Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu kes buli sebuah sekolah elit yang terdiri daripada pelajar yang pintar. Bahkan bukan calang-calang untuk pelajar memasuki sekolah berkenaan yang keperluan cemerlang akademiknya.
Namun siapa sangka, salah laku pelajar tetap berlaku waima sekolah itu bakal melahirkan pelajar cemelang. Kes buli yang menjadi isu sejak beberapa hari lalu membuka mata pelbagai pihak termasuk isu warden.
Biarpun isu tanggungjawab warden ini telah sekian lama diperkataakan, namun ia masih relevan dibincangkan semula lantaran kes buli makin meruncing.
Meninjua di ruangan komen di socmedia, rata-rata mendapati para netizen berkongsi kisah silam. Ia umpana seakan ‘trend’ mesti ada setiap sekolah. Adakah ia patut dibiarkan sehingga meragut nyawa sebagaiman kes-kes terdahulu.
Apa yang pasti, tindakan wajar harus di ambil sebelum nasi menjadi bubur. Sebagaimana perkongsian seorang guru ini oleh dijadikan iktibar bahawa peranan warden itu adalah tugas yang amat berat untuk mengawal sejumlah pelajar yang ramai dengan pelbagai peel yang sukar dijangka.
Ikuti perkongsian beliau.
ELAUN WARDEN HANYA RM240 SEBULAN SEDANGKAN TERPAKSA BERTUGAS 24 JAM.
Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan kes mangsa buli menang kes dengan saman sebanyak RM616, 634.20.
Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis sindiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja.
Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden ni hampir semua guru menolaknya. Hampir SEMUA…
Bebanan warden asrama
Gambar sekadar hiasan
Yang ada menjadi warden biasanya kerana terpaksa sahaja.
Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240 cuma itu.
Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.
Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising.
Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karenah.
Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar(fly atau runner istilah bdk²). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angkara.main bola kompom cermin tingkap ke,cermin sliding door bilik prep ke ada yg teramat pasti pecah berkecai.
Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asthma. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang histeria, yang menceroboh asrama wanita dan sebagainya lagi.
Semua itu tugas warden untuk mengawal semua sekali.
Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara?
Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusuh. Ada kes buli sampai luka-luka.
Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau.
Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat 4 ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat.
Dan saat ada kes buli di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24000 pula.
Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku.
Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes buli dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa.
Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, mengorbankan segala masa dan tenaga.
Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan dibahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya.
Sungguh aku simpati pada rakan sejawat ini. Sungguh!
Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungut. Aku sendiri tulis 4 tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru.
Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden.
Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita.
Dan buat guru-guru yang disaman, semoga terus kuat dan tabah.
Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukum atas satu kecuaian kita sahaja.
Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dianiaya dan dipersenda sesuka hati.
Sekolah pon dah nak bukak…nk daftar asrama,mak bapak ingat kita ni kuli batak ke nk bersihkan dorm ke,repair loker ke,repair toilet ke,repair kipas ke…. Mana anak² murid aku yg dlu yg kena REMBAT tu harap² faham lah yer….
Lumrah hidup berumah tangga, ada pasang surutnya. Ada baik dan ada buruknya. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tetapi yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 ‘C’ yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsingkan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cuba lihat almari pakaian kita. Adakah pakaian yang dilipat tersusun kemas dan rapi? Sebenarnya tahukah anda, melipat pakaian juga ada seninya. Bukan main asal lipat sahaja. Perlu juga dipastikan sama saiz dan ukurannya agar nampak kemas teratur. Bahkan, bila dilipat sama saiz, mudah untuk kita mencapai pakaian tersebut.
Umumnya, jika saiz berbeza-beza pasti akan nampak berserabot, apatah lagi bila anak-anak menarik pakaian dengan tidak berhati-hati, boleh ‘runtuh’ susunan lipatan tersebut.
Jadi apa cara terbaik untuk pastikan susunan baju anak-anak kekal rapi dan dalam masa yang sama mudah untuk mereka mencapai pakaian tersebut.
Jom semak perkongsian daripada puan Noorfazilah Binti Abdul Rahman ini semoga bermanfaat dan dapat membantu mempermudahkan urusan kita dalam mengurus pakaian keluarga tercinta.
Khas untuk yang request nak tengok macam mana cara saya susun baju dalam wardrobe. Memandangkan kat rumah kami memang jenis open wardrobe so kenalah sentiasa kemas. Kalau nak tahu keadaannya memang sentiasa macam ni, bukan hanya takat nak ambil gambar baru kemas tau..
Baju yang bergantung memang saya pastikan semua sudah siap iron.
Kalau nak tanya mana datang kekuatan dan kegigihan untuk iron dan lipat semua baju , saya ni memang selalu fikir kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa saya biarlah suami dan anak-anak masih pakai baju sentuhan saya walaupun saya dah takda#sindrommakmak sangat kan..
Sebab tu sebelum tidor atau nak keluar rumah mesti kemas umah dan pastikan sinki bersih sebab takut kalau umur tak panjang orang datang nak tengok jenazah takdalah pening tengok rumah bersepah.
Dari dulu ramai yang komen cakap give up dah lipat kemas anak dan husband ambik baju tak susun elok-elok. Sebenarnya puan-puan kalau kita buat kerja rumah dengan happy dan penuh redha. Pasti kita akan rasa happy dan betulkan balik supaya kemas semula hingga akhirnya anak dan suami akan semula jadi ambil baju elok-elok.
Jadi nasihat saya, bila anak bersepah sabar dan betulkan semula.. dalam masa yang sama ingatkan mereka. Lama-kelamaan nanti diaorang pun akan ada habit yang sama.. Sebab tu orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Kita yang mencorakkan keluarga kita jadi macam mana..
Dan untuk lebih jelas ini tutorial untuk melipat baju abak-anak yang boleh dimanfaatkan.