
Keletah anak lelaki kesayangan Sharnaaz Ahmad bernama Jebat Jayden ini sememangnya sentiasa mencuri tumpuan peminat.
Dari bayi sehingga kini usianya sudah 4 tahun, kecomelan wajahnya dan telatah menghiburkan ramai.
Sebelum ini, celotehnya sewaktu sedang demam bersama mommynya, Noor Nabila membuatkan ramai terhibur. Loghatnya mengundang kelucuan pada warganet.
Menjengah ke akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, dikongsikan satu video yang memaparkan Jebat berceloteh ketika sedang makan.
Sememangnya permata hati Sharnaaz dan Noor Nabila ini seorang yang banyak mulut dan non-stop bercakap sampai ayahnya pun tergelak mendengarnya.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah gelagat si kecil ini melakonkan gaya sedang membuang air kecil dengan riak wajah sekali.
Apabila babanya mencelah terus disuruh diam oleh Jebat. Bukan main garang ye, padahal tak ada siapa berani sound baba sedemikian.
“Free ja dia suruh aku diam.. nasib hang sorang ja.. nindiaa king of publika.. sapa masuk publika, tolong mai mintak izin abg long kawasan publika.”
Demikian seloroh Sharnaaz menerusi kapsyennya
Sumber: sharnaazahmad
“Karangan Mesti A+ Kan, Tersusun Ayat.” Coretan Fazura Hadiri Majlis Peribadi Tengku Permaisuri Selangor Raih Perhatian.

Muat naik terbaru usahawan & selebriti, Nur Fazura aktress yang sering mendapat perhatian peminatnya.
Memaparkan beberapa keping gambar bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Apa yang menarik perhatian, gaya penulisan Fazura yang tersusun dan sopan berkongsi coretan menghadiri majlis peribadi Tengku Permaisuri meraih perhatian peminatnya.
“Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.”
Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.
Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua. Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua.
Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami.
Once again, our best birthday wishes to our Queen, may Allah SWT bless you always with happiness and may you always find favour in His eyes. Semoga Allah SWT lanjutkan usia DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tuanku Permaisuri. Amin
Sumber:
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jangan Berkira Hal Kesihatan Anak, Jika Nak Elak Jadi Serius. Perkongsian Bapa Ini Moga Jadi Iktibar

Jangan berkira hal kesihatan anak, jika serius menyesal tak sudah. Sebagai ibu bapa, apabila anak menunjukkan tanda-tanda seperti tidak sihat seperti batuk, demam atau selsema, jangan anggap ia sebagai perkara remah. Situasi jika dibiarkan ia menjadi pencetus kepada penyakit yang lebih serius.
Lebih-lebih jika mempunyai anak yang masih kecil. Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh bapa ini, Mohd Fhais moga menjadi iktibar kepada semua.
Kalau anak sakit terus pergi klinik, janganlah tunggu dah serius baru nak kelam kabut cari doktor.
Tolong pandang serius sebelum sakit anak tu jadi betul-betul serius.
Sila ambil iktibar dari cerita ni.
Aish rizqi ni dah demam 7 hari lepas lagi. Oleh sebab “rasa” ni demam biasa jadi anggap tak serius la. Balik rumah tampal cool fever dan bagi ubat demam.
Kesilapan pertama bila samakan anak kecil dengan kita !
Ya bila demam makan panadol boleh baik. Anak pun demam bagi makan ubat pun boleh baik.
Tapi antibodi anak kecil ni tak sematang kita yang dewasa. Baru 8 bulan memang lemah sangat antibodi dia. Tak boleh nak lawan virus sendiri. Demam memang baik tapi virus dalam badan dia masih lagi bermaharajalela.
Kesannya, walaupun demam dah baik tapi selera makan masih tiada. Semakin kurang selera adalah. Susu selalu sehari 2 – 4 botol tapi sekarang 1 botol pun susah nak habis.
Kesilapan kedua bila tak pandang serius walau dah nampak ada yang tak kena dengan anak !
Akhirnya 3 hari yang lepas tiba-tiba aish rizqi demam balik. Kali ni bertambah teruk, ada batuk dengan selesema. Hingus yang keluar pun bukan biasa-biasa tapi warna hijau pekat likat.
HINGUS HIJAU PEKAT MACAM NI MAKSUDNYA VIRUS !!
Masa ni la baru kelam kabut pergi cari klinik. Esoknya pergi klinik kanak-kanak, doktor periksa dan bagi ubat antibiotik, demam, batuk dan selesema.
Kesilapan ketiga terlalu lambat bertindak !
Hari ke 2 lepas pergi klinik keadaan aish bertambah serius. Walaupun hingus dah cair dan warna putih tapi pernafasan dia pula berbunyi. Masa ni dah serik, tak nak tunggu lagi terus pergi semula ke klinik, doktor periksa dan suspek asma.
Tak boleh tunggu lagi. Esoknya juga pergi hospital jumpa doktor pakar kanak-kanak, Dr. Lee di hospital pantai.
Doktor periksa paru-paru aish, dan dengar nafas dia tercungap-cungap. Cakap doktor sakit aish ni serius. Terus kena tahan wad. Lepas selesai urus wad doktor suruh terus buat x-ray sebab nak tahu apa masalah sebenar.
Allahu.. lepas laporan x-ray keluar baru dapat tahu sebenarnya paru-paru aish dah kena jangkitan kuman.
Astagfirullah al azim..
Mengucap panjang saya bila dapat tahu keadaan aish jadi serius sebegini rupa. Kena duduk wad 3-5 hari kalau begini. Kesian campur menyesal.
Menyesal pun tak guna. Nasi dah jadi bubur. Lepas ni jangan berkira lagi kalau anak tunjuk simptom nak sakit. Demam atau sakit yang kecil-kecil pun segeralah dapatkan rawatan.
Masa, duit dan tenaga nombor 2. Yang penting kena bertindak. Buatlah macam mana pun asalkan kita tak menyesal tak buat apa-apa.
Mohd Fhais
Sebak.
p/s : Mohon doakan aish rizqi di beri kesembuhan.
“Rumah Arwah Sudirman Hanya Tinggal Tangga Batu…”-Warganet Luah Rasa Sedih!

“Sedih tengok dulu dan sekarang..saya rasa pernah terbaca majalah URTV dulu tapi tak ingat tahun bila dia pakai baju ni bergambar atas tangga..masa saya sek rendah rasanya tahun 1990 kot..ni urtv keluaran raya. Kalau dipulihkan kembali rumah nostalgia ni..alangkah bagus.”
Itu antara komen warganet susulan satu perkongsian yang memaparkan keadaan terkini rumah penyanyi, Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘I Love Pahang, beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan keadaan terkini rumah bekas penghibur nombor satu Asia, terbiar dan dilhat amat menyedihkan.
Jika dahulu, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu sering dikunjungi peminat, rakan artis mahu pun wartawan, namun kini siapa sangka keadaannya hanya tinggal tangga batu sahaja.
Ketika hayat Sudirman, rumah berkonsepkan kampung itu sering dijadikan lokasi merakam kenangan.
Namun meninjau diruangan komen, warga Pahang sendiri berasa sedih melihat keadaan rumah tersebut yang terbiar begitu sahaja hingga semak samun.
” Beginilah keadaan terkini rumah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kg Tok Embun, Temerloh, Pahang.
” Rumah ini ditinggalkan sepi sehingga dipenuhi belukar selepas musnah dalam satu kebakaran pada tahun 2008.
” Belum nampak sebarang usaha dari pihak berwajib untuk memulihara kembali rumah legenda seni tanah air ini,” catat warganet yang menyatakan kekesalan kerana rumah itu tidak dikawal selia dan dipelihara oleh pihak berwajib yang seolah-seolah Sudirman tidak pernah berjasa kepada negara.
Fakta Berkenaan Allahyarham Sudirman Yang Mungkin Ada Belum Tahu
-Tarikh 22 Februari setiap tahun menjadi detik pilu apabila negara kita kehilangan sebutir permata bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad.
-Sudirman terkenal dengan julukan The Singing Laywer punya keperibadian yang disenangi oleh semua, terutama peminat Allahyarham.
-Dilahirkan di Pahang pada 25 Mei 1954. Nama Sudirman diilhamkan oleh nama seorang pahlawan Indonesia, Soedirman.
-Nama manja/panggilannya adalah Cokman dan merupakan anak bongsu dari 6 adik beradik.
-Penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.
-Merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Beliau diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih nyanyian sebagai kerjayanya.
-Lagu One Thousand Million Smile dirakamkan dan dipasarkan di Eropah. Rakaman lagu tersebut dijalankan di studio Abbey Road dan dipilih sebagai lagu Tema Malaysia semasa Hari PBB.
-Pernah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Allahyrham Saloma berjudul ‘Mama’.
-Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘ Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap peminat.
-Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan jenama ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.
-Johan Bintang RTM ini telah meninggalkan momen hebat dengan mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986 dengan dihadiri lebih 100 ribu pengunjung. Kejayaan konsert tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records.
-Sudirman pernah dilabel sebagai seorang ikon fesyen kerana menjadi penyanyi yang memberanikan diri memakai sepasang pakaian Melayu lengkap satu warna dengan songkok. Ertinya kalau pakaian Melayu itu berwarna biru, songkoknya juga berwarna biru.
-Mendirikan rumh tangga dengan Kamariah Jamaluddin ataupun Kay yang merupakan cinta pertamanya pada 14 Februari 1981.
-Sudirman pernah memberitahu rakan karibnya, pelakon dan penyanyi Noor Kumalasari, bahawa Kay adalah cinta pertama dan terakhirnya. Oleh kerana itu, apabila mereka berpisah 3 tahun selepas mendirikan rumh tangga atas alasan tiada persefahaman, menurut Noor Kumalasari ia memberi impak hebat kepada sahabat baiknya itu.
-Cerita Noor Kumalasari lagi, hanya selepas 2-3 tahun selepas perceraian, barulah Sudirman menaggalkan cincin perkahwinannya.
-Sudirman meninggI dunia pada tarikh 22 Februari 1992, pukul 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham disemadikan di Temerloh, Pahang. Kira-kira 2 ribu orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.
Sumber : ILovePahang
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club