Tak dinafikan, kemeriahan sambutan hari kemerdekaan Malaysia tahun ini paling meriah setelah dua tahun menyepi dek kerana virus yang melanda seluruh dunia. Dapat dilihat semangat orang ramai tidak kira ketika majlis perbarisan yang berjalan semalam, acara bunga api dan sekolah-sekolah yang menganjurkan majlis sambutan hari kemerdekaan mendapat penerimaan baik dari orang ramai.
Tidak kurang juga ada yang secara peribadinya dengan kreatif mencipta lagu tersendiri, malah ada juga yang membuat beberapa perkongsian yang menarik untuk ditontoni orang ramai. Misalnya video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @syazaaawr yang memuat naik seorang budak perempuan melakonkan beberapa watak dalam lagu ‘Keranamu Malaysia”.
Ads
Menjadi perhatian orang ramai melihat kegigihan ibunya menyediakan segala jenis pakaian dan props, di samping kepintaran adik ini dilihat sangat pandai melakonkan watak seperti buruh, nelayan, petani, pakar IT dan pakar ekonomi mengikut bait-bait lirik lagu tersebut.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai terhibur apabila melihat kereta jenama ‘Negara’ yang dibawanya menggunakan kereta mainan, malah ada yang berseloroh baru tahu kewujudan kereta yang jenama Negara itu.
Doa ibu sentiasa memberi harapan dan kekuatan kepada anak. Memang benar, jangan buat main-main doa seorang ibu. Ia cukup mustajab!
Walaupun begitu ada cara yang betul untuk mendoakan anak. Ada rahsiannya agar doa diterima dan menjadi jalan singkat untuk memberikan kebahagiaan buat anak.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian.
Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :
” Aku bersumpah demi Allah.,wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,dan aku bersumpah demi Allah,agar Engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. “
Doanya: *(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.*
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat In Shaa’ Allah Khas untuk ibu ayah semua : Jgn pernah LETIH untuk berdoa..
Mengimpikan kediaman yang selesa untuk keluarga dengan turut mewujudkan sudut santai pastinya memberi makna pada seisi keluarga.
Umpamanya apa yang telah dilakukan oleh Puan Emma ini dengan menggunakan secara maksima ruangan balkoni kediamannya.
Di ruangan itu dia dapat lakukan aktiviti bercucuk tanam dan di sana jugalah dijadikan ruang santai untuk keluarganya yang digarab cukup menarik dan sempurna.
Mengetahui lanjut tentang ruang balkoni keluarga ini, dan ini perkongsiannya.
Nak share balcony bohemian saya yang menjadi kontroversi hujan panas basah kering ni.
Props-prop dari fabrik semua saya simpan kalau tak guna balcony. Hanya keluarkan bila nak lepak je.
Saya ada cerita sikit dekat video dan juga penggunaan hook hammock saya. Ada banyak lagi gambar tapi dah delete. Boleh tengok di ig saya @faheema.farid
Sumber : Emma Villa via Kelab Dekorasi IKEA Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang rezeki, pastinya semua antara kita mahukan rezeki yang luas dan melimpah-ruah. Bahkan untuk mendapatkan rezeki, kita akan terus berkerja keras .
Pun begitu, dalam usaha menambah baik kehidupan selain perlu gigih dan rajin berkerja terdapat pelbagai cara lain yang boleh lakukan yang mana mungkin ada yang terlepas pandang.
Salah satu caranya adalah dengan membahagiakan pasangan dan anak-anak seperti apa yang dipraktikan melalui perkongsian seorang suami ini bolehlah jadikan panduan.
Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja, Saya hanya pinjam duit isteri RM10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat. Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa,
“Ayah ada kerja”
“Ada orang minta tolong di kedai”
Berbekalkan duit itulah, buat tambang pergi balik RM4.80 dan baki beli roti dan air. Balik nanti InsyaAllah adalah kadang RM50 atau RM30 duit belanja.
Bertahun-tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja-kerja begini. Penatnya tak tahu nak cerita macamana. Kadang bosan datang, saya tidur saja di surau.
Nak dapatkan kerja tetap, kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja, tapi ada seorang bos kedai yang baik. Dia kata boleh tolong-tolong. Dia bagi upah.
Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai, bos tiba-tiba tarik pagar nak tutup kedai. Sedangkan baru buka.
“Bos, tutup ke?”
“Yelah. Sudah satu minggu tak jalan. Laptop satu pun tak dapat jual ni. Jomlah ikut saya”
Saya pun ikut saja.
Dia naik kereta. Saya duduk sebelah dia. Dia telefon isteri.
“Jom pergi makan. Bawa anak-anak sekali”
Sepanjang perjalanan dia diam je. Saya pun ikut diam sekali. Pening mungkin tiada jualan. Nak hujung bulan.
Mesti banyak hal nak diselesaikan.
Sampai rumah dia, anak-anak isteri naik. Kami pergi ke shooping mall. Dia belanja makan. Bawa isteri anak-anak belikan apa mereka suka. Saya perhati je.
Dia sembang gelak-gelak dengan isteri dia. Macam tiada masalah, sedangkan kat kedai murung je.
Selesai semua, dia hantar saya ke stesen bas. Kami pun berpisah.
Esoknya dia telefon awal pagi.
“Abu, datang awal boleh? Tolong saya”
“Kenapa bos?”
“Ada orang order 50 komputer ni. Kena siapkan semua. Saya kasi lebih duit lah. Ok?”
Ya.
Apa yang saya belajar dengan bos ni? Sebab saya tanya dia. Pelik rasa. Bila tiada jualan, rasa down, mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan.
Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang, “Kalau kita down, takde sale, penat, tutup sebentar perniagaan. Baliklah rumah. Jumpa anak isteri. Hiburkan mereka.
Sebab kadang takde sale bukan sebab apa, mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa, apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa.
Kita cari duit untuk keluarga kan? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita. Tapi bila cari rezeki untuk keluarga, dan kita yakin Allah yang bagi, jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat”
Rupanya begitu.
Selepas bertenang, selepas menghiburkan ahli keluarganya, Allah balas esoknya juga pada dia. Dan itulah yang saya ikut dan buat.
Kalau dah penat sangat, sibuk sangat, saya “pause” sebentar, dan pergi kepada keluarga saya. Kerana sesungguhnya, Di mana ada bahagia, disitu pasti ada keluarga.
Wahai Allah, jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga. Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingatiMu.
Tempat sumber kekuatan dan hiburan, serta ketenangan.