Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.
Bahkan bila hidangan ini ada di depan mata, bukan sepinggan nasi dijamah tetapi pasti makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, jantung pisang ini selain enak dibuat ulam enak juga dibuat kerabu sebagaimana yang dikongsikan resipinya oleh Mazliza Ahmad . Menurutnya menu Kerabu Jantung Pantai Timur Style ini cukup enak dan menyelerakan.
Bahan:
1 biji jantung pisang-rebus empuk
1 biji bawang besar-hiris nipis
10 tangkai cili padi-hiris
1 ekor ikan kembung-rebus /bakar dan amil isinya
100 ml santan kotak(1/2 kotak santan kecil)
*1 biji bawang besar
*1 sudu makan lada hitam
Garam dan perasa
1 biji limau nipis
1 sudu makan kerisik
Cara:
1. Hiris jantung yang sudah empuk tadi.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat, masukkan isi ikan dan tumbuk sekali
3. Campurkan bahan tumbuk,bawang hiris dan cili potong, garam dan perasa, kerisik dan juga santan.
4. Akhir sekali perahkan limau nipis
Ekstra tip : Untuk elak dari cepat basi, boleh didihkan sekejap dalam kuali.
Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam
2. Jangan dibelah dua
3. Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
4. Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
5. Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
Khasiat Jantung Pisang