Barang-barang kat rumah ni, bila ada yang kena karat sememangnya sukar untuk ditanggalkan kesan kotor tersebut. Dah puas sental, tapi tetap tak hilang! Terutamanya seperti kawasan yang lembap seperti dalam bilik air, iaitu mangkuk tandas dan sekitarnya.
Yang mana hampir give up sampai terfikir nak tukar baru tu, sekejap!! Cer ikut cara yang dikongsikan di bawah ini oleh seorang pengguna laman Facebook iaitu Zakwan Anwar.
Kaedah yang dikongsikan ini dari pengalamannya sendiri iaitu hanya menggunakan kertas pasir 1000Cw. Katanya, glaze pada ceramic tidak hilang dan kusam. Malah, chrome di lever cistern pun bersih berkilat walaupun sudah berbintik dan berlumut.
Sental Kesan Karat Pada Bowl & Tile Hanya Guna Kertas Pasir!
Sekadar berkongsi pengalaman cuci toilet rumah lama tak berpenghuni hari ni.
Bermodalkan sand paper gred 1000Cw, sekejap je hilangkan kesan karat (rust) pada toilet bowl dan tiles. Bukan mold, mildew atau stain yang biasa macam najis.
Yang penting glaze pada ceramic tidak hilang (tak jadi kusam). Lagi kilat berdenting-denting ada lah. Chrome dekat lever cistern tu pun dapat naik seri balik even chrome lama tu sudah berbintik dan berlumut.
*Paling Penting
1. Pastikan kertas pasir dan permukaan tu dibasahkan waktu menggosok.
2. Jangan gosok dalam keadaan kering.
Mana tahu ada yang mengalami problem yang sama boleh la try.
Yang menariknya, bukan sahaja mangkuk tandas, malah karat di tempat lain juga hilang!
1. KESAN BINTIK & LUMUT PADA CHROME DI LEVER CISTERN
2. KESAN KARAT PADA TILES
Sumber: Facebook Zakwan Anwar
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini