Teksturnya yang lembut dan rasa kelapanya yang asli membuatkan ramai antara kita menggemari keenakan rasa hidangan ini. Lagi-lagi kalau dimakan ketika sejuk, kepuasan menikmati jeli kelapa ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Rasanya memang sedap!
Untuk yang baru ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dinikmati bersama kelaurga, tersedia resipi yang cukup mudah untuk dilakukan. Malah Puan Noraini Hussin juga tidak lokek berkongsi tip untuk pastikan jeli kelapa yang dibuat tidak mudah basi. Jom semak apa katanya…
Kali ni saya nak kongsi sedikit tip supaya jeli kelapa tidak mudah basi dan tahan lama. In shaa Allah tahan selama seminggu lebih dalam simpanan peti ais. Sesuai untuk para peniaga. Kalau untuk makan sendiri abaikan je tip ni sebab kalau buat tak sempat simpan,1 hari dah habis.
Ads
Tip jeli kelapa tahan lama:
Isi kelapa yang telah di lorek hendaklah dibasuh terlebih dahulu dengan air biasa sehingga tiada air putih santan pada isi kelapa tersebut. Kemudian tapis dan toskan betul-betul dan barulah boleh diletakkan ke dalam larutan air jeli kelapa tersebut.
Di sini saya sertakan sekali lagi resepi mudah yang saya gunakan hasil tunjuk ajar dari suami saya sendiri:
Ads
JELI KELAPA
25g agar-agar tali (1 paket 25g)
700g gula
3.5liter air biasa
3.5liter air kelapa
4helai daun pandan
Ads
Cara Buat :
Masukkan air biasa, air kelapa, gula, agar-agar, daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan sehingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya.
Masukkan dalam bekas.
Masukkan isi kelapa muda yang telah di lorek dan di tos terlebih dahulu (boleh gunakan tip yang saya beritahu di atas jika nak berniaga).
Merancang untuk hamil atau tidak di fasa Covid-19 ini tidak dinafikan ianya terletak atas hak setiap pasangan yang telah berkahwin. Pun begitu apa yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini terlalu ramai ibu yang mengandung menjadi korban Covid-19.
Memberi kesedaran tentang pentingnya ibu yang mengandung segera mengambil vaksin, Dr Amalina Che Bakri berkongsi info di instagramnya baru-baru ini. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.
Menurut Dr Amalina, kajian menunjukkan, mereka yang mendapat jangkitan COVID semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) & increased hospital admission berbanding dengan mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm birth & stillbirth’ (Gurol-Urganci et al 2021).
Kajian (7530 vaccinated vs 7530 matched unvaccinated women) menunjukkan ibu mengandung yg mendapat vaksin mendapat perlindungan dan risiko lebih rendah utk mendapat jangkitan berbanding mereka yg tidak vaksin (Goldshtein et al 2021).
Setakat ini ~ 130 000 ibu mengandung di US dan ~50 000 di UK sudah mendapat vaksin tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi (RCOG 2021). Data menunjukkan vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan (Male et al 2021).
Data dari UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat 2 dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana COVID kerana mereka sudah mendapat perlindungan dan mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah mereka yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua (RCOG guideline 2021).
Vaksin tidak menyebabkan masalah kesuburan (infertility) (Moris 2021). Vaksin juga tidak meningkatkan risiko keguguran (miscarriage) (Shimabukuro et al 2021).
RCOG guideline mengatakan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira di mana stage pregnancy (with informed consent) dan pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan 2 dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk third trimester kerana ini adalah peringkat yang paling genting dimana risiko paling tinggi adalah semasa third trimester. Ibu mengandung tidak kira gestation age digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang tinggi kepada mereka. (RCOG guideline 2021). Untuk di Malaysia, anda boleh berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) anda, discuss the benefits and risks, sekiranya anda mahu vaksinasi, boleh dapatkan surat daripada Pakar O&G untuk diberikan kepada pusat vaksin sekiranya anda bukan berada dalam gestation age 14-33 weeks.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, dilihat warganet menyokong saranan Dr Amalina dan tidak kurang juga bertanya lanjut berkenaan kesan vaksin kepada yang sedang menyusukan dan sebagainya. Rata-rata amat berterima kasih dengan perkongsian info yang diberikan.
“Thank you for this. A lof of pregnant mothers will benefit from this.”
“Yes. Harap sangat kita boleh start vaksinkan ibu hamil tanpa kira gestation dengan segera!”
“Alhamdulillah dokter ..saya sudah vaksin 2dos (sinovac)… selepas pada tu baru saya tahu saya pregnant..apa2 pun Alhamdulillah semua keadaan baik..”
“Thank u for this info. My doa pregnant mothers take heed. We love u sisters …. Take care ok!”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Nak masak sambal tumis punya pasal, kena la beli cili kering. Kalau beli yang ready made, kurang ‘kick’ rasanya.
Nak memilih cili kering pun satu hal juga, salah beli memang meraunglah waktu makan! Pedas yakmat rasanya. Tak mampu nak buat apa-apa!
Haa yang belum tahu, ada tip mudah tau nak kurangkan rasa pedas dalam masakan! Min pun baru tahu ni, tip dari Yatiekitchen. Bukan sahaja boleh kurangkan rasa pedas, malah rasa masin terlebih pun boleh! Nak tahu apa tipnya? Tengok perkongsian di bawah ok!
TIP MAKANAN TERLALU PEDAS
Saya nak share satu tips yg sangat2 berguna , banyak kali saya apply tips ni pada masakan saya .
Recently , saya beli cili kering dan Cili kering yg saya beli ter sangat2 pedas , nak buang cili kisar yg saya buat ni sayang pulak…
Setiap kali saya masak menggunakan cili kisar ni saya kurangkan cili utk kurangkan pedas. Tapi kalau saya masak “sambal” mana boleh kurang kan cili , ye dak? So saya campak sebiji kentang ( termasuk kulitnya ) dalam masakan sambal saya….
Alhamdullillah “kepedasan” sambal saya berjaya dikurangkan at least 50% , so tak dela buasir nnt😂 !
Gambar atas tu setelah Sambal Kerang saya ditos minyak nya !🤣 Korang cubalah !
Note : Tips letak kentang jugak boleh digunakan jika masakan termasin , terpahit … dan segala Ter 😅😅😅
Berkongsi pengalaman bersama Puan Juriah Halimatun Ahmad, seorang surirumah dan juga merupakan ibu kepada sembilan orang anak, nyata bukan calang-calang wanita mampu lakukannya.
Maklumlah, mengurus seorang anak pun ada yang merasa kepayahannya. Ini pula mengurus keluarga besar dengan anak-anak yang masih kecil, dan masih mampu dalam masa yang sama menjana pendapatan dari rumah dengan kemahiran menjahit.
Menyedari hal itu, ayuh kita cungkil rahsia bagaimana seorang wanita ini agar mampu menyuntik inspirasi buat surirumah diluar sana untuk memulakan langkah menjana pendapatan dari rumah.
Dulu makan gaji
Sebenarnya saya tak adalah lama sangat dalam bidang jahitan ini. Saya asalnya orang yang makan gaji, berenti bila anak-anak sudah masuk 5 orang.
Mula-mula ada sebelum itu hantar anak-anak ke taska dan juga pernah ada beberapa pembantu rumah. Tapi sebab penat juga pagi-pagi nak hantar anak ke taska lepas itu berkejar pula ke ofis, dah tak larat dah.
Anak-anak yang sekolah si ayah pula yang menghantarnya. Lepas saya berhenti, beberapa tahun juga tidak mulakan menjahit, masa itu tak terfikir pun.
Tapi pada tahun 2013, baru saya macam berminat semula dengan aktiviti menjahit. Sebab saya memang sudah ada kemahiran asas menjahit sejak zaman muda-muda dulu.
Dan saya bermula dengan pakaian muslimah kanak-kanak perempuan sebab saya suka dengan fesyen budak-budak. Kalau nak diikutkan masa, sebenarnya tak ada banyak masa sangat hendak menjahit.
Apa-apa pun yang penting saya uruskan keluarga dulu. Selesaikan apa-apa yang sepatutnya, kemudian barulah menjahit. Pun begitu jujur saya kata cabaran menjahit ini kalau ada anak kecil, semakin laju kita nak gunting kain, lagi laju dia merengek nak bergayut.
Masa awal-awal memang menjahit atas sebab suka-suka. Buat pun sikit-sikit , up dekat fb. Kemudian orang mula menempah dan lama-kelamaan tempahan pun jadi banyak pula.
Impian
Memang insyaAllah saya nak kembangkan lagi, cuma tunggu sikit je lagi masa, sebab nak tunggu anak bongsu saya ini besar sikit. Paling tidak pun sehingga dia tidak menyusu badan dan pandai main sendiri dengan kakak dan abang-abangnya. Sekarang ni saya kurangkan sikit ambil tempahan.
Kongsi Tip & Pesanan
1. Kalau untuk suri rumah yang nak biz menjahit ni – setelkan dulu hal-hal rumahtangga dan anak-anak. Kalau tak mampu buat banyak, jangan ambil tempahan banyak-banyak. Tak perlu risau kalau tak ambil tempahan yang banyak lagi kalau keluarga lebih penting, insyaAllah satu hari nanti, bila ada masa dan keadaan yang bersesuaian, Allah akan bagi juga rezeki dari tempahan itu.
2.Kalau surirumah yang betul-betul nak buat walau pun ada anak kecil, boleh sahaja hantar anak pada pengasuh dan kerja menjahit masih boleh dibuat di rumah. Ini kalau yang betul-betul kerjanya menjahit. Atau kalau tak ada masa sangat untuk menjahit dan perniagaan agak berkembang, disarankan biarkan kita sahaja yang potong kain dan cari part timer untuk menjahitnya.
3.Tapi kalau yang buat sambil-sambil, hanya masa terluang saja, buatlah waktu anak-anak tidur. Atau kalau ada anak-anak kecil, boleh buat ready made, sebab ready made ni bila-bila masa sahaja boleh buat dan tidak stress seperti ambil tempahan.
Lubuk rezeki
Pendapatan surirumah yang menjahit sebenarnya bergantung pada harga tempahan baju, jenis baju yang dijahit dan juga berapa banyak tempahan.
Melalui pengalaman sebelum ini, bila lakukan sekadar separuh masa boleh dah lepas RM500 ke atas, buat duit belanja dapur. Malah jika serius boleh juga sehingga RM2K ke atas. Semua ini bergantung situasi dan keadaan, bahkan bukan perkara pelik kalau ada tukang jahit boleh dapat sehingga RM10K.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...