Sedapnya bila dapat layan Jelly kelapa ni, simple je rasanya tapi pekena waktu cuaca panas memang layan sangat. Nak-nak lagi baru keluar peti sejuk. Memang terbaik.
Biasanya kalau beli boleh tahan harganya kan. Apa kata cuba buat sendiri di rumah. lagi berbaloi terutama anda yang ada anak ramai. Tak cukup satu ni kalau start makan. Jom cuba cara yang dikongsikan saudara Ibrisam Wossali.
Menariknya, dia siap buat dua versia, putih dan juga hijau. Tetapi rasanya tetap sama. Nka cuba, jom tengok caranya di sini.
Pagi tdi isteri sya kata teringin nak makan jeli kelapa. Apa lgi sya terus pergi kait 5 biji kelapa pandan. Sya kata biar sya buatkan…. Isteri kata ‘tahu ke abg nak buat jelly kelapa? ‘. Sya kata skrg tak boleh komen. Dah siap nnti baru boleh komen ya….. 🤣🤣🤣🤣
Bahan-bahan :
1. Agar2 tali seberat 10gm
2. Air Kelapa muda 1.5 lit
3. Air 1.5 lit
4. Gula pasir 10 sudu besar ( tahap kemanisan ikut cita rasa masing2 )
5. Secubit garam
6. 2 helai daun pandan
Caranya :
1. Masak agar2 bersama 1.5 lit air + daun pandan + garam + gula pasir sehingga mendidih dan agar2 larut.
2. Masukkan pula 1.5 lit air kelapa sehingga mendidih sekali lgi.
3. Pada masa ini jika kita mahu warnakan jeli tu dh boleh masukkan sedikit pewarna.
4. Masukkan jeli ke dlm bekas.
5.Masukkan isi kelapa yg telah dihiris nipis2 ke dlm jeli tdi.
6. Sejukkan kemudian simpan dlm peti ais.
Dua warna berbeza, tapi rasanya sama shj. Mana satu pilihan kawan2?
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club