Jenama Kereta Jadi Ukuran, Dianggap Sengkek Tak Ada Duit.

Share

Bahagia itu pilihan kita. Ada yang sanggup berhutang untuk kelihatan mewah dipandang mata orang lain.

Ada yang mampu tapi memilih cara hidup sederhana. Setiap orang punya pilihan sendiri.

Malah ada segelintir beranggap menilai berdasarkan kenderaan. Dianggap sengkek bila mana mempunyai kenderaan biasa-biasa aje.

Begitulah yang dikongsi oleh saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol mengenai sikap yang mementingkan  status bergaya.

Biar Nampak Biasa Tapi Kaya Dan Mulia

Teringat masa Aku dan wife pakai wira dulu. Kami juga pernah lalui dan rasai pengalaman yang sama.

Kebanyakkan orang kita memang begitu fikirannya. Pada mereka, “status berjaya” bila kau memandu HONDA atau BMW sahaja…

“KERETA”, Itulah satu-satunya cara sesetengah orang kita nak tunjukkan pada “dunia” yang mereka itu telah sukses dan berjaya.

Yelah, takkan nak tunjuk duit berkepok dan emas depan kawan-kawan. Takut kena pow pula nantikan. Malah mungkin ada yang sindir riak.

Samalah juga kalau ada banyak rumah dan tanah, tak boleh jugak nak tunjuk kat kawan-kawan dan saudara-mara bila balik kampung nanti.

Jadi akhirnya, keretalah menjadi simbol paling mudah nak tunjuk pada orang kononnya mereka telah berjaya.

“Kita kena tunjuk apa yang kita ada bro. Kalau tak, orang tak tahu kita dah berjaya. Barulah mereka “respect” kat kita”…Kata seorang teman.

Dulu Aku suka perhatikan gelagat orang yang “upgrade” kereta dari kereta “biasa” ke jenama yang mahal dan mewah ni. Antara gelagat mereka ;

▪︎ Kalau dulu jarang “up” gambar kereta kat FB, lepas upgrade rajin pula selalu share status…Cth, “alamak jem pulak. Dah lambat ni”…Sambil “caption” bergambar tunjuk stereng kereta.

▪︎ Kalau dulu datang majlis open house, kenduri kahwin dan reunion sanggup parking jauh, tapi lepas upgrade kalau boleh nak park sampai depan pintu masuk majlis.

Rugilah nanti orang tak nampak depa datang naik kereta apa…Buat-buat turunkan barang atau wife pun takpe…Nanti abang cari tempat parking lain.

▪︎ Kalau dulu lepak kedai makan kunci kereta dalam poket je, lepas upgrade kunci selalu ada atas meja.

RAMAI AJE YANG MAMPU TAPI PILIH HIDUP SEDERHANA

Begitulah selalunya…

Ramai orang kita ingat, mereka yang bersederhana, pakai biasa-biasa dan naik kereta biasa-biasa tu sengkek dan tidak berada.

Ada beberapa kenalan Aku terdiri daripada pensyarah, lawyer, doctor dan engineer, yang mampu beli barangan mewah dan berjenama, tapi mereka beli yang biasa-biasa saja.

Ada yang mampu beli kereta mewah, tapi mereka tak upgrade. Depa naik kereta biasa saja bila pergi kerja.

Ada juga yang mampu beli rumah besar, tapi mereka duduk rumah teres biasa sahaja.

Ada yang mampu beli beg dan pakaian di butik berjenama, tapi mereka lebih gemar beli baju di kedai biasa saja.

Mereka ini lebih mudah memberi derma dan bersedekah kerana mereka pandai “bersederhana” dan berjaya mencapai “Financial Freedom” di usia muda.

Dik, ni abang nak pesan…

Jangan kita menilai kejayaan dan kekayaan orang melalui harta yang di tunjukkan oleh mereka.

Kadang-kadang semua “kemewahan” yang ditunjukkan tu semuanya auta dan “fake” belaka. Jangan kita mudah terpedaya.

Matlamat kita adalah untuk hidup sederhana dan menjadi contoh kepada generasi muda terutamanya kepada anak-anak kita.

Jadilah “KAYA DAN MULIA” dan berhentilah berlakon “PURA-PURA NAMPAK KAYA” kalau bab belanja makan dan sedekah pun kau nak berkira.

Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol