
Penjagaan wajah jangan kita ambil ringan, sewajarnya perlu diberi perhatian yang berterusan untuk kekal bersih dan sihat.
Andai dibiarkan, bimbang juga menjadi penyebab wajah berjerawat, adanya whitehead mahupun jeragat.
Tidak mahu semua ini berlaku, ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan oleh Marina Saringat ini dengan menggunakan limau kasturi dan dan tepung. Jom semak!
Tips pudarkan Cik Puan Jeragat dan kurangkan Whitehead.
Actually ni petua orang dulu-dulu. Tapi saja ari flashback balik dekat ugais sejak ari belajar and dapat petua dari ibu ibu.
Tips pertama yang ari dapat ni sangat mudah dan senang je nak cari bahan-bahannya. Apa pun petuanya, mestilah kena KONSISTEN tahap infiniti gaiss.
Bahan-bahan
-Sebiji buah limau tak kesah kasturi/purut/lemon(kalau lemon maybe kena hiris halus sebab kita perlukan jusnya sahaja)
-1 sudu kecil tepung gandum/kalau takda tepung gandum/tepung beras boleh asalkan berasaskan tepung.
-Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung.
-Gaul sebati.
-Pastikan sebelum lumur di muka, gaisss…bersihkan muka terlebih dahulu. Barulah tepek pelan-pelan lembut lembut pada muka youalls.
-Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian, lelama ugais tengok whitehead berkurangan, jeragat memudar plus lama-kelamaan kulit jadi bersih wakkkk!
Selamat Mencuba!
*awalnya pedih sikit, lama lama tunggu sehingga 15 minit/ kalau pakai waktu malam sebelum tidor teruskan pakai hingga pagi pun takde masalah.
Sumber : Marina Saringat
Meninggal Akibat Kanser Usus, Keperibadian Arwah jadi Sebutan Hingga Dua Kali Solat Jenazah Kerana Jemaah Terlalu Ramai

Menderita kanser usus tahap empat sejak setahun yang lalu, penderitaan pemuda ini berakhir selepas dia dijemput kembali ke pangkuan ilahi.
Kisah pemuda ini cukup menyentuh hati apatah lagi Allahyarham cukup dikenali sebagai seorang yang ceria, ramah, soleh dan suka membantu.
Menerusi satu perkongsian seorang rakannua meluahkan rasa hiba atas kehilangan tersebut.
Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Wanis, arwah Mohd Khairul Ridwan seorang rakan baiknya sejak 5 tahun yang lalu yang sama-sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Kisah pemuda ini dikongsikan oleh saudari NurWanis menerusi laman facebooknya.
Kematian yang menyedarkan jiwa yang terlena]
Suasana masih lagi terasa hiba dan terasa sangat kehilangan saudara Akhi Khairul.😢
Penuh ucapan takziah di wall fb beliau, sebak rasanya bila membaca satu persatu perkongsian orang yang mengenalinya.
Bukan seorang yang memuji dan menyebut kebaikan arwah, bahkan beratus sahabat handai dan guru-guru mengakui hal yang sama.(Saya hanya screenshoot sebahagian darinya👇🏻)
Seorang yang ramah, mesra, lembut, suka bergurau dan baik dengan semua orang. Baik yang bukan dibuat-buat. Sesuai dengan namanya Khairul Ridwan (Baik; Keredhaan Tuhan)
Solat jenazah perlu dilakukan sehingga 2x kerana ramai sungguh orang yang hadir di rumahnya semalam.
Sebagai seorang penulis, dan sebagai seorang teman yang turut mengenalinya sejak dari zaman kampus lebih kurang 5 tahun kami berhubung. Tetap sahaja dia baik seperti itulah.
Saya mengambil ruang ini untuk kita sama-sama merenung dan mengambil sisi kebaikan arwah.
Apa yang istimewa sangat dengan sosok tubuh yang bernama Khairul Ridwan ini?
1) Orang yang biasa-biasa, tapi bila dia jatuh sakit, “luar biasa” tak putus orang datang jenguk ziarah dan hulurkan bantuan sehinggalah saat dia meninggal, begitu ramai yang datang untuk solat jenazah.
2) Orang yang biasa-biasa, suka bergurau, suka tersenyum, ramah mesra dengan semua orang tapi “luar biasa” hatinya yang tulus ikhlas bersahabat berukhuwah dengan sesiapapun. Tak kira tua atau muda, dia tegur belaka. Bukan jenis sombong. Bukan jenis baran. Jenis lembut hatinya.
Begitulah istimewanya sehingga selepas dikafankan, dikatakan wajah dia bersih, tidur nyenyak seperti budak kecil sedang tidur.
3) Orang yang biasa-biasa, sangat aktif ke situ sini, tapi sangat “luar biasa” dalam perjuangannya membantu agama Allah, masuk Unit Amal untuk bantu ummah, ahli Pemuda Pas, Pengerusi persatuan, Naqib Usrah dan macam-macam lagi dia join.
Umur 27 tahun tapi berkat, penuh amal soleh dan kebajikan yang diisi. Kita pula bagaimana?
4) Orang yang biasa-biasa, tapi sangat “luar biasa” hubungannya dengan ibubapanya. Pernah saya tanya dia, tak penat ke berulang alik ke kampung dari Kuala Ketil ke Kelantan dengan motor?
Katanya takpe, asalkan selalu dapat lihat wajah ibu dan ayahnya. Beliau anak sulong, begitu jelas komitmen dan tanggjawab yang tinggi pada famili.
5) Orang yang biasa-biasa tapi “luar biasa” kecintaannya kepada Rasulullah SAW. Dia buktikan dengan istiqamah dalam perjuangan islam dan dakwah.
Sharing dari sahabat yang mengenalinya;
“Kak wanis, antaranya sebab Allah angkat darjatnya juga adalah kerana kasihnya Allahyarham kepada Rasulullah saw.
Seingat saya tahun 2014 dalam program pimpinan Kudsy bersama pensyarah kulliyyah usuluddin. Allahyarham masa tu menceritakan kisah pengorbanan Rasulullah saw, bagaimana cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh baginda rasulullah saw untuk menyebarkan syiar islam, saat itu juga air mata Allahyarham tumpah mengenangkan kesusahan baginda untuk menyebarkan islam.” 😭-Qamarul Bahjan-
6) Orang yang biasa-biasa, tapi “luar biasa” reaksinya bila diuji dengan sakit kanser usus tahap 4.
Luar biasa bila dia benar-benar pasrah, redha, sabar dan ikhlas menerima ketentuan takdir yang telah Allah tuliskan. Mungkin munajatnya pada Tuhan di saat-saat akhir dalam pergelutan kesakitan itulah paling “special” yang Allah pandang.
Sepanjang saya bermesej dengannya, dia selalu memberikan kata-kata positif, dan time sakit pun tak pernah dengar dia mengeluh, masih tersenyum positif.
Takde merungut, takde marah-marah, takde menjauhkan diri pada orang, mesej tetap dia balas macam selalu, seolah dia tak sakit apapun. Allahu…
Saya merasakan, inilah “luar biasa” hebat sangka baiknya dengan takdir Allah sehingga Allah juga telah memuliakan dan mengangkat darjatnya saat kematiannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersama dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Sayang dan cintanya Allah kepada hamba yang beriman.
Allah “kirimkan” sebuah penyakit yang berat itu, tanda Allah nak hapuskan semua saki baki dosa yang ada, cuci bersih sehingga bertemu Allah semula tanpa cela.
Temanku.
Pujian manusia saat hidup, tidaklah pelik. Tapi sangatlah luar biasa “pelik” jika ramai manusia yang memuji-muji selepas kematian.
Kerana pujian itu bukan boleh dibuat-buat, bukan berpura-pura, tapi betapa Allah jualah yang mengangkat darjatnya di langit sehingga seluruh penduduk langit dan bumi memujinya.
Bahkan semua turut terasa sedih kehilangan seseorang yang baik dan soleh.
Insha Allah, tanda-tanda husnu khatimah ada pada kematiannya dan kita semua yakin Allah tidak mensia-siakan penderitaan arwah Khairul. Pasti ganjaran syurga menantinya.
Darinya kita belajar, jangan pernah lelah buat kebaikan demi kebaikan untuk semua orang. Walau tak semua akan menghargai kebaikan kita buat, tapi Allah pasti menghargai dan membalas di waktu yang tepat.
Temanku, kita sering “terlupa” dengan tujuan hidup di dunia ini adalah untuk buat Allah suka dan redha dengan kita.
Teruslah bersangka baik dengan Allah, jangan hanyut dengan kesedihan dunia. Walau seberat apapun ujian yang Allah sedang kirimkan pada kita saat ini kerana kita tidak tahu, boleh jadi musibah itulah pelamar kepada redha Allah.
Wahai orang muda! Hargailah waktu muda dan bujangmu, isilah dengan amal kebajikan dan mengenal Allah, tegakkan Islam, amal dan dakwah kerana belum tentu usia tua akan menjadi milikmu. Kerana belum tentu akan sempat bernikah dan beranak pinak, boleh jadi Allah sudah siapkan pasangan bidadari yang jauh lebih baik dari dunia.
Hargailah waktu nafas yang Allah pinjamkan kerana tiada siapa dapat menjamin hari esok masih ada kerana ajal maut sangat misteri.
Sungguhlah dunia ini sekejap dan paling mahal di sisi Allah adalah iman dan takwa.
“Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.”
“Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan.”
“Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.” (Yassin: 54-56)
Bukankah itulah “kemenangan” yang agung?
Hikmatul Islam,
“Awak” special di hati saya, selamanya akan berada dalam doa saya. Saya akan pegang semua pesanan terakhir awak.
Awak kata awak suka baca penulisan saya, awak suka tengok saya pergi talk situ sini, awak pesan suruh teruskan dakwah ini, jaga diri baik-baik. Ya Allah, banyak sangat yang awak pesan😢 Kita jumpa semula di syurga.♥️ Damailah awak di sana.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون.
اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة..ولا تجعل قبره حفرة ممن حفر النيران…
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.” Amin.
#DemiAllahAkuTidakKuat
#KeranaAllahAkuHarusKuat
#Silakanshare
Dari Susu Tepung Wanita Ni Kongsi Cara Nak Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Menjimatkan!

Tidak dinafikan susu pekat manis antara yang akan dibeli setiap kali ingin melengkapkan senarai keperluan dapur bila ke pasar raya. Macam-macam kegunaan susu pekat manis ni, bukan sahaja untuk buat air bersusu malah dijadikan ramuan di dalam penyediaan kek, manisan dan sebagainya. Kalau hendak dihitung harga untuk 1 tin susu pekat manis di pasaran, bolehlah kita katakan boleh tahan juga harganya, lain jenama lain harganya.
Meskipun begitu, tahukah anda sebenarnya susu pekat manis ini kita boleh buat sendiri dengan kos yang jauh lebih murah. Bahkan membuatnya juga cukup mudah.
Ini sebagaimana menurut perkongsian resipi daripada Puan Syazwani Bakhari dengan kepsyen, “Jimat oi tak payah beli dah hat dalam tin lepas ni. Jimat, selamat dan dijamin bersih. Sekali buat dapat banyak pula tu”
RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
1 cawan air panas
⅓ cawan marjerin
2½ cawan gula halus
1 paket susu tepung 300g
Cara Buat :
1.Masukkan air panas, gula, marjerin kemudian susu tepung, blend je semua sampai halus.
2. Siap
Ekstra info:
Kalau kurang manis campur gula lagi kalau cair letak lagi susu tepung. Adjust ikut nak takat mana, cair atau pekat.
Penggunaan marjerin bertujuan untuk jadikan adunan likat dan berkilat macam susu tin yang dibeli. Tak mahu pakai pun boleh.
Pemilihan susu tepung apa-apa brand boleh. Saya pakai dutchlady.
Manakala meninjau pengalaman dan perkongsian daripada Najihah Zahid untuk menyediakan susu pekat manis homemade ini, ujarnya pada mulanya suaminya mencari info susu pekat manis dan terjumpa resepi buat susu pekat manis homemade.
Daripada itu, puan Najihah dan suami mencubanya sendiri dan ternyata selelah dibuat memang menjadi. Menurutnya, resipi yang mereka buat hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
3 Cawan susu tepung ( saya guna susu tepung nespray )
Gula 1 1/2 cawan
Air suam agak-agak je (tak cair tak pekat)
Cara Buat : Kisar semua bahan selama 3 minit. Lepastu simpan dalam peti. Nak bagi susu tu pekat.
Sumber : Syazwani Bakhari dan Najihah Zahid
ARTIKEL MENARIK: Susu Bila Dah Buka Akan Tahan 3 Hari Je. Lebih Daripada Tu Kena Buang!
LAGI ARTIKEL MENARIK : “Dari Sekecil-kecil Skru Sampai Melamine Board, Main Order Je…” Lelaki Ni Tunjuk DIY Kabinet Bermodal RM900!
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kulit Tumit Kaki Merekah Memang Sakit, Rawat Guna Dua Bahan Ini

Isi Kandungan
ToggleKulit Tumit Kaki Merekah Memang Sakit, Rawat Guna Dua Bahan Ini
Rekahan di sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki memang tampak hodoh dan mencacatkan penampilan. Masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira wanita mahupun lelaki.
Satu kajian mendapati 20% orang dewasa mengalami masalah tumit kaki merekah. Kulit di sekitar tumit kaki merekah biasanya lebih tebal dan kering berbanding kawasan kulit lain. Kulit ini cenderung untuk pecah-pecah apabila dikenakan tekanan seperti berdiri dan berjalan.
Masalah tumit kaki merekah tidak boleh dibiarkan tanpa dirawat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, keadaan tapak kaki akan menjadi semakin teruk sehingga boleh menyebabkan kesakitan.
TIP RAWAT TUMIT KAKI MEREKAH
Berikut dikongsikan tip untuk merawat tumit kaki daripada merekah. Tidak dapat dinafikan bila tumit kaki merekah, kita rasa segan nak pakai kasut yang jenis terbuka. Rasa kurang keyakinan diri. Kalau boleh tak mahu langsung buka kasut bila ada di hadapan orang.
Apabila tumit kaki merekah, automatik kulit tapak kaki jadi kasar. Memang tak selesa! Mungkin anda sudah cuba berbagai jenis krim dan losyen bagi mengatasi masalah ini namun tidak memberi kesan.
Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Nur Sumayyah Petua ini juga elok diamalkan bagi melegakan kaki yang lenguh. Dapat merehatkan kaki daripada ketegangan. Bila berdiri lama, mesti kaki rasa sengal-sengal. Boleh cuba cara ini untuk rehatkan kaki.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Ubat kumur Listerine (botol ungu)
Apple cider (cuka epal)
Kunci utamanya ialah mesti kena rajin dan konsisten buat ya.
1️⃣ Rendam kaki sekejap dalam air suam selama 5 minit.
2️⃣ Kemudian letak 1 hingga 2 penutup listerine ke dalam air rendaman.
3️⃣ Masukkan 1 hingga 2 sudu makan apple cider (cuka epal) ke dalam air rendaman.
4️⃣ Kacau bahan-bahan ini biar sebati. Rendamlah kaki korang selama lebih kurang 30 minit.
5️⃣ Apabila telah selesai merendamkan kaki, skrub tumit kaki dengan span dan lap kering. Sapukan krim tapak kaki untuk melembapkan tapak kaki. Anda akan dapat lihat hasilnya kulit kaki anda akan lembut seperti kulit bayi.
Ini perbezaan yang boleh dilihat:
SEBELUM:
SELEPAS:
Amalkan dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Sumayyah