Malam tadi, ratusan jemaah yang rata-ratanya pelajar USAS sanggup menanti selama 2 jam sebelum solatkan 3 penuntut yang terbabit dalam nahas dekat Terowong Menora kelmarin. Konvoi mengiringi jasad Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz tiba di perkarangan universiti tersebut jam 11.15 malam selepas proses post-mortem serta pengecaman identiti dijalankan.
Perasaan hiba turut dirasai khususnya apabila bapa kepada ketiga-tiga penuntut USAS berkenaan diberi ruang untuk berucap kepada jemaah selepas sesi solat ditunaikan. Tepat jam 12 tengah malam, konvoi tersebut berlepas pula ke kampung halaman masing-masing sambil diiringi waris dan keluarga terlibat.
Sekitar pagi tadi pula, Allahyarham Muhammad Nabil Haikal telah selamat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai. Tambah sebak, ramai waris serta penduduk tempatan mengiringi ‘perjalanan terakhir’ jasad pelajar berusia 19 tahun berkenaan dari kediaman keluarganya. Terdahulu, sebuah klip video memaparkan lambaian terakhir Nabil Haikal kepada ibunya di KL Sentral juga menjadi tular sejak semalam.
Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tiba di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai pada pukul 8.05 pagi tadi.
Dalam pada itu, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz difahamkan turut sempat berkunjung ke rumah Allahyarham Nabil Haikal. Menerusi beberapa rakaman video dan gambar dikongsi oleh ahli waris, suami kepada Neelofa itu bukan saja dilihat menyertai sesi bacaan Yasin pada malam tadi. Bahkan dia turut dilihat mencangkul tanah kubur sekali gus menghadiri proses pengebumian penuntut USAS tersebut.
Soal pendidikan anak-anak boleh dikatakan setiap ibu bapa begitu ambil berat. Kalau boleh biarlah semua yang terbaik untuk mereka.
Kita percaya, adanya pendidikan yang sempurna, seseorang anak itu mempunyai masa depannya lebih terjamin.
Maka atas sebab ini juga, ada ibu bapa sanggup berhabis demi pendidikan anak-anak, hatta memilih sekolah swasta sekali pun tidak mengapa asalkan ibu bapa tahu itulah adalah pilihan terbaik untuk masa depan anak-anaknya.
Pun begitu, tidak salah kiranya kita cuba fahami lebih detail hal ini melalui perkongsian dari Puan Kharmila ini.
Edited: Jan 2018
”Alhamdulillah posting ni dah ramai org share & harapnya masih berguna utk dibuat panduan ringkas.”
Today I want to share on how to apply for secondary school for those who sent their kids to private primary school (especially in Selangor & Kuala Lumpur).
Sebelum tu mari jawab beberapa soalan penting.
1. Kenapa hantar anak pg sekolah rendah swasta?
2. Cukup tak bajet kalau nak hantar anak sekolah swasta sampai habis sekolah menengah?
3. Apa rancangan utk pendidikan menengah anak. Nak sekolah sains? Nak tahfiz/ulul-albab? Sekolah dekat rumah? Aliran Khas?……terlalu banyak option.
4. Asrama vs harian??
As for me, ni jawapan saya
1. Nak anak sekolah integrasi Islam (with all the Islamic values, etc..etc), masa persekolahan yg fit my schedule dan kurang permasalahan logistic.
2. Tak brapa nak cukup….boleh lar korek2 tp kena ikat perut on other expenses. Prefer kalau dapat public school/government funded school.
3. Sebolehnya nak sekolah integrasi sains-islamic. The best is ulul-albab.
4. Asrama – disebabkan jawapan No.3 dan beberapa alasan lain.
Now, perkara utama yang perlu tahu.
1. Students from private primary school TIDAK boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Kawalan atau Kelas Aliran Khas / Agama melalui sistem ONLINE.
2. Pelajar di Negeri Selangor yang tidak menduduki PSRA TIDAK akan dipertimbangkan untuk mohon ke Sekolah Agama Menengah bantuan kerajaan (sekolah di bawah JAIS).
3. Pelajar sekolah rendah swasta BOLEH memohon kemasukan ke MRSM melalui sistem ONLINE.
4. SMKAKL ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar luar Kuala Lumpur untuk memohon secara OFFLINE. (Edited: mulai kemasukan 2017, permohonan blh dibuat secara ONLINE. Sila tunggu iklan permohonan)
5. Beberapa Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan negeri2 lain juga ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar negeri lain untuk memohon secara OFFLINE.
Sekarang, kita ulas perkara di atas satu persatu.
1. Students from private primary school TIDAK boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Kawalan atau Kelas Aliran Khas / Agama melalui sistem ONLINE.
Sekiranya anak2 layak memohon SBP/Sekolah Kawalan/Kelas Aliran Khas / Agama, parents boleh pergi ke Pejabat Pendidikan (Pelajaran) Daerah untuk mengisi borang ASBS (Permohonan Kemasukan Murid dari Sekolah Agama/ Swasta/ Persendirian/ dan Belajar Semula ke Sekolah Menengah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia)
Setelah diterima masuk ke sekolah menengah kerajaan, bolehlah membuat rayuan untuk kemasukan ke SBP/Sekolah Kawalan/Kelas Aliran Khas / Kelas Aliran Agama – 2nd intake ke atas. Melalui maklumat yang saya dapat dari pegawai di PPD dan dari kawan2 yang dah melalui proses ni, parents perlu juga berjumpa dengan Pengetua sekolah yang dikehendaki dan membuat pertanyaan & permohonan di situ.
Kalau nak tukar masuk sekolah menengah kerajaan aliran biasa pun kena isi borang ASBS tu yer.
2. Pelajar di Negeri Selangor yang tidak menduduki PSRA TIDAK akan dipertimbangkan untuk mohon ke Sekolah Agama Menengah bantuan kerajaan (sekolah di bawah JAIS).
Pada 2015, my 1st son ada isi borang permohonan untuk sekolah agama menengah bantuan kerajaan – sekolah di bawah JAIS secara online. Permohonan ditolak dan tidak boleh buat rayuan kerana tiada sijil PSRA. Pada tahun 2016, saya pastikan my 2nd son ambil PSRA secara ‘calon tumpang’….malangnya result tak cantik maka permohonan juga ditolak. Ada classmates my son yang diterima kerana result yang cemerlang (Mumtaz).
So, utk pelajar sekolah swasta yang tdk ambil PSRA bolehlah cuba jadi calon tumpang dimana2 sekolah agama/KAFA dalam Selangor yang sudi terima tapi kena pastikan dapat MUMTAZ…besar punya!!! Rayuan boleh dibuat berulang kali. Biasanya selepas keputusan MRSM akan ada murid yang keluar jadi peluang masih ada.
3. Pelajar sekolah rendah swasta BOLEH memohon kemasukan ke MRSM melalui sistem ONLINE.
Somehow, MRSM is the easiest option bagi pelajar2 sekolah swasta yang layak untuk ke ‘asrama penuh’. Just alert bila MARA keluarkan advertisement. Bagi pelajar sekolah swasta integrasi, MRSM Ulul Albab adalah pilihan utama. Semua MRSM kena mohon dan kena jalani interview. Kalau nak anak ke Ulul Albab, latih mereka menghafaz dari awal lagi.
Lagi satu, pastikan juga anda dah bayar hutang dengan MARA kalau ada atau pastikan orang2 yang anda jamin pinjaman mereka dgn MARA bayar hutang sebab silap gaya permohonan anak anda akan ditolak. Kalau dah ditolak dan kemudian pg settle hutang tu InsyaAllah boleh buat rayuan for 2nd, 3rd, 4th intake….heheheh….
