Uncategorized

Jemput-jemput Lagi Enak & Gebu, Bila Ibu Cuba 3 Skil Ni!

Share

Menyediakan hidangan jemput-jemput sama ada sebagai menu minum petang atau sarapan tentu sahaja menjadi sesuatu hidangan yang cukup menyelerakan. Lebih-lebih lagi jika rasanya lembut,  gebu dan elok pula bentuknya.

Pun begitu, tidak semua antara kita tahu rahsia bagaimana untuk menyediakan hidangan jemput-jemput memenuhi kreteria seperti itu. Untuk itu, ketahui rahsia dan skil yang perlu anda praktis untuk mendapatkan hasil masakan jemput-jemput yang sempurna dan enak dimakan. Jom semak!

Tukar Satu Bahan

Seriously lepas ni tukarkan sahaja tepung gandum dengan tepung kek. InsyaAllah gebu gebas la Jemput-jemput anda.

Bahan-bahan :

Telur – 1 biji
Tepung naik sendiri @ tepung kek – 500 gram
Air secukupnya sampai boleh menjemput (air suam @ air suhu biasa)
Boleh campak apa2 hiasan dan lauk pauk seperti – ikan bilis, udang, daun sup, bawang, ataupon taugeh.

Resepi ini valid untuk segala jenis jemput termasuk Jemput-jemput pisang, Jemput-jemput manis, Jemput-jemput labu, Jemput-jemput sukun dan sebagainya.

Selamat mencobaaaa!!!

sumber : Ummi Hidayah


 

Gaul Dengan Tangan

Cara masak jemput bawang+bilis cara fiza..

1)panaskan minyak. Set api yang paling minimum


2)hiris bawang . Masukkan bilis..air dan garam (kacau rata)


3)Masuk tepung ikut sukatan air..jangan lembik sangat..jangan keras sangat..hihi..kdg kdg fiza terbabas juga.


4)kacau sekata
5)sory kalau cara ni korang tak suka..tapi fiza..lebih suka guna tgan utk buat jemput..utk dapatkan bentuk yang cute. Tapi pastikan cuci tangan dulu ye..hihi..ni juga tips pikat suami, air tangan istri..boleh gitu..


6)jemput jemputkan adunan td dan masuk dlm kuali yg minyaknya dan pans td..


7)Masa mggoreng balik balik jemput supaya sekata


8)goreng smpai garing..dan hidang..
In shaa allah lembut.

sumber : Fiza Faiz Berendoi Kuantan


Plus Nasi

Rangup di luar, lembut di dalam..
Yang pasti, sampai ke petang pun still lembut lg..

Bahan-bahan:
– Bawang sebiji dihiris
– Kentang 2 biji dihiris nipis/dadu
– Ikan bilis siap kopek sejemput
– Daun sup agak2, dipotong nipis..
– Garam secukup rasa..
– Nasi dalam 3 senduk di blend dengan air.. Air biar melepasi paras nasi.. Macam dlm gambar.. Blend halus yer..

 

 

 

 

 

 

 

– Tepung dalam 3 ke 4 cawan, masuk dalam bahan2 tadi, dan nasi yang sudah di blend tadi campur kan n gaul rata..


Boleh masuk kan air sikit2 sampai boleh disudu/dijemput2kan..

Goreng dalam minyak yang panas yer..
Selamat mencuba

Kredit Resepi : siti norkamilia