Jeragat Yang Baru Muncul Boleh Dipudarkan Seawal 7 Hari Bila Buat Begini!

Share

Jeragat hilang selepas menggunakan lidah buaya selama 7 hari. Biar betul? Mungkin ada yang tidak percaya keupayaan menggunakan bahan-bahan semulajadi dalam mengatasi masalah kulit terutamanya masalah jeragat yang baru terkesan di wajah.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Nurul Aini Muhammad bila dirinya ternampak adanya tanda-tanda awal jeragat di wajahnya dan cara ini telah dikongsikan melalui akaun fbnya.


Tips hilangkan jeragat sepantas 7 hari!

Hanya menggunakan daun lidah buaya sahaja, betul-betul mummy teruja nak share petua ni.

Sebulan dua ni mummy perasan pipi sebelah kanan macam agak kusam dan makin hari makin nampak jelas dan terang jeragat dah mula berani nak munculkan diri.

Risau jugak tapi buat tak tahu saja sambil-sambil tu cari juga produk untuk hilangkan jeragat cuma disebabkan banyak sangat pilihan produk di pasaran sehingga ke hari ni pun pening nak pilih yang mana satu dan tak terbeli pun lagi.

Cuma dalam minggu lepas, anak bujang mummy ada ambil sebatang daun lidah buaya yang memang ada tanam atas tanah kat luar rumah. Niat dia nak letak kat rambut konon nak kasi lebat, tapi bila dia dah letak kat sinki tu mummy pun ambik la sikit (potong dalam setengah inci je) dan sapu lendir dia yang jernih tu kat muka.

Daun lidah buaya yang ada lebih tadi tu mummy letak dalam peti sejuk. Malamnya, masa ke dapur mummy potong lagi sikit sapu lagi kat muka. Kiranya sehari tu ada la 2 3 kali sapu kat muka, best tau sebab rasa sejuk dan lendir dia tu bila kering langsung tak melekit dan muka memang smooth serta lembut je.

Sebatang daun lidah buaya tu tahan la dalam 4 -5 hari. Minggu lepas, sebelum mula start sapu lidah buaya ni mummy ada ambik gambar pipi yang nampak jelas sangat tu kan jeragat. Gambar sebelah kanan tu, mummy ambik hari ni selepas habis 1 batang daun lidah buaya mummy sapu.

2 3 kali juga mummy snap pic kot-kot sebab lighting ke jadi tak nampak jeragat, tapi bila perhati betul-betul kat cermin memang tak ada dah. Ada la sikit-sikit lagi tapi perhati dekat-dekat baru nampak. Gambar hari ni tu pun, mummy ambik betul-betul dekat tau. No filter, no 360, no edit!!!

Nasib baik tak sempat beli produk jeragat! Jimat dan pantas hanya dengan menggunakan daun lidah buaya sahaja!!

Mummy syorkan kalau ada yang jeragat baru nampak cam mula nak menapak kat muka tu, cepat-cepat pegi nursery bunga dan cari 2 atau 3 pasu pokok lidah buaya letak dan bela kat rumah.

Selain boleh hilangkan jeragat, muka kita jugak akan jadi lebih peloles, lembut bak baby giteww dan sangat berkesan juga melembapkan kulit muka yang kering. Pori-pori pun dah tak nampak.

Cuba lah ye, petua ni mungkin sesuai dan mungkin tidak sesuai dengan semua jenis kulit. Jadi, kalau ada yang cuba tapi lambat berkesan atau tak berkesan jangan la kata petua ni tak betul ye

Mummy cuma share sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan secara alami dan menjimatkan tanpa sebarang kesan sampingan!

sumber :Nurul Aini Muhammad