Sekembalinya ke tanahair bersama anak dan suami, Dayah Bakar menjalani kuarantin sebelum dapat bertemu keluarganya. Usai tamat tempoh tersebut, dia tidak sabar untuk bertemu keluarga terutama ayahnya.
Cukup sebak dan gembira bercampur baur perasaan tersebut tatkala dapat bertentang mata, terlerai segala kerinduan yang sudah lama dipendam selama ini. Dalam perkongsian tersebut, Dayah memaklumkan ayahnya ini sudah banyak improvement dan tidak perlu lagi memakai alat bantuan oksigen sepenuhnya.
Reunited ❤️
“Alhamdulillah , abah keluar hospital sama hari dengan kami habis kuarantin .
Buat masa ni, alhamdulillah abah dah tak perlu fully pakai oxygen dan dah boleh duduk . Allahuakbar, tak tahu nak cakap mcmana. Teringat doc pernah cakap “ Its only a matter of time , Im sorry 🥺.
“Sekarang, banyak sangat improvement masha Allah. Bila sampai rumah , dia yang cakap “ tangkap gambar, tangkap gambar” sambil senyum comel . Terima kasih nurses dan doctors yang pernah jaga abah, selalu tanya khabar dan doakan abah . Saya appreciate sangat2 . Terima juga utk kalian yang turut concern and mendoakan abah saya ❤️
Sumber: dayahbakar
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!