4. SMKAKL ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar luar Kuala Lumpur untuk memohon secara OFFLINE. (Edit: mulai kemasukan 2017, permohonan adalah secara ONLINE. Sila alert bila iklan keluar)
SMKAKL adalah sekolah dibawah KPM yang menjalankan sistem Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Permohonan memang ada dibuka untuk pelajar dari sekolah swasta, kena alert dengan iklan atau boleh call JPWKL untuk pertanyaan. Pada 2015, kena pg JPWKL utk isi borang di sana, 2016 borang boleh download dan kemudian submit sahaja. Temuduga bagi calon2 swasta akan dibuat kemudian dari calon2 SRK dalam Kuala Lumpur. Surat tawaran pun akan keluar kemudian. This year kami cuma ada masa 3 hari untuk prepare barang2 selepas dapat surat tawaran.
Bagi calon yang mohon dan tak berjaya, boleh cuba rayu dan rayu sebab bila tawaran MRSM keluar pasti ada pelajar yang berhenti utk masuk MRSM. Rayuan kena buat di JPWKL. Err…yang tak mohon pun boleh juga cuba mohon….last year katanya ada 3rd interview session.
5. Beberapa Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan negeri2 lain juga ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar negeri lain untuk memohon secara ONLINE/OFFLINE.
Yang ni saya takde pengalaman sendiri. Base on cerita yang dikongsi oleh parents lain. Ada yang mohon dan diterima ke Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Boleh hubungi sekolah2 berkenaan untuk maklumat dan membuat permohonan.
Apa lagi pilihan yang ada kalau nak anak masuk tahfiz integrasi???
1. Bagi ibu/bapa/anak yang lahir di negeri Pahang boleh memohon masuk ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Setahun akan ambil 50 pelajar sahaja jadi competition sangat sengit. My 1st son sangkut kat interview pertama, 2nd son dpt sampai ujian simulasi. Bukan rezeki mereka. Ada yuran pengajian bagi ibubapa melebihi had gaji (bayaran dalam RM300/month).
2. Sekolah di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada membuka permohonan secara online kepada pelajar2 dari sekolah rendah swasta tapi Nampak gayanya peluang tidak berapa cerah. Mungkin faktor kawasan sekolah (luar KL), atau mungkin faktor pendapatan ibu bapa (melebihi kelayakan).
3. Bagi ibu/bapa/anak yang lahir di negeri Terengganu boleh mohon Imtiaz Yayasan Terengganu. Orang luar pun blh mohon tapi quota cuma 5% sahaja. Ada interview dan ada juga yuran pengajian bagi ibubapa melebihi had gaji (bayaran dalam RM270+/month).
4. Ada banyak lagi sebenarnya tapi mostly are fully private school atau sekolah yang dibiaya oleh lembaga zakat jadi ibu bapa yang middle income ni sama ada tak ‘mampu’ bayar atau tak diterima sebab tak masuk dalam kategori layak terima duit bantuan zakat.
Anyway, pilihan ditangan kita….tapi kena merancang dari awal. Good luck parents!!!
**NOTA TAMBAHAN: Penglibatan dalam ko-kurikulum SANGAT2 penting. Pastikan anak2 anda kumpul sebanyak mungkin aktiviti. Tak dapat aktiviti dalam sekolah, hantarlah pg buat aktiviti luar sekolah.
Setiap kali isteri bersalin, suami biasanya akan menghantar isteri ke rumah mak atau mak mentua untuk dijaga. Tanpa sedar, para suami kadang-kadang ambil ringan soal tanggungjawab dalam menjaga isteri dalam pantang.
Kononnya bila di kampung, isteri dan bayi lebih terjaga berbanding tinggal di rumah sendiri. Pesanan untuk suami yang ada isteri dalam pantang, jangan biarkan isteri dijaga mak atau mak mentua kerana tanggungjawab itu adalah di bawah tugas anda!
Ada segelintir suami yang beri alasan mengatakan tidak tahu menjaga isteri dalam pantang. Tugas itu akhirnya diserahkan pada mak atau mak mentua. Kalau mak mentua atau mak sendiri masih sihat, mungkinlah boleh tolong. Bagaimana kalau kedua-duanya sudah uzur kemudian suami pula tak ambil peduli, tentunya ia mengganggu emosi isteri. Silap haribulan boleh meroyan satu badan!
Jangan Serah Tugas Kepada Mak/Mak Mentua
LIMA TIP DAN PESANAN UNTUK SUAMI SEMASA JAGA ISTERI DALAM PANTANG:
1. Sediakan makanan berpantang isteri
Walaupun dia tidak pandai masak, namun suami perlu ambil tahu semua jenis sayur dan ikan supaya dapat mengelak isteri makan benda yang boleh menyebabkan angin dan sejuk.
Antara sayur yang mudah disediakan seperti sawi dan lobak putih yang boleh lancarkan susu badan. Manakala ikan pula boleh pilih ikan salmon atau ikan selar.
Masakan dalam pantang mestilah yang banyak halia dan bawang putih supaya badan terasa panas sedikit. Bagi tambah tenaga dan susu badan pula, anda boleh berikan isteri makan kurma cina atau longan kering.
2. Belajar mandikan anak dan siapkan segala keperluan isteri
Ini part paling penting suami kena belajar, iaitu cara mandikan baby sebab badan si kecil itu masih lembut dan sensitif. Maka ada perlu mandikannya dengan air suam. Bagi isteri pula, dia mesti mengenakan pakaian longgar dan selesa. Kemudian kemaskan rambut isteri dan letak pilis atas dahi.
Bagi anak lelaki pula, anda kena pandai tuam zakar mereka supaya tak kena angin pasang. Manakala isteri pula kena selalu bertungku.
3. Tanam uri anak
Suami kena tahu cara cuci dan bersihkan uri anak. Setelah itu tanam di tempat yang sesuai supaya tiada haiwan datang korek.
4. Jaga anak tengah malam
Pesanan untuk suami juga, tolong jaga anak masa tengah malam dan jangan biarkan isteri seorang saja bangun malam. Ini kerana, isteri sudah habis tenaga melahirkan zuriat kalian, maka ini masanya untuk anda pula menjaga si kecil itu.
Ada tiga perkara yang menyebabkan bayi terjaga di waktu malam iaitu lapar nak susu, lampin basah atau kembung perut.
Sebab itu penting untuk anda tambah ilmu tentang cara bancuh susu, tukar lampin, cara bersihkan punggung bayi dan perlu tahu jika bayi mengalami kembung perut. Pendek kata, semua ilmu ini anda perlu tahu.
Suami tentulah ada tugas kerja yang perlu dipenuhi, jadi susun jadual kerja anda sebaiknya supaya tidak mengganggu tanggungjawab baru ini. Sebelum keluar ke tempat kerja, pastikan isteri dan anak sudah mandi.
Sediakan makanan isteri siap-siap. Siapkan juga segala keperluan bayi seperti cuci botol susu, siapkan lampin, sediakan pakaian bayi dan sebagainya..
Paling penting, semasa ketiadaan anda, pastikan ada orang yang teman isteri dan jangan biarkan dia keseorangan. Minta jiran, anak sudara atau sesiapa saja yang free untuk teman isteri di rumah.
Dalam sebuah keluarga pasti ada yang mempunyai sifat kelembutan apabila bercakap atau bergaul.
Kali ini, tular juga sebuah video di media sosial yang memaparkan pelakon yang sedang hangat, Mierul Aiman memperkenalkan ahli keluarganya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pengguna akaun Tiktok @givemehug1_, Mierul dikatakan hanya perkenalkan ayah, kakak dan adik-adiknya ketika ‘live’ sahaja.
Memetik laporan Xtra, video yang berdurasi beberapa minit itu juga meraih sebanyak 250,000 tontonan.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet cair dengan kelembutan Mierul ketika bercakap dengan keluarga.
Sebelum ini, Mierul Aiman mula dikenali setelah drama bersiri Projek: High Council berjaya mendapat perhatian ramai.
Terdahulu Mierul juga telah melibatkan dirinya dalam industri seni dengan menyertai pertandingan Hero Remaja pada 2021.
Sumber: Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.