
Mangga epal ini tidak dinafikan menjadi antara pilihan mangga yang begitu enak dimakan ketika masih muda.
Rasanya yang tidak terlalu masam dan rangup bila digigit memang boleh buat kecur air liur jadinya. Bahkan lagi menyelerakan jika dimakan begitu sahaja bersama kicap, cili padi dan gula.
Namun andai pokok mangga epal berbuah lebat, tidak mampu pula hendak dimakan sekali gus buah yang ada. Jika dibiarkan begitu sahaja, sayang pula buahnya akan masak dan jatuh ke tanah.
Jadi apa kata anda buatkan jeruk mangga epal yang rangup rasanya tanpa menggunakan bahan pengawet seperti yang dikongsikan oleh Rosnah Harun.
Jeruk mangga epal yang rangup krup2..
20 biji mangga epal kait kat pokok je saya tanam sendiri
1 senduk garam
1.5kg gula
2 sudu air kapur
1 sudu cuka
1. Rendam mangga dengan garam 1 malam letak dalam peti ais dan toskan air.
2. Rendam pula dengan air kapur dalam 6 jam dan toskan.
3. Masak air gula dan sejukkan.
4. Rendam mangga dengan air gula dan cuka letak dalam peti ais semalaman.
5. Esoknya dah boleh makan
Sumber : Rosnah Harun via MAHN
Anak Susah Makan? Kuetiau Sup ‘Chinese Style’ Ini Pasti Membangkitkan Selera!

Para ibu atau bapa pastinya pernah menghadapi cabaran dalam memberi makanan kegemaran anak-anak kan? Jangan risau, menu kali ini semestinya tidak mengecewakan.
Kuetiau sup ‘Chinese style’ ini memang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Jika anda sukakan makanan yang berkuah dan menyegarkan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Razzyatt Urutan Tradisional ini.
Kuetiau Sup Chinese Style
Bahan Tumis:
- Ikan bilis segenggam besar
- Bawang putih 5 ulas
- Air untuk kuah (ikut sukatan sendiri)
- 1sdm lada hitam di tumbuk
- Daun bawang di hiris
Bahan Sup:
- Fishball
- Fishcake
- Tauhu
- Daun bawang
- Bahan perasa
- Kicap cair
- Minyak bijan skit
- Serbuk lada sulah
- Knor
- Garam (jika perlu)
- Minyak bawang putih
- Selabu bawang putih di cincang halus
- Minyak setengah cawan
Cara-Cara:
– Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng bawang putih sampai nak kekuningan sikit terus angkat bawang putih.
– Jangan tunggu warna perang sebab nanti rasa bawang putih pahit.
– Dlm kuali/periuk, masukkan air, bahan blend, lada itam dan daun bawang.
– Masak sampai mendidih dan perasakan. Kemudian tapis.
– Masuk blek air tapisan tadi dalam kuali dan tambahkan fishball, fishcake, daun bawang, dan tauhu
– Bagi mendidh dan dah siap.
Cili Kicap
– Tumbuk cili padi merah dalam 10 biji dan bawang putih 1 ulas.
– Tambahkan kicap lemak manis dan cuka sedikit. Campur semua bahan dan siap.
Sumber: Razzyatt Urutan Tradisional
“Hilangnya Sebutir Permata Agama.” Pendakwah Terkenal, Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Perkhabaran duka. Hilang satu lagi permata yang mendidik kita tentang agama. Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT,” katanya.
Menurut EXCO Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaan kesihatan yang agak lemah.
Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Pendakwah itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama dan didapati terdapat jangkitan di bahagian paru-paru.
Pada 9 Mei tahun lalu, Allahyarham yang juga Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976.
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Allahyarham pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
“Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT.
Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan As-Sobirin, pagi ini.
Sumber: Berita Harian Online
Tip Pilih Lada Kering Agar Sambal Tumis Cantik Warnanya, Sedap & Tahan Lebih Lama. Wow, Cukup Mudah!

Sambal tumis memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.
Namun ada cara dan tip tertentu bagi menjadikan sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama.Perkongsian ini oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.
1.Pemilihan Cili Kering
Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai. Jika membeli cili kering di pasar,boleh bertanyakan terus kepada penjual mana cili yang pedas dan mana yang tidak pedas.
Namun jika membeli di pasaraya, harus mengenal pasti jenis cili yang sesuai mengikut tahap kepedasan anda.
Merujuk pada gambar di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Jika gemarkan pedas, cili ini paling sesuai dan tidak perlu letak cili yang banyak untuk membuat sambal.
Gambar yang kedua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Cili jenis ini memang kurang pedas dan jika tidak tahan pedas boleh menggunakan cili ini.
Cili kering pada gambar ketiga, biasanya boleh dijumpai di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya bersaiz besar dan merah menyala, tapi lansung tak pedas. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni. Guna sikit sahaja cilinya dah berwarna merah.
2.Cara Membersihkan Cili Kering
Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membersihkan cili kering.Antaranya, potong besar 1 inci dan rendam dalam air hingga kembang. Bila telah kembang cuci bersih cili tersebut. Jangan buang semua biji lada, kisarkan ia sekali untuk menjadikan sambal lebih pedas.
Selain itu, boleh juga gunting cili kering secara memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak tahan pedas. Sebab bila cili kering dah rebus dan dah dibuang bijinya ia memang tak pedas.
3.Warna Sambal Cantik
Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.
Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.Baru lah kaw!
4.Sambal Sedap
Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.
5.Sambal Tahan Lama
Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis.
Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Selamat Mencuba!
Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my