Baru-baru ini, sebuah agensi perkhidmatan umrah dan haji telah berkongsi kedukaan tentang pemergian seorang jemaah umrah perempuan yang telah meningga dunia sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah. 

Jemaah yang bernama Neshah Binti Abdullah dillaporkan baru sahaja selesai melakukan Solat Terawih dan sedang dalam perjalanan pulang. Saat melintas jalan, dengan tidak semena-mena dia dihentam oleh sebuah kereta yang melalui jalan tersebut. 

Beliau gagal diselamatkan disebabkan kecederaan yang dialami dari kemalangan tersebut.

Sesungguhnya pemergiannya walaupun diiringi dengan kedukaan namun pastinya ada kebaikan yang dilakukan sepanjang hidupnya sehingga dia diberikan’hadiah’ sebegitu besar daripada Allah. Ianya dinyatakan sendiri oleh mutawif yang menyifatkan pemergian allahyarmah begitu indah dan patut di ambil ikhtibar.

Ads

Perginya selepas beribadah dan di tempat suci, paling mengharukan dia juga sempat disolatkan oleh jutaan jemaah yang berada di Masjidil Haram. 

Menurut orang-orang yang menguruskan pengebumian Allahyarhamah, segala urusan dari malam ke siang amatlah mudah. Bahkan ada wakil memberitahu Puan Neesha masih dalam keadaan berwuduk ketika kembali ke Pencipta. Meskipun sedih, ahli keluarga pasrah dengan takdir Allah dan berterima kasih pada semua yang sudah membantu.

@abukhaleef2 MasyaAllah, sebelum ni biasa dengar je jemaah malaysia meninggal di Tanah Suci, belum ada pengalaman sendiri. Kali ni Allah swt hadirkan depan mata, dari lokasi kemalangan, bawa ke hospital, dapatkan pengesahan kematian, berurusan dengan embassy, naik turun balai polis, berurusan dgn bilik mayat, bawa ke bilik mandian jenazah seterusnya bawa jenazah ke Masjidil Haram dan akhirnya urusan pengkebumian di Maqbarah Soraya. Banyak sangat ilmu baru yang dapat dipelajari dari pengalaman kali ini. Alhamdulillah semuanya dilancarkan Allah swt, kagum sangat dengan petugas Harmony Excellence. Semua bertungkus lumus dalam menguruskan kematian dan pengkebumian Al Marhumah. Siap buat google live dgn semua ahli keluarga, dari Masjidil Haram hingga ke perkuburan. Sayu sangat bila dengar suara tangisan dari keluarga di malaysia, namun semua mengucapkan kata2 positive kpd suami arwah, Abg Muhamad Nur. Sampai je tanah perkuburan dgn van jenazah, uncle Nor Hashim dan standby kat sana dgn petugas yg lain. Suami dan adik arwah sama2 masuk liang lahad, semua puas hati dan redha dgn pemergian Al Marhumah. Firman Allah swt dalam Surah Ali Imran ayat 185 ‎كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari Kiamat kelak sajalah akan diberikan balasanmu dengan sempurna. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” ‎ ‎إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون ‎ا‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ #harmonyexcellenceholidays #matiitupasti😔 #husnulkhotimah #matidimekah #syahiddijalanallah ♬ original sound – AbuKhaleef

Ads

[TIPS]

Ads

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jemaah Malaysia Maut Dilanggar Kereta Sewaktu Pulang Dari Solat Terawih. Permergian Yang Dicemburui, Disolatkan Oleh Jutaan Umat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI