Terkini, wanita hamil dan ibu mertuanya yang dilaporkan hilang semalam akibat banjir kilat semalam di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Ads
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Terdahulu, suami kepada mangsa Salmah Mat Akib, Abd Rahman Said, 71, menerima panggilan dari menantunya memberitahu keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah mereka kira-kira jam 4 petang.
Ads
“Bila sampai saya lihat jambatan tidak ada sebab sudah dihanyut arus, saya terus parkir kereta dan berlari ke rumah tapi saya tengok rumah saya pun sudah tidak ada,” katanya.
Beliau berkata isterinya yang terlantar kerana strok ditemani menantunya yang sedang mengandung anak sulung serta anak tirinya di rumah itu tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Kredit foto BERNAMA
Sementara itu, suami Nurul Hanis, Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan sepatutnya pulang hari ini bagi membawa isteri melakukan pemeriksaan kandungan.
Ads
Katanya, dia menerima panggilan daripada kakaknya mengenai kejadian banjir itu dan terus bergegas pulang, namun apabila sampai rumah yang didiami isterinya itu hilang dibawa arus deras.
“Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak saya untuk jaga dia sebab emak kena strok,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Khairul Ashraf berkata kali terakhir dia bertemu dengan isterinya pada minggu lepas dan isterinya sempat meninggalkan pesan supaya menjaga dirinya baik-baik.
“Sebelum kejadian kami juga sempat berbalas mesej dan dia meminta saya membelikan dia makanan dan macam-macam benda lain, tapi bila kejadian ini berlaku tak sempat saya nak tunaikan permintaan dia,” katanya.
Cinta tidak mengenal usia dan sesiapa pun layak untuk memilikinya. Penyanyi otai era 70an, Salamiah Hassan yang juga ibu kepada penyanyi Atilia baru-baru ini kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan lelaki Inggeris yang dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too. Couldn’t be there with u today mama but so happy we managed to join in online. Cant wait to hug u both! Yay we are famiglia now! Alhamdulilah. Im so happy eeeeeeep!
“Mama & Gerry Sept 1st 2022 – Jannah!” demikianlah tulis penyanyi Atilia Haron yang meluahkan rasa syukur apabila ibunya yang juga penyanyi, Salamiah Hassan selamat bergelar isteri semula pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
Atilia yang berkongsi berita gembira tersebut itu memuat naik sebuah video di mana dia menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian. Atilia dalam masa sama memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis. Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu ‘Gelombang’ itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.
Dalam satu sesi video di laman Instagram, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu. Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini. Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.
Untuk makluman, Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.
Ramai yang kata susah nak menyimpan duit terutamanya wanita. Bayangkan jika bawa duit seratus ke pasar, pasti habis dibelanja. Semua rasanya nak beli.
Malah, baki duit belanja pun akan dihabiskan sehingga barang bukan keperluan pun beli ajer.
Untuk itu, ada caranya agar berbelanja secara berhemah supaya kita dapat menyimpan setiap bulan. Bukanya boros membeli sehingga duit dapur bulanan pun tak cukup.
Ayuh kita lihat trik yang dilakukan oleh puan Mis Watie Resaliza yang menyimpan baki perbelanjaan barang dapurnya di dalam plastik disertakan dengan tarikh.
Katanya cara packing ini membantu mengelak dirinya daripada membeli barang bukan keperluan. Secara tidak langsung cara ini, beliau dapat melihat baki mengikut yang dibelanjakan. Juga cara untuk menyimpan duit dengan mudah.
Ikuti perkongsiannya.
PACKING BAKI DUIT IKUT TARIKH
Just share idea baru saya. Baki duit lauk yang husbnd bagi saya packing macam ni..Sebab kalau tak packing entah kemana duit tu beli yang tdk2.
Kalau beli sarapan atau pergi sarapan time bayar ada baki. Husband hulur kat saya so dapat la idea utk packing duit baki setiap hari.
Sekurang2 nanti cukup sebulan nampk la duitnyekan… seblum2 ni saya tak saving baki-baki duit. Semua masuk dompet masuk handbeg and akan guna untuk beli apa-apa.
Sekarang tidak lagi…hihihihihi. Bagus tak idea ni? Cukup sebulan saya akan kira. Semoga suri-suri pun boleh buat jugak tak kira berapa pun jumlah. Boleh je packing macam ni.
Menarik cara ini! Mungkin bagi yang berbelanja secara mingguan boleh cuba cara ini dengan packing tarikh mengikut mingguan.
Apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin atau ‘due date’, bakal ibu akan mula berasa bimbang terhadap kontraksi yang bakal dilalui.
Bertambah rasa keliru adakah ia kontraksi sebenar dan tiba waktu melahirkan atau pun hanya kontraksi palsu atau Braxton Hicks.
Untuk panduan bakal ibu yang baru pertama kali hamil, kontraksi sebenar dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah dua jenis kontraksi yang berbeza.
Untuk mengenalpasti perbezaan antara kedua-duanya, fahami 5 perkara di bawah.
1. BILA IA MULA BERLAKU?
Kontraksi Palsu: Berbeza daripada tendangan, kontraksi ini dapat mula dirasai sejak trimester kedua, iaitu sekitar 4 bulan. Ia adalah salah satu cara untuk menyediakan tubuh anda bagi proses melahirkan yang sebenar.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar hanya akan berlaku apabila menghampiri tempoh bersalin.
2. BAGAIMANA RASA SAKITNYA?
Kontraksi Palsu: Anda akan berasa seperti mengetat dan ‘mengeras’ di bahagian hadapan perut sahaja. Tetapi ia biasanya tidak menyakitkan. Ia juga akan menghilang dalam beberapa ketika.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar akan disertai dengan rasa yang lebih sakit dan tekanan yang lebih hebat. Kesakitan ini tidak terhad kepada bahagian perut sahaja. Mungkin ada yang berasa sakit pada bahagian abdomen, pinggang, dan ada yang berasa seperti ‘cramp’ semasa didatangi haid. Kesakitan ini akan bertambah kerap dan semakin kuat.
3. TEMPOH KONTRAKSI?
Kontraksi Palsu: Berlaku dengan pantas, kurang daripada seminit. Tempohnya berlaku secara tidak tetap.
Kontraksi Sebenar: Berlaku lebih lama, sekitar 60 saat atau lebih. Ia akan berlaku secara tetap. Selalunya doktor anda akan menasihatkan agar anda mencatatkan kontraksi ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mencatatkannya dengan mudah.
4. ADAKAH IA AKAN MENGHILANG?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini boleh menghilang apabila anda menukar posisi, berjalan, berehat, atau meminum air.
Kontraksi Sebenar: Tanda hampir bersalin ini akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun anda mengubah kedudukan dan pergerakan.
5. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini tidak merbahayakan dan ia boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam sehari. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh cuba minum air kosong, relaks, dan menukar posisi. Namun, anda juga perlu ‘alert’ jika bayi kurang membuat 6-10 kali pergerakan dalam tempoh 1 jam.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi ini biasanya akan diikuti dengan tanda hampir bersalin yang lain seperti palitan darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban. Segeralah ke hospital jika anda berasa kontraksi yang kuat setiap 5 minit dalam tempoh 1 jam.
Pengalaman melahirkan adalah berbeza bagi seseorang wanita, namun dengan mengambil tahu serba sedikit tentangnya, anda mampu bertindak dengan bijak.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...