… Ni sy sertakan resepi yg sgt senang utk yg klu berminat nk mncuba..”– Asni Craft
Apa Rasanya?
Jeruk rambutan ini rasanya masin-masin manis. Mungkin tidak semua antara kita pernah merasainya, tapi bagi orang dulu-dulu memang biasa sediakan jeruk rambutan ini.
Untuk itu, apa kata kita cuba menyediakannya dan rasai keenakan rasanya disamping dapat juga membangkitkan nostalgia dulu-dulu.
Cara Buat:
1-Rambutan mesti dipotong tangkai ( kna gunting sbb x mau bg buah tu terkoyak kulit dia)
2-Garam( secukup rasa) agak masin sikit la sbb kita rendam dgn kulit
3-Air
Rendam lebih kurang 2 mggu… ok, siap…
Kerabu Kerang Ala Thai, Main Gaul-gaul Je Dah siap. Memang Mudah Sangat Nak Buatnya!

Bercerita tentang penyediaan hidangan, umumnya di bulan puasa ini semangat memasak menu yang istimewa untuk keluarga lain macam dirasakan. Boleh dikatakan terlebih teruja berbanding hari-hari biasa.
Jadi apa kata kali ini kita mencuba rasa menu yang cukup istimewa ini, Kerabu Kerang Ala Thai. Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Muslinda Kamal . Nyata, menu ini cukup menggoda selera. Bagai terasa tidak sabar pula dicuba untuk dijadikan menu istimewa ketika berbuka di bulan Ramadan ini.
“Sedap rupanya kerabu kerang ala-ala Thai ni..nak buat pun mudah…sesuailah untuk tekak yang baru pulih dari demam-demam ni…ada rasa masam-masam manis…kena pula kerang yang comei kecik-kecik molek ni.”
Bahan-bahan:
Kerang rebus dan kopek.
4 ulas bawang putih(tumbuk bawang putih dengan cili padi)
10 biji cili padi (kurangkan kalau tak nak pedas)
Asam jawa
Tomato
Limau nipis perah dan letak sekali kulit
Sos ikan
Garam
Gula
Perasa
Daun ketumbar
Cara Penyediaan :
Semua bahan-bahan di atas campur dan gaul-gaulkan dengan kerang yang direbus tadi.
Selain itu memetik info daripada Hello Sehat ada mengatakan kandungan nutrisi yang terdapat pada 85gm kerang adalah seperti berikut :
- Protein: 11 gram atau 22 persen dari angka kecukupan gizi (AKG) harian
- Lemak: 1 gram atau 1 persen dari AKG
- Asam lemak omega-3: 168 miligram
- Zat besi: 12 miligram atau 66 persen dari AKG
- Vitamin A: 10 mikrogram atau 9 persen dari AKG
- Vitamin B12: 42 mikrogram atau 700 persen dari AKG
- Vitamin C: 11,1 miligram atau 18 persen dari AKG
- Kalsium: 78,2 miligram atau 7 persen dari AKG
- Kalium: 533,8 miligram atau 15 persen dari AKG
- Mangan: 0,4 miligram atau 21 persen dari AKG
- Selenium: 20,7 mikrogram atau 30 persen dari AKG
- Karbohidrat: 2 gram atau 1 persen dari AKG
- Kalori: 63 kkal
Resipi Daging Masak Kicap & Nak Hasilkan Daging Terasa Lembut, Begini Cara Masaknya!

Bagi pelayar laman sosial Facebook yang minat memasak, pasti sudah tidak asing lagi dengan pemilik akaun bernama Ben Safwan. Apa tidaknya, begitu banyak resipi yang telah dikongsikan olehnya dan secara tidak langsung ramai juga golongan mak-mak mengagumi kehebatannya sebagai seorang ayah yang pandai memasak.
Kehebatannya memasak bukan datang begitu sahaja, ini sebagaimana perkongsiannya sebelum ini mengatakan dia turut belajar daripada ibu mertuanya dalam menyediakan Daging Masak Kicap yang enak.
“Waktu mula-mula kahwin dulu, Ben makan daging masak kicap mak mertua. Aduhai sedap betul. Sekarang dah boleh buat sendiri sebab dah belajar dengan dia. Terima kasih mak!
“Ben kongsikan pula di sini. Boleh guna daging import atau daging tempatan. Ben suka daging lembu tempatan. Kuantiti bahan resepi untuk 500 gram daging,” tulisnya.
Jadi buat anda yang ingin menyediakan menu daging korban, apa kata sediakan resipi seperti yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini. Nampak begitu menyelerakan dan mudah disediakan.
Bahan :
500 gram daging lembu dihiris nipis melintang.
Gaul dan perap 10 minit bersama 1/2 sudu makan serbuk kunyit,1 sudu makan cili kisar,1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk,1 sudu makan bawang kisar,2 sudu makan kicap pekat,2 sudu makan kicap manis,1/2 sudu makan gula dan 1 1/2 sudu teh garam .
Dalam kuali,tumiskan 1 batang kecil kulit kayu manis bersama 3-4 biji buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah + bawang putih+ halia kisar dan 1 1/2 sudu makan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.
Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa ) dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya.
Dah siap.
Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tak Payah Tunggu Pergi Restoran, Kat Rumah Pun Boleh Makan Siakap Sweet Sour Dengan Resipi Mudah Ni!

Kalau pergi pasar, tengok barang basah sambil beli sambil fikir menu. Ada pula jenis ambil dulu, nanti baru fikir nak masak apa. Betul tak?
Sesekali tengok ikan kat pasar murah, especially ikan siakap. Rasa nak beli tapi selalu makan kat kedai, tak masak sendiri kat rumah. Tak mengapa, lepas ni beli je, buat sendiri ikan siakap masak sweet sour ala kat restoran. Confirm husband tak ajak beli kat kedai dah, buat kat rumah sendiri ja!
Jom cuba resipi dari Nur Hairiyah Hassim ini, senang betul cara nak buatnya. Paling best, tah payah nak perasa dengan garam gula pun dah cukup rasa. Tak percaya? Kena lah cuba!
RESEPI SIAKAP SWEET SOUR PALING SIMPLE & SEDAP
Bahan-bahannya :-
5 sudu besar sos Thai
5 sudu besar sos cili biasa
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
6 biji cili
Daun ketumbar (untuk ditabur)
Timun – dipotong dadu
Tomato – dipotong dadu
Nanas (jika suka) – dipotong dadu
Ikan siakap
resepi siakap sweet sour
Cara-caranya:-
1. Mulakan dengan goreng ikan terlebih dahulu. Dah siap siang dan cuci bersih ikannya, salutkan dengan garam sedikit dan bedakkan dengan tepung jagung. Fungsinya supaya ikan yang digoreng nanti akan garing di luar, lembut dan juicy di dalam.
2. Dah siap lumurkan dengan tpung, boleh mula goreng. Kalau boleh biar minyaknya banyak supaya ikan masak sekata. Dah agak garing, angkat dan toskan. Boleh mula buat kuahnya pula.
3. Untuk kuah, panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili yang telah dihiris.
4. Setelah naik bau & garing, masukkan sos cili, sos thai dan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Masak hingga sebati. Rasa dahulu sebelum tambah gula dan garam kerana sos yang digunakan sudah lengkap rasa manis dan masinnya.
5. Bila rasanya sudah sekata,curahkan kuah pada ikan siakap yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidang!