Mangga epal ini tidak dinafikan menjadi antara pilihan mangga yang begitu enak dimakan ketika masih muda.
Rasanya yang tidak terlalu masam dan rangup bila digigit memang boleh buat kecur air liur jadinya. Bahkan lagi menyelerakan jika dimakan begitu sahaja bersama kicap, cili padi dan gula.
Namun andai pokok mangga epal berbuah lebat, tidak mampu pula hendak dimakan sekali gus buah yang ada. Jika dibiarkan begitu sahaja, sayang pula buahnya akan masak dan jatuh ke tanah.
Jadi apa kata anda buatkan jeruk mangga epal yang rangup rasanya tanpa menggunakan bahan pengawet seperti yang dikongsikan oleh Rosnah Harun.
Jeruk mangga epal yang rangup krup2..
20 biji mangga epal kait kat pokok je saya tanam sendiri
1 senduk garam
1.5kg gula
2 sudu air kapur
1 sudu cuka
1. Rendam mangga dengan garam 1 malam letak dalam peti ais dan toskan air.
2. Rendam pula dengan air kapur dalam 6 jam dan toskan.
3. Masak air gula dan sejukkan.
4. Rendam mangga dengan air gula dan cuka letak dalam peti ais semalaman.
5. Esoknya dah boleh makan
Sumber : Rosnah Harun via MAHN