Antara perkara yang paling susah dalam menjaga anak adalah dari suduk kawalan pemakanannya. Para ibu bapa pasti tak ketinggalan dalam menghadapi masalah yang sama kan?
Namun, jangan bimbang kerana resipi yang dikongsikan kali ini pasti dijamin berkesan dalam menambahkan lagi selera anak-anak untuk makan makanan yang berkhasiat. Pesto pasta adalah antara menu yang dikatakan sesuai untuk anak-anak kerana banyak menggunakan sayur-sayuran dan kekacang sebagai bahan utama.
Menurut pengguna profil Facebook Nabila Huda Murad yang berkongsi resipi ini, pesto pasta sememangnya menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang pekat, berkrim dan berwarna hijau membuatkan mereka tertarik.
“Sebab dah naik jemu repeat pasta jenis Bolognese, Carbonara dan Aglio Oglio. Ya Rabbi, rupanya anak-anak semuanya suka makan Pesto ni. Sejak daripada situ asyik request saya buat Pesto je,” tulisnya.
Pesto Pasta
Bahan-Bahan:
- Spaghetti
- Daun Basil
- Bawang putih
- Kacang Pistachio
- Kacang Gajus
- Unsalted butter
- Whipping cream
- Mozzarella cheese
- Minyak zaitun
- Serbuk black pepper
- Gula dan garam secukup rasa
Cara-Cara:
– Rebus pasta dan masukkan sedikit garam dan minyak zaitun supaya pasta tak melekat.
– Kisarkan bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sikit mozzarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sikit minyak zaitun dan masukkan sikit air rebusan pasta.
– Kisar halus jadi macamni. Kalau nak warna lebih cantik lebihkan sikit daun basil.
– Panaskan unsalted butter dulu, kemudian baru masukkan bahan kisaran.
– Half cook dah boleh masukkan sikit whipping cream dan tambah lagi Mozarella cheese.
– Gaul sebati pasta. Masak dalam masa 3-5 minit. Rupa kejadian yang sempurna adalah pasta tu akan cantik warna hijau muda.
Sumber: Nabila Huda Murad