Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak rupanya juga turut terdedah dengan masalah kolesterol. Ini diakui sendiri oleh seorang dietitian, Nur Hafizah M Sobri.
Menurut beliau, kanak-kanak itu mempunyai berat badan berlebihan iaitu 55kg dan bacaan kolesterol adalah 6.2.
Baru umur 5 tahun ada kolesterol tinggi!
Makin muda pesakit zaman kini. Teringat kes ini, sebab anak tersebut akan masuk darjah 1 tahun ini. Dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (55kg) dan bacaan kolesterol (6.2).
Ditanya kepada mak yang datang sekali anak makan apa. Setiap hari ada sahaja makanan fast food.
Kalau bukan buat dekat rumah macam goreng nugget hotdog masa pagi, beli dekat kedai drive through yang berdekatan dengan rumah.
Kedua-dua mak ayah kerja, maka alasan tidak sempat untuk masak sebagai alasan untuk membeli makanan fast food.
Ditanya anak makan apa selain yang mak sebut. Kerap minum air manis macam air teh O dan sirap yang nenek buat. Kerap beli jajan dan gula gula dengan atok.
Anak dijaga oleh atok nenek waktu mak ayah kerja dan jarang main dekat luar. Banyak masa duduk dalam rumah, tengok televisyen dan bermain telefon pintar.
Kadang-kadang dewasa dalam keadaan IN DENIAL
Anak makan banyak tandanya sihat
Anak bambam tandanya berselera
Anak besar tandanya kuat
Tidaaakkk. Itu merosakkan anak namanya.
Tips pada ibu bapa dan anak cegah kolesterol tinggi
Ini antara tips yang saya beri kepada mak dan anak tersebut, buat satu satu:
Untuk ibu bapa:
* Buat sekali seminggu homemade nugget/chicken chop/pes mudah untuk masak sepanjang minggu.
* Sentiasa standby buah-buahan di rumah.
* Jika perlu beli dari luar, beli yang ada nasi dan berlauk dan wajib ada sayur.
Untuk anak:
* Jam 5-7 petang keluar rumah. Buat lah apa apa, main bola ke congkak ke baling selipar ke dan tak boleh duduk dalam rumah.