Baru-baru ini hangat isu Adira Suhaimi dan Datuk Red dikatakan ingin bercerai.
Adira nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red dengan alasan tiada persefahaman.
Menerusi hantaran Adira di Instagram dua hari lepas, dia memaklumkan dia akan mengerjakan ibadah Umrah.
Memandangkan ini merupakan ibadah Umrahnya yang pertama, dia turut meminta orang ramai mendoakannya.
Katanya, dia ingin fokus menunaikan ibadah dan berharap agak tidak memikirkan masalah yang lain.
Bukan apa, katanya ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan anak-anak. Risau memikirkan mereka.
Hantaran Instagramnya itu turut dapat komen dari rakan-rakan artis yang mendoakan perjalanan ibadah Umrahnya.
Antara rakan artis yang meninggalkan doa di ruangan komen ialah Bella Astillah, Zarina Zainuddin dan Elvina Mohamad.
“Semoga baik-baik sahaja kakak, tolong doakan adik juga,” – Bella Astillah
“Semoga dipermudahkan perjalanan,” – Zarina Zainuddin
Netizen juga turut mendoakan perjalanannya di ruangan komen. Ada juga yang memesan untuk mendoakan mereka.
“Doakan saya dan keluarga dijemput lagi ke tanah suci,” – Netizen
Menunaikan Umrah pada bulan Syawal merupakan peluang yang besar. Tambahan pula, peluang itu sendiri diberikan oleh Pencipta kita.
Semoga ibadah Umrah Adira berjalan dengan lancar.
MESTI BACA: Adira Suhaimi Tekad Mahu Berpisah Dengan Suami, Tiada Persefahaman Jadi Punca!
Hadiahkan Gelang & Cincin, Video Adira Sambut Hari Lahir Datin Red Bikin Sebak!
SUMBER: Instagram Adira Suhaimi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my