Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihatkan keadaan si kecil ini membuatkan hati jatuh sebak. Betapa hebatnya ujian yang terpaksa ditanggungnya dalam usia yang masih setahun jagung itu.
Pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Alif Firdaus kini bersekolah di SK Tapang. Sejak kecil, Muhammad Alif Firdaus menghidap penyakit kulit rapuh atau dikenali Epidermolysis Bullos (EB).
SEMOGA ALLAH RINGANKAN DERITAMU MUHAMMAD ALIF FIRDAUS
Sekali lagi Kita siarkan kes kanak-kanak menghidap penyakit kulit rapuh atau dikenali Epidermolysis Bullos (EB). Kali ini berkaitan kisah adik Muhammad Alif Firdaus yang kini bersekolah di SK Tapang.
Kehidupan adik Muhamamd Alif Firdaus yang berusia 8 tahun tidak seperti kanak-kanak lain walaupun bersekolah…Dia tidak boleh ke kantin, tidak boleh bermain dengan rakan-rakan atau menyertai perhimpunan kerana dibimbangi terjatuh dan menyebabkan luka yang dialami semakin teruk.
Setiap hari ibunya, Ruziah Ismail terpaksa membalut seluruh badan anaknya dan Muhammad Alif Firdaus hanya mampu memakai baju sekolah dan seluar sukan serta selipar, sesuai dengan luka yang dialami.
Menurut ibunya, setiap kali membuka balutan di badan anaknya, bunyi tangisan sudah sebati namun ada kalanya hatinya tidak kuat untuk menghadapinya. Namun dia terpaksa akur apa yang berlakuadalah takdir daripada Allah.
Setiap hari sekurang-kurangnya tiga kali Ruziah terpaksa ke sekolah Muhammad Alif Firdaus iaitu ketika watu rehat dan terpaksa menukai lampin pakai buang anaknya itu.
Muhammad Alif Firdaus tidak mampu untuk menguruskan diri di tandas kerana jarinya kini sudah melekat antara satu sama lain akibat penyakit yang dialami.
Orang ramai yang ingin mengurangkan beban yang dialami keluarga berkenaan boleh menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun (7611159603 – CIMB).
Menurut Ruziah Ismail, 38, anak bongsu daripada tiga beradik ini mengghidap penyakit tersebut sejak lahir lagi. Dek kerana itulah dia terpaksa membalut seluruh badan anaknya setiap hari termasuk tangan akibat luka.
Malah, setiap hari Muhamamd Aliff hanya memakai baju sekolah, tetapi kasut sekolah terpaksa digantikan dengan selipar dan seluar sukan kerana ia lebih sesuai untuk keadaan luka yang dialaminya.
Ruziah berkata, Alif Firdaus tidak seperti kanak-kanak lain iaitu masanya di sekolah hanya dihabiskan di bangku kelas dan tidak dibenarkan bermain dengan rakan kerana bimbang lukanya semakin teruk sekiranya terjatuh.
“Alif tidak dibenarkan ke kantin sekolah dan setiap kali perhimpunan, saya akan menemaninya di dalam kelas.
“Sepanjang tahun lalu, masa saya banyak dihabiskan di sekolah demi menemani Alif dan begitu juga tahun ini.
“Setiap kali rehat, saya akan membawa makanan di sekolah dan Alif terpaksa memakai lampin pakai buang kerana dia sukar untuk mencuci najis berikutan jarinya sudah melekat antara satu sama lain disebabkan penyakit dihidapi.
“Setiap kali anak saya membuang air besar, pihak sekolah akan memaklumkan dan saya akan hadir ke sekolah untuk menukar lampin pakai buang.
“Begitulah rutin seharian saya setiap hari yang terpaksa hadir ke sekolah sekurang-kurangnya tiga kali sehari,” katanya yang tinggal di Kampung Chekok.
Dia bersyukur pihak sekolah memahami masalah dihadapi anaknya dan Alif Firdaus juga dikelilingi rakan baik walaupun keadaannya tidak seperti kanak-kanak lain.
Sumber: Harian Metro