Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.
Bahkan bila hidangan ini ada di depan mata, bukan sepinggan nasi dijamah tetapi pasti makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, jantung pisang ini selain enak dibuat ulam enak juga dibuat kerabu sebagaimana yang dikongsikan resipinya oleh Mazliza Ahmad . Menurutnya menu Kerabu Jantung Pantai Timur Style ini cukup enak dan menyelerakan.
Bahan:
1 biji jantung pisang-rebus empuk
1 biji bawang besar-hiris nipis
10 tangkai cili padi-hiris
1 ekor ikan kembung-rebus /bakar dan amil isinya
100 ml santan kotak(1/2 kotak santan kecil)
*1 biji bawang besar
*1 sudu makan lada hitam
Garam dan perasa
1 biji limau nipis
1 sudu makan kerisik
Cara:
1. Hiris jantung yang sudah empuk tadi.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat, masukkan isi ikan dan tumbuk sekali
Ads
3. Campurkan bahan tumbuk,bawang hiris dan cili potong, garam dan perasa, kerisik dan juga santan.
4. Akhir sekali perahkan limau nipis
Ekstra tip : Untuk elak dari cepat basi, boleh didihkan sekejap dalam kuali.
Pun begitu, bagi yang lebih gemarkan makan ulam jantung pisang yang direbus begitu sahaja, tidak semua antara kita ‘hebat’ menyediakannya terutama untuk pastikan ulam jantung pisang kekal terlihat putih bersih warnanya.
Memandangkan apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 6 cara mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
Ads
Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam
Minyak masakMasukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
2. Jangan dibelah duaPastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
3. Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
Ads
4. Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
5. Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
Khasiat Jantung Pisang
Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak PKP ini tentu kita mencari resipi kudapan yang mudah dan boleh dimasak bila-bila masa dengan cepat.
Salah satunya adalah churros! Nak tahu cara nak buat ikuti resipi ini yang dikongsikan oleh puan Umie Nurhayati, siap ada cara nak frozen kan.
Ikuti cara penyediannya.
RESEPI CHURROS FROZEN MUDAH
Bahan churros
* 150 ml air biasa @ nak guna fresh milk pon boleh.
* 20 gm gula kastor
* 50 gm mentega
* 110 gm tepung gandum
* 2 biji telur (hakak boh 3 biji)
Bahan-bahan lain
** 1 tsp red velvet emalco (untuk churros red velvet)
** 1 tsp green tea emalco ( untuk churros green tea)
** 1 tsp coklat emalco (untuk churros coklat)
p/s boleh tambah emalco tu jika nak warna lebih cantik ikut citarasa yer.
Cara-cara
Campurkan air,gula dan mentega ke dalam periuk. (Masukkan perisa emalco yang uols nak kalaw nak buat yang perisa)
Masak sampai gula larut dan mentega cair menggunakan api sederhana.
Setelah gula larut dan mentega tadi mencair kecilkan api dan masukkan tepung.
Gaul rata sehingga adunan tak lekat pada kuali yer @ tiada lagi tepung yang bergentel (proses ni korang lenyek2 la macam mana pon adunan tu sekata)
Biarkan adunan sejuk selama 10 minit.
Bila dah sejuk,masukkan telur sebiji-sebiji dan mix hingga rata.( hakak guna mixer jerk senang)
Masukkan adunan dalam piping bag dengan menggunakan nozel kuih semprit.
Kalaw nak goreng terus uols panaskan minyak dan boleh terus paipkan adunan ke dalam kuali mengikut saiz yang uols nak…
Potong hujung nyer menggunakan gunting yer lebih mudah..
Untuk frozen plak,uols paipkan adunan churros tu ke dalam dulang..step nyer lihat pada gambar yer
Rujuk gambar
Hakak gandakan adunan tu sebab nak buat banyak sekali jalan
Masak mentega,air dan gula….(boh emalco yang uols nak kalaw nak buat yang berperisa)Bila mentega dah cair,gula dah larut dan air dah mendidih,masukkan tepung.Bila adunan dah jadi macam ni terus tutup api dan sejukkan sekejap sebelum masukkan telur.Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul jer dengan mixer senangPaipkan adunan rapat-rapat macam ni…saiz tu ikut uols yer,hakak buat kontot2 jerkDah siap paipkan semua adunan,bolehlah dibekukan sekejap sebelum di susun.Dah beku macam ni bolehlah dipacking dalam bekas kedap udara .Jangan lupa alaskan dengan plastik di setiap lapisan churros yang korang susun tu yer.Dah siap,jom bekukanKeluarkan churros dari peti dan biarkan selama 10 minit,tapi kalaw cuaca panas 5 minit pon dah boleh goreng… Tu texture churros yang dah lembut dan sesuai untuk digorengTara…..dah siap,rupe yang red velvet tu hudoh sikit sebab dah ujung2 kan tangan pon dah lenguh nak paip churros.
