Jasad Nuraina Humaira ditemui tidak bernyawa, dilaporkan hilang sejak Jumaat. Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui telah meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Jasad Nuraina Humaira Ditemui Tidak Bernyawa, Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat
Mayat Nuraina Humaira Rosli, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu dengan jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabit.
“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan ke atas tubuh badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Beliau berkata, maklumat kehilangan mangsa diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) kira-kira jam 1.20 pagi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan dalam radius 2 kilometer dengan bantuan unit anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Orang awam yang turut menyertai operasi ini berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan itu.
Ads
“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat dibawa ke Hospital Sungai Siput bagi proses bedah siasat,” katanya.
Mohd Khaizam berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa telah pergi ke kedai seorang diri kira-kira jam 3 petang pada hari kehilangannya bagi membeli ayam.
Mangsa bagaimanapun pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara menyuruhnya menunggu seketika untuk mengajaknya ke kedai lain.
“Bapa saudara kanak-kanak itu memintanya menunggu sekejap sementara dia menghabiskan kerja.
Ads
“Sepanjang temopoh menunggu itu, mangsa didapati sedang bermain buaian di kawasan itu, namun bila bapa saudara keluar dari rumah didapati mangsa sudah tiada,” katanya.
Rakan Nur Farah Kartini sedih sampaikan berita kematian, “sebak, tapi saya kena teruskan juga. Demikian kata Pembaca Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Muhammad Farihin, 25, ketika ditugaskan membaca berita kematian sahabatnya Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tengah malam tadi.
Rakan Nur Farah Kartini Sedih Sampaikan Berita Kematian, “Sebak, Tapi Saya Kena Teruskan Juga”
Anas berkata, dia terkejut dan masih tidak percaya ketika mengetahui berita berkenaan.
“Kebetulan semalam memang giliran saya baca berita. Sewaktu dapat tahu berita itu kira-kira 9 malam, terduduk sekejap. Perasaan ketika itu bercampur baur antara percaya, betul atau tidak sehinggalah keluar kenyataan daripada pihak polis yang mengesahkan kejadian itu.
“Diakui apabila baca berita itu memang sebak, tapi kena tahan. Waktu ini emosi saya perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal. Apatah lagi saya menjadi antara orang pertama yang tahu berita ini.
“Lagi pula, ketika berita kehilangan Faa (Nur Farah Kartini) saya bersama rakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) membuat bacaan tahlil secara dalam talian. Tidak menjangka ia berakhir dengan tragedi pilu,” katanya.
Dalam satu hantarannya di laman Instagram, Anas turut berkongsi kesedihannya.
Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana tahap professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan.
Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya juga dedikasinya sentiasa diutamakan.
Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah. – tulis Anas di ruangan kapsyen.
Menurutnya, Nur Farah Kartini seorang rakan yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum.
“Kami mula berkawan ketika menuntut di Upsi. Kami satu pasukan pada setiap kali minggu orientasi pelajar baharu sepanjang tiga tahun. Walaupun saya senior dia, tapi kami sebaya.
“Dia seorang yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum. Lagi satu, dia juga aktif dalam persatuan di Upsi dan kami selalu bekerjasama. Pendek kata, dia seorang yang berdedikasi dalam kerja,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Upsi pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
Bagi yang mungkin kurang peka apakah yang dimaksudkan dengan ADHD, ia adalah suatu gangguan yang merangkumi gabungan masalah yang berterusan, seperti masalah kesukaran mengekalkan perhatian, hiperaktif dan tingkah laku impulsif.
Kanak-kanak yang mempunyai ADHD juga boleh bergelut dengan masalah rendah diri, hubungan yang bermasalah dan prestasi yang kurang baik di sekolah. Oleh yang demikian, mereka memerlukan sokongan dari orang sekeliling lebih-lebih lagi ibu bapa dan juga pendidik.
Ini kerana, untuk bercakap dengan individu yang menghadapi ADHD haruslah berhemah dan dengan cara yang betul, tidak seperti interaksi biasa.
Baru-baru ini pengasas dan pengarah urusan Avenys dan Vitalica, Aleeya Zailan mendedahkan yang anaknya kini tertekan dengan kelakuan seorang guru di sekolah. Kejadian ini dialami oleh anaknya Aaron yang mempunyai masalah ADHD.
Kisahnya bermula apabila suatu hari Aaron telah menendang papan tanda di luar kawasan sekolah dan tidak mengangkatnya semula walaupun sudah disuruh oleh seorang guru yang kebetulan memerhatikan perkara tersebut.
Selaku seseorang yang mempunyai masalah ADHD, Aleeya berkata Aaron kurang senang diarahkan buat sesuatu dalam nada menjerit.
Sepatutnya sebagi seorang pendidik, guru tersebut tahu cara menegur anak murid dengan berhemah. Bukan sahaja pada anak murid yang mempunyai ADHD tetapi yang lain-lain kerana amalan menegur secara menjerit ini tidak seharusnya berlaku.
Oleh kerana tidak dipedulikan arahan tersebut, guru itu melulu mengejar dan berterusan mengetuk tingkap kereta tak ubah seperti samseng jalanan.
Walaupun masih berasa takut selepas insiden tersebut, keesokan harinya Aoron masih hadir ke sekolah seperti biasa. Namun mengejutkan apabila guru yang sama telah menghalaunya balik bersaksikan rakan-rakan lain.
Apabila laporan dibuat dan Aleeya Zailan meminta bukti CCTV, sesuatu yang mencurigakan telah berlakukerana pihak sekolah enggan memberikan rakaman CCTV saat kejadian berlaku.
Menurut Aleeya Zailan lagi, dia bukanlah berpihak 100% kepada anaknya namun bagi Aleeya, kanak-kanak seperti Aaron perlu ditegur secara berhemah.
Tambahan lagi, itulah kaedah paling berkesan untuk bercakap dengan golongan ADHD.
Oleh yang demikian, Aleeya Zailan m akan engambil inisiatif memindahkan anaknya ke sekolah baru, ternyata Aoran jauh lebih gembira dan tiada lagi masalah yang berlaku.
Pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah tular pada 2001 apabila kisah mereka yang menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum kedua-dua mereka dipisahkan dalam pembedahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.
Walaupun terpaksa mengharungi kehidupan tanpa anggota badan yang sempurna, pasangan yang kini berusia 23 tahun ini dikatakan sudahpun memiliki kerjaya yang bagus dalam bidang teknologi maklumat.
Muhammad Rosli telah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU) pada tahun 2021 dahulu bersama rakan-rakannya.
Kini, bekas pasangan kembar siam ini sekali lagi tular di laman TikTok, apabila dikatakan sudah berjaya memilik kereta sendiri setelah berjaya menggenggam segulung Ijazah.
Status terbaharu merekaini telahpun ditinggalkan oleh kenalan mereka di sebuah hantaran yang menampilkn kisah mereka.
Menjengah ke ruangan komen video yang tular itu, rata-rata yang mengenali kedua-dua individu ini sangat kagum dengan ketabahan dan kegigihan untuk berjaya meskipun menggunakan kerusi roda.
Kejayan mereka ini memberi inspirasi kepada semua bahawa kejayaan tidak datang bergolek namun, usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil!
Oleh itu, orang ramai diharapkan dapat mengambil ikhtibar kekuatan kedua-dua bekas pasangan kembar ini berjuang sehingga berjaya.
Puding roti masak guna air fryer, mudah dan cepat. Puding roti merupakan salah satu pencuci mulut klasik yang digemari ramai. Bukan sahaja kerana rasanya yang lazat, tetapi juga kerana cara penyediaannya yang mudah dan menggunakan bahan-bahan asas yang sering ada di dapur.