Jati Diri Khairul Aming Dipuji Netizen. Kekal Berbahasa Melayu Ketika Di Indonesia!

Share

Khairul Aming, diakui menjadi antara ikon anak muda yang menjadi inspirasi semua golongan termasuk kaum wanita yang gemar memasak. Siapa sahaja yang tidak mengenalinya.

Baru-baru ini, sekali lagi usahawan Sambal Nyet ini diberi pujian oleh peminat dan warganet kerana menggunakan Bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan apabila dia menjadi wakil bagi negara Malaysia hadir ke sebuah majlis TikTok For Your Stage yang diadakan di Indonesia, pada 29 Oktober lalu.

Khairul Aming yang cukup terkenal dengan video masakan itu kelihatan tenang dan selesa berbicara menggunakan bahasa Melayu. Hal ini berbeza sekali sebagaimana segelintir antara kita akan secara automatik menukar intonasi dan dialek bahasa bila berbual dengan orang Indonesia.

Artikel berkaitan :

“Next Level Cara Berfikir.” Throwback Perjalanan Hidup 10 Tahun, Khairul Aming Dapat Pujian Warganet.

Sekali Lagi Khairul Aming Buat Peminat Perempuan Tak Keruan, Ramai Nak Cari Jodoh!

“Seronok Tengok Makan Dengan Keluarga.” Resipi Ayam Kicap Pedas Viral, Khairul Aming Luah Rasa Terharu!

Susulan itu, pelbagai reaksi telah diberikan oleh follower dan warganet yang menyifatkan Khairul mempunyai jati diri yang tinggi dalam mengangkat Bahasa Melayu.

@khairulaming Sepatah dua kata dari team creator Malaysia 🇲🇾🥹 #TikTokForYouStage @TikTok For You Stage @tiktokIDofficial ♬ original sound – Khairulaming

Tulis salah salah seorang warganet “Bahagian yang paling menarik ialah Khairul masih bercakap dalam bahasa Melayu, selalunya sesetengah daripada ‘influencer’ akan automatik guna bahasa Indonesia,”

“Alhamdulillah, kekalkan jati diri dengan menggunakan Bahasa Melayu di negara orang, sangat mengenal akar umbi. Syabas!,” komen yang lain.

“Khairul Aming memang betul-betul ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi, tidak sombong, selalu menjaga hati pengikut dan stafnya. Moga terus sukses!,” puji seroang netizen lagi.

Malah ada juga yang cuba mengusik dengan meninggalkan komen,  “Takde hello wasap gaissss pon😂”

Tidak kurang juga ramai mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diraih.

“Tahniahhh wakil Malaysia, awak memang memberikan inspirasi terbaik buat masyarakat.

Tulis yang lain  pula “The best part KA still cakap bahasa melayu , sebab sesetengah daripada akan auto cakap indo. Proudddd”

“sukaaaa khairulaming ttp bngga cakap Bahasa melayu Malaysia,takde pun cuba nak ikut cakap Bahasa Indonesia 🥰🥰

“Sebelum dia kaya duit.. Dia dh kaya jiwa.. Sebab tu la dia kaya duit sekrang.. Semoga terus sukses bro,” komen yang lainnya pula.

“Alhamdulillah kekalkan jati diri dengan menggunakan Bahasa Malaysia Di negara org … 👌🤲💪”

Sumber : TikTok @khairulaming

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club