
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Atas desakan situasi, jenazah seorang warga emas terpaksa dibawa dengan menggunakan motorsikal.
Lebih memilukan, jenazah ini dibawa sejauh 13 kilometer dari hospital ke rumahnya. Menurut laporat, jenazah Sukur yang berusia 64 tahun itu telah meninggal dunia di hospital selepas mendapatkan rawatan di sana.
Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat pemuda tersebut meletakkan jenazah Sukur di bahagian kanan dan mengimbangi motornya dengan meletakkan batang pisang di bahagian kiri motornya.
Dalam pada itu, ketua kampung di kawasan terbabit yang dikenali sebagai Salim menjelaskan bahawa jenazah tersebut terpaksa diangkut dengan menggunakan motor adalah disebabkan oleh kerosakan jalan raya.
Lebih teruk lagi apabila jalan raya yang rosak sepanjang 13km itu masih lagi tidak diperbaiki sehingga ke hari ini.
Watch on TikTok
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ramai Sebak Bila Lihat Destinasi Pertama Pakcik Ini Selepas Dapat Kereta Baru Dari Anak-Anaknya

Pengorbanan ibu bapa, memang tidak boleh dibalas walau dengan berjuta wang ringgit sekali pun. Walaupun diberi segala kemewahan namun apa yang mereka lakukan dari kita kecil sehingga kini tetap tidak mampu dibalas.
Mereka juga tidak pernah meminta apa-apa selain mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.
Namun sebagai anak, sudah pastinya apabila dewasa kita mahu membalas segala pengorbanan ibu bapa walaupun tanpa dipinta.
Inilah yang dilakukan oleh adik-beradik ini. Mereka telah menghadiahkan sebuah kereta kepada bapa demi untuk memudahkan urusan orang tuanya yang telah banyak berbakti.
Dalam video yang tular di aplikasi TikTok ini, seorang pemuda bernama Joy telah membuat kejutan apabila dia dan adik beradiknya telah membelikan sebuat kereta untuk bapanya, Rodi yang kini berusia 66 tahun.
Menurut Joy, dia dan adik beradiknya sepakat uruk membelikan ayahnya kereta memandangkan kereta lama kepunyaan ayahnya sudah rosak.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Sebelum ini ayah bawa Perodua Kelisa tapi asyik rosak. Dia dah tak larat nak jaga, jadi jual murah dekat bengkel.
“Saya dan adik-beradik rasa kesian aoabila tengok ayah dengan mak pergi hospital atau masjid naik motorsikal. Bahaya pun satu hal, lepas tu kena redah hujan panas lagi.
Joy memberitahu dia dan adik-beradiknya membuat pemilihan kereta yang bersesuaian dengan keperluan ayah mereka dalam lingkungan bajet yang tersedia.
“Kami ukur baju di badan sendiri, dana yang kami bagi setiap seorang pun tak banyak mana. Kami mahukan kereta yang terbaik untuk mak ayah, tak banyak maintenance dan pada masa yang sama kena dengan bajet kami.”
Menceritaka detik kejutan yang diberikan kepada kedua ibubapanya itu, Joy berkata,
“Kami dan beli kereta tu dua minggu awak tapi semua sibuk. Mula-mula plan nak ramai-ramai pergi buat suprise dekat ayah. Apabila dah lama sangat, saya jadi wakil adik-beradik lain untuk buat suprise dekat ayah.
“Sebab kalau biar lama sangat kesian pula dekat ayah, tak ada kenderaan nak pergi hospital. Mak ayah setiap bulan memang ada appoiment check-up, kena pergi sana.”
“Saya call ayah dulu suruh datang ke Kentucky Fried Chicken (KFC) dekat depan rumah kami. Beritahu dia nak makan tengahari sekali sebab dah lama tak jumpa.
“Jadi ayah pun datang sengan mak naik motorsikal. Lepas makan tu, saya bagi kunci kereta dekat ayah untuk dia cari sendiri hadiah dia. Isteri saya tolong rakam supaya adik-beradik yang tak dapat hadir boleh tengok sekali momen ini.
“Apabila jumpa kereta tu, tak sangka ayah terus peluk saya dan menangis. Kalau nak tahu, ayah saya ini bukan jenis yang senang menangis. Dia selalunya happy-go-lucky dan gelak sana-sini.
“Sekali terkeluar air mata dia, terkejut saya. Adik-beradik saya masing-masing terharu sebab jarang nampak ayah emotional macam tu.Yang paling tak tahan, anak buah saya umur 5 tahun pun ikut menangis sekali. Ini kenangan berharga untuk saya dan keluarga.”
Joy juga turut memuatnaik destinasi pertama ayahnya selepas mendapat hadiah kereta dari anak-anaknya itu adalah menziarahi kubur rakan baiknya.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
‘Tiada Burger Dalam Penjara.’ Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis Gara-Gara Menangis Setiap Kali Mahu Ke Sekolah

