Setiap makhluk yang dijadikan oleh Yang Maha Esa mempunyai kelebihan masing-maisng. Menerusi perkongsian di Facebook wanita bernama Ruz Dyah , si ibu ini meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu.
Meskipun jari jemarinya tidak sempurna, tetapi anak itu mampu untuk menulis ayat Al-Quran dengan baik dan cantik sekali.
Muhammad Alif Firdaus, yang menghidap Epidermolysis Bullosa merupakan salah satu penyakit kulit yang serius.
Disebabkan penyakit itu, jari jemari adik Alif tidak terbentuk dengan sempurna, dengan keadaan kulitnya yang mengelupas dan kemerah-merahan.
Wlpn jari jemari adik x sempurna seperti knk2 lain tp tulisan adik tetap cantik & kemas,kalah abg & kakak..tulisan umi pn xleh secantik tulisan adik tau..klu ikutkn mmg ssh adik nk menulis disebabkn jari jemari adik yg dh melekat antara satu sm lain tp adik tetap smgt..smg adik sntiasa dibwh lindungn AllahMenurut ibunya lagi, agak sukar untuk Alif menulis memandangkan jarinya sudah melekat. Tetapi, anaknya yang kini berusia 10 tahun, tidak pernah putus semangat dan terus berusaha untuk menulis dengan baik.
Malah, Alif memang kuat semangat dan pandai berdikari. Bukan itu sahaja, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.