Hari pertama sekolah, momen yang ditunggu oleh ibu ayah untuk menjadikan anak mereka sebagai orang yang berguna dengan menimba ilmu.
Di kala anak-anak lain disiapkan dan dihantar oleh ibunya dengan penuh kasih sayang di hari pertama sekolah, lain pula bagi seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Hana. Hari persekolahannya ditemani oleh bapa dan ibu saudaranya sahaja seperti yang dikongsikan oleh ibu saudaranya di aplikasi Tiktok.
Dalam video tersebut, pemilik akaun sweetiepi418 menulis di ruangan kapsyen bahawa anak buahnya tidak menangis pun ketika di sekolah. Mesti uminya bangga tengok Hana tidak menangis di sekolah. Malah, anak buahnya menyatakan hasrat untuk ‘jumpa’ uminya beritahu dia dah sekolah.
@sweetiepi418sebak