Walaupun sudah seminggu sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula, namun masih ada lagi murid yang belum dapat mengesuaikan diri. Perkara ini amat merisaukan ibu bapa terutamanya yang bekerja.
Mereka sukar untuk menguruskan anak-anak jika perkara ini masih berteruskan dan ianya juga akan menggangu pembelajaran kanak-kanak tersebut.
Bagi seorang ibu, gara-gara anaknya selalu menangis dan enggan ke sekolah, dia telah ‘menggertak’ anaknya itu dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis.
Ianya dipercayai berlaku di satu daerah di Sarawak menerusi loghat bahasa yang digunakan dalam perbualan tersebut.
Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq telah memaparkan kejadian lucu tersebut bersama kanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.
Abang Polis Pun Sama-Sama Berlakon
Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi ini dan sama-sama ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.
“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain berjanji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit untuk se sekolah selepas ini.
Ramai Terkejut Tonton Video Update Dari Ibu Selepas Insiden Ke Balai Polis
Selepas kejadian tersebut, ibu kepada kanak-kanak tersebut telahpun mengemaskini keadaan terkini anaknya itu di sekolah.
Kanak-kanak tersebut dilihat gembira apabila ibunya dapat menjemput pulang dari sekolah. Wajahnya yang ceria menggambarkan perasaannya ketika itu.
Dah Tak Menangis Ke Sekolah
Wajah ceria kanak-kanak ini untuk ke sekolah dapat dilihat sewaktu ibunya memuat naik video di dalam kereta sewaktu mahu menghantarnya ke sekolah.
Video yang dimuatnaik oleh wanita ini telah mendapat tontonan yang banyak di aplikasi TikTok. Ramai yang terlibur melihat aksi dua beranak tersebut dan ada juga yang mencuba tip yang dilakukan oleh ibu tersebut kepada anaknya yang mempunyai masalah yang sama, tidak mahu ke sekolah.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Walaupun Keputusan SPM Tidak Cemerlang Namun Reaksi Ibu Pemuda Ini Undang Sebak. Sampai Basah Surat Tu Dibasahi Air Mata

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya. Namun tak semua anak-anak akan dapat memenuhinya.
Mungkin mereka tidak dapat membanggakan ibu bapa dalam bidang pelajaran, tetapi kelebohan mereka pada bidang yang lain.
Setiap dari anak-anak ada keistimewaannya dan tidak harus diperbandingkan.
Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian dari seorang pemuda lepasan SPM ini di Tik Tok apabila mendapat keputusan kurang memberangsangkan.
Walaupun tidak memperoleh apa yang yang diharapkan, reaksi si ibu tetap meraikan remaja tersebut dan berbangga dengan anaknya itu.
“Maaf ibu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tak cemerlang seperti orang lain,” kata remaja itu di ruangan kapsyen videonya.
Berdasarkan slip keputusan SPM yang dikepilkan, remaja tersebut gagal mendapat gred A dalam sebarang mata pelajaran.
Turut disertakan dalam perkongsian itu adalah sepucuk surat tulisan tangan bersama wang tunai RM100 diberikan si ibu kepada anaknya itu sebagai sokongan moral.
“Assalamualaikum. Kepada anak mak, tahniah mak ucapkan kerana dapat keputusan SPM yang baik. Nanti sambung belajar ya anak. Sambung belajar untuk masa depan.
“Mak dan ayah nak tengok abang berjaya dunia dan akhirat. Abang adalah satu-satunya harapan kami.
“Nanti pergi Kuala Lumpur buat kerja baik-baik ya. Jaga anak maksu. Kalau rasa tak boleh jaga, balik semula kampung.
“Mak sebenarnya berat nak lepaskan abang pergi kerja jauh-jauh tapi tak apa, mak doakan semoga Allah sentiasa lindungi anak mak ni,” tulis ibu itu kepada anaknya.
Surat tersebut juga dilihat basah dengan titisan air mata daripada remaja yang membacanya itu.
“Mak tak dapat nak bagi hadiah besar-besar dekat abang. Ini mak bagi RM100 untuk hadiah SPM abang. Mak tak dapat bagi banyak sebab mak bukanlah kerja pangkat tinggi.
“Abang ada cakap nak beli barang-barang abang yang tak cukup. Abang ambil la duit ni pergi beli es
ok.
“Mak sayangkan abang,” ujar ibu itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengatakan mereka menginginkan untuk mempunyai seorang ibu yang tahu untuk menghargai usaha anak.
“Syukur bang, saya dapat banyak A pun masih nak dibanding-bandingkan. Nak kata peluk dan ucap tahniah pun jauh sekali. Tapi itulah hargai mak ayah selagi ada.
Warga maya lain pula memberikan semangat kepada pemuda itu untuk meneruskan kehidupan dan tidak putus harapan.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club