CARA NAK FROZENKAN CHURROS
Paipkan churros atas dulang ikut saiz yang kite nak. ( paipkan adunan rapat2 pon tak apa)
Jangan lupa sapu mentega kat dulang tu dulu supaya tak lekat churros nyer nanti.
Bekukan selama 20 hingga 30 minit.
Sudipkan churros menggunakan spatula @ pisau dan susunkan ke dalam bekas yang kita nak.
Lapikkan plastik di setiap layer nak susun churros tu yer.
Susun churros hingga selesai dan bekukan,siap..
CARA-CARA NAK MASAK CHURROS FROZEN
Keluarkan churros dan letakkan di atas pinggan.
biarkan selama 10 minit bergantung pada cuaca,kalaw hujan tu 5 minit pon dah boleh menggoreng dah.
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana yer supaya masak sekata diluar dan didalam churros.
Kalaw nak kaler cantik elok bila dah digoreng uols guna api kecik jela ok.
Bolehlah dihidangkan bersama sos coklat or apa2 sahaja yang uols suka.
Moga perkongsian hakak ni memberi manfaat untuk kesayangan hakak semua yer insyaAllah.
Nasi hangus mungkin tidak lagi relevan dengan kegunaan periuk nasi kita yang praktikal. Tapi kalau kenduri kendara kita tak terlepas daripada mengalami masalah ini kerana mungkin ada sesetengah tempat yang masih menggunakan periuk biasa.
Memasak bubur nasi adakalanya jika tidak sentiasa dipantau, bubur boleh hangus dan kesannya meninggalkan bau yang amat kuat pada bubur kita.
Jika mengalami masalah begini, pastinya membuang nasi atau bubur bukan tindakan yang bijak.
Kecewa namun janganlah sampai nasi atau bubur tersebut dibuang begitu sahaja. Dua cara ini mungkin membantu anda kurangkan bau hangusnya. Namun pastikan ia dilakukan ketika nasi masih panas dan cepat-cepat buat tindakan ini. Memang berjaya!
# Cara 1 – Cili Padi
Ketika nasi masih panas, ambil satu atau dua biji cili padi dan buang tangkainya. Basuh bersih kemudian letakkan di dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Hasilnya bau nasi hangus akan menjadi berkurangan. Cubalah.
# Cara 2 – Kentang
Ambil sebiji kentang dan belah menjadi empat bahagian. Letakkan ke dalam nasi dan tutup periuknya. Biarkan seketika dan keluarkannya. Hasilnya bau hangit akan diserap dengan sendirinya dan boleh dimakan tanpa bau yang kurang enak.
# Cara 3 -Cili Kering
Sama seperti cili padi, anda boleh juga menggunakan cili kering bagi menghilangkan masalah ini. Ia masih berfungsi menyerap segala bau hangit tadi.
# Cara 4 – Daun Pandan
Usaha lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan daun pandan. Ambil beberapa helai daun pandan, simpulkan dan kemudian letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit. Nasi bukan sahaja hilang baunya tetapi lebih harum.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyentuh perihal menyediakan hidangan yang menyihatkan untuk keluarga,adalah salah satunya dengan menyediakan nasi yang dimasak daripada beras basmathi. Sebagai mana semua kita mengetahui, beras basmathi adalah kurang berkanji berbanding beras putih biasa. Selain itu, rasanya juga lebih enak dan mempunyai tekstur beras yang lebih panjang dan akan kelihatan cantik setelah dimasak.
Pun begitu, jika tidak tahu cara atau petua memasak beras basmathi ini bimbang juga beras yang panjang akan patah dan tidak menarik bentuknya. Oleh itu ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan kita nampak macam seorang chef pakar yang menyediakannya. Jom semak!
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...