
Cuka epal selalunya kita dengar sebagai bahan untuk membantu menurunkan berat badan. Pengambilan cecair yang satu ini dikatakan dapat membantu untuk mendapatkan berat lebih ideal.
Jangan tak tahu, cuka epal juga ada manfaat lain untuk tubuh kita. Salah satunya adalah mampu menghilangkan jeragat dan bintik-bintik hitam di kulit muka kita. Wow..memang tak percaya!
Tapi inilah yang diamalkan oleh Shima Shari melalui perkongsiannya di facebook. Jom cuba!
Biasa dok dengar cuka epal ni orang minum untuk kuruskan badan tapi cuka ni juga boleh hilangkan jeragat tau. Bila dah jeragat ni menempel dan bertompok kat muka, memang stress la nak hilangkan dia kan. Cuba guna cuka epal ni.
Cara dia pun mudah je ni.
Bahan-bahan:
1 sudu cuka epal
1 sudu air suam
Kapas
Caranya:
1. Campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk, lepas tu kacau sebati.
2. Ambil kapas, rendam sikit dalam air tu dan sapukan pada muka.
3. Biarkan seketika dan bilas. Sebelum tu kena la bersihkan dulu muka tu.
4. Amalkan setiap hari untuk kesan yang lebih cepat.
Cuka epal ni bagus untuk jeragat, sebab dia bersifat antiseptik yang akan menyingkirkan bakteria dari jeragat dan
menyucikan kulit muka.
Cuba tau!
Kredit: Shima Shari
“Tak Suka Anak Tahu Saya Sakit.” Pernah Ada Ketumbuhan Di Ovari & Diduga Kanser, Ibu Ini Mahu Terus Kuat & Positif!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari pandangan kasar, hanya nampak dia biasa sahaja. Apatah lagi, empunya diri seorang yang ceria dan suka mengukir senyuman.
Namun, siapa sangka di sebalik senyuman itu, ibu bernama Azlina Aziz ini rupanya bertarung dengan penyakit yang digeruni kaum wanita iaitu kanser payudara . Kansernya kini berada di tahap dua.
Dugaan tidak terhenti setakat itu sahaja bila mana anak keduanya juga kemungkinan turut menghidap kanser.
Menceritakan detik awal disahkan menghidap kanser, Dia awalnya menyedari ada kelenjar bengkak di bahagian payudara. Selepas ke hospital dan membuangnya. Namun, tidak sampai sebulan kelenjar berkenaan muncul semula tetapi kali ini di bawah ketiak.
“Lepas buat biopsi, doktor sahkan hidap kanser tahap 2. Jadi, saya terus terus sahaja buat prosedur mammogram dan scan tetapi tidak kelihatan tanda mencurigakan.
“Saya kemudiannya membuat rawatan pembedahan bagi membuang kelenjar berkenaan dan setelah melakukan biopsi, barulah doktor mengesahkan yang saya penghidap kanser tahap dua.
“Mula dikesan ada kanser pada tahun 2016 dan telah menjalani enam kali rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. Dan sekali lagi pada tahun 2018 ini dikesan ada pula ketulan lain yang tumbuh. Bagaimanapun doktor beritahu jika ketumbuhan itu kecut tak payah buat apa-apa,” ujar Azlina memulakan perbualan bersama penulis.
“Walaupun begitu, saya tidaklah sampai membuang payudara kerana ia bukan dari sel yang aktif. Buat masa ini saya hanya menjalani rawatan di hospital dan makan ubat mengikut prosedur ditetapkan.
“Saya tidak pasti bagaimana boleh menghidap penyakit ini tetapi salah satu sebabnya mungkin juga disebabkan keturunan. Arwah nenek saya ada menhidap kanser payu dara dan sepupu sebelah ayah pula menghidap kanser hidung.
“Selain itu mungkin juga disebabkan saya dulu pernah mengambil suplemen berbentuk jeli sebagai minuman harian,” ceritanya lagi.
Reda dengan ujian Tuhan, menurut Azlina lagi, ketika bekerja di sebuah syarikat mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri, dia mencuba produk daripada kolagen sebagai suplemen kesihatan.
“Hampir dua tahun bekerja di situ dan saya jadikannya sebagai minuman harian. Kiranya saya ini dianggap macam testimoni kepada produk berkenaan. Mungkin itu salah satu faktor Tetapi saya tahu ini semua kuasa Tuhan. Cuma saya nak beritahu pada semua wanita agar berhati-hati dengan pengambilan produk suplemen babitkan kesihatan.
“Kita tidak tahu apa kesannya masa sekarang (ketika minum) dan hanya nampak dalam jangka masa panjang,” ceritanya lagi.
Mengulas mengenai anaknya bernama Nadia yang kemungkinan menghidap kanser, akui Azlina mungkin itu disebabkan pemakaian produk pemutih wajah.

“Anak saya memang ada guna sabun pencuci wajah yang juga bertindak untuk memutihkan wajah seseorang. Mula-mula ada bintik kecil tumbuh di bahagian pipi kanannya. Apabila dia menjalani ujian biopsi, Doktor cakap kemungkinan dia menghidap kanser kulit.
“Walaupun begitu, anak saya seorang yang positif dan kuat seperti saya. Semangatnya tidak pernah jatuh dan kami sama-sama memilih untuk bersikap positif. Insya-Allah akan akan penyembuhnya dan selagi itu saya tidak henti putus berdoa pada Tuhan,” Jelas Azlina yang cukup positif berdepan dugaan maha hebat ini.
Biarpun dirinya menghidap kanser, namun itu tidak mematahkan semangat Azlina untuk meneruskan kehidupan. Malah rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa.

“Saya pergi kerja macam biasa dan meneruskan kehidupan macam orang lain juga. Saya tidak mahu orang lain tahu yang saya sedang sakit, termasuklah anak-anak. Saya tidak bagi tahu secara direct penyakit ini kepada mereka, tetapi anak-anak tahu jika saya masuk wad untuk menerima rawatan kimoterapi.
“Cuma saya tak benarkan mereka datang menjaga saya. Sebab saya tak mahu mereka nampak ‘down’ bila melihat keadaan saya ketika itu. Dalam hal ini, saya berterima kasih pada suami yang sentiasa bagi sokongan tidak berbelah bagi,” tambahnya yang mempunyai empat orang anak dari usia 7 tahun hingga 23 tahun. Malah dia juga sudah mempunyai tiga orang cucu hasil perkahwinan anak pertamanya.
Bercerita kisah lampaunya, Azlina memberitahu ketika usianya 17 tahun, dia juga pernah berhadapan dengan masalah ketumbuhan tumor di bahagian ovarinya. Keadaan ini menyebabkan periodnya jadi keterlaluan.
“Saya pergi mendapatkan rawatan di hospital dan juga telah menjalani kimoterapi sebanyak enam kali. Tetapi itu ketika sebelum kahwin dan tidak sangka lepas sudah berkahwin dan ada cucu, saya disahkan pulak menghidap kanser payudara.
“Saya juga sudah 6 kali buat rawatan kemoterapi dan kesan dialami sangat meletihkan. Selain rasa nak muntah, demam, ada ulser di mulut, rambut jadi gugur, saya juga pernah tidur seharian dengan memakai baju yang sama ketika buat rawatan kimoterapi di hospital.
“Sepanjang tempoh itu, saya memang tidak menjalani sebarang rawatan alternatif dan juga pengambilan mana-mana suplemen. Hanya menjalani rawatan di hospital mengikut prosedur di tetapkan.
“Walaupun sudah dua tahun penghidapnya, saya tidak pernah merasakan diri ini kekurangan. Saya menjalani rutin harian seperti biasa, saya pergi kerja dan aktif dlam bersukan terutama bermain bola jatring.
“Terbaru, doktor sahkan sel kanser saya sudah merebak ke tulang. Malah, saya juga ada membuat rawatan Zometa. walaupun dugaan ini cukup berat, tetapi saya reda dan menerimanya dengan hati yang tabah. Penyakit ini tidak membuatkan saya lemah, sebaliknya saya tetap aktif dan bekerja seperti biasa.” tambahnya lagi yang turut mengingatkan kaum wanita segera pergi menjalani rawatan jika ada timbul tanda mencurigakan pada tubuh badan.
Sumber gambar: IG celina_aziz
“Budak Ni Banyak Ajar Aku & Isteri Kehidupan Sebenar, Sabar & Limpahan Rezeki Yang Luas- Aidid Marcelo

Bukan mudah untuk membesarkan anak baik lelaki mahupun perempuan. Banyak hal yang perlu dititikberatkan. Perkongsian terbaru Aidid Marcelo tentang anak sulungnya cukup menyentuh hati.
Perkongsian itu sempena meraikan ulangtahun kelahiran, Alyea Nai Lina, anak perempuannya itu yang ke-14 pada 7 Januari lalu.
Aku dan @norziepwc kahwin 2005. Berkat nikah malam Jumaat 😝 rezeki Allah bagi kat kitorang seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina.
Budak ni lah yang banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran & limpahan rezeki yang meluas, Alhamdulillah. .
2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Mekah, mmg spend masa jaga dia jer kat sana, masyaAllah. .
Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastic 😭🤦♂️.
Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal2 tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita.
Tapi, biasalah depa ni… makin besaq makin banyak pe’el, yelah… dah makin bijak… sebab tu rasanya nak kena letak gambaq depa masa baby, pakai pampers kat bilik depa sebab nak bagi depa selalu ingat pengorbanan kita.
Apapun, aku dah bgtau kat dia. Aku x pernah paksa dia utk dapat straight A dlm belajar, tapi cukuplah sekadar dia tau balancekan ilmu sekolah, manage herself & ilmu agama. .
Untuk Ana, daddy just nak bgtau yg daddy sayang sangat2 kat ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga kearah jalan yang benar. .
Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala hahahaha .
Saya percaya hampa pun mesti ada cerita anak pompuan hampa, cuba share. Antara yang saya rasa sama.
Mandi berejam / adjust tudung sampai pecah cermin / iron baju lama gila / asyik singgah kedai skin care 🤦♂️ / takut matahari dan lain2 hahahaha
Bye Ana… jangan marah… tatatititutu .
Selamat hari lahir yang ke-14 🎉 🎂 🍰 🎁 .
#aididmarcellofamily #aididitmyway #happybirthday
View this post on InstagramA post shared by Aidid Marcello 😎 (@aididmarcello) on
Aidid dan Norzie mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ana, Iman, Yusuf dan Ibrahim.
Sumber: IG aididmarcello
Cek Suhu Di Tangan Ramai Terpengaruh. Dr Ni Jelaskan Bahayanya, Sila Take Note!

Telah menjadi tugas kita ibu ayah untuk pastikan sebelum anak-anak dihantar ke sekolah, anak sihat dan diperiksa suhu badannya.
Hal ini penting sebagai prosedur awal dalam usaha saringan untuk mengelakkan berlakunya jangkitan covid-19.
Namun, tak sangka pula rupanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan infrared thermometer ini boleh jejaskan kesihatan otak anak kita.
Memahami detail hal ini, Dr Ahamd Luqman Bukhari ini beri penjelasan. Jom baca.
Ginilah saya selalu duk cek suhu Maimunah Solehah ni. Guna infrared thermometer macam ni je dan hala kat dahi.
Kalau demam, jangan harap nak lepas pergi sekolah. Hehe.
Tapi tak sangka pulak rupanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan infrared thermometer ni boleh jejaskan kesihatan otak anak kita.
Siap ada yang ikut bulat-bulat dakyah untuk cek suhu badan kat tangan. Aduh!
Infrared thermometer tu bukannya pancarkan sinaran berbahaya pun.
Waktu kita halakan thermoscan tu kat bahagian kepala, suhu infrared yang dibebaskan oleh temporal artery (salur darah) kat bahagian dahi tu sebenarnya yang diimbas oleh scanner kemudian diterjemahkan kepada angka bacaan suhu badan.
Tubuh kita yang bebaskan infrared tu ye, bukan sebaliknya.
Kalau perasan, ada jugak sebahagian infrared thermometer yang keluarkan cahaya merah. Tu cuma sinaran lampu biasa je untuk tunjukkan kat permukaan mana suhu diimbas. Tak perlu risau sebab ia tak kan tembus kepala anak kita.
Yang betul-betul bahaya ialah bila kita follow dakyah untuk baca suhu melalui nadi kat tangan sebab kita sebenarnya dah menyalahi cara penggunaan peranti tu sendiri.
Nanti bacaan tu jadi tak tepat dan berpotensi menyebabkan saringan tak berjalan dengan betul lalu mengakibatkan jangkitan terus tersebar.
Kan tak bagus macam tu.
Bab thermometer ni, KKM dah pun lakukan kajian. Infrared thermometer jenis yang menyukat suhu kat gegendang telinga dan di dahi tu dah dinilai dan disahkan selamat. Jangan risau ye, just pastikan peranti tu berdaftar dengan KKM.
Sebetulnya, kalau kita nak bacaan suhu lebih tepat, patutnya kena cek melalui mulut dan rongga anus. Tapi tak kan lah nak buat benda macam tu kat tempat awam kan.
Lagi pun nanti si kecil kita akan rasa tak selesa dan paling menakutkan, risiko jangkitan tersebar jadi makin tinggi sebab proses tu melibatkan sentuhan.
Tolong saya #kongsikan info ni dengan kawan-kawan yang lain ye.
Kita semua ni fronliner tau. Kita kena sekat jangkitan Covid19 ni dari terkena family kita dan dalam masa sama wajib jugak sekat penyebaran maklumat palsu supaya kita semua selamat.
Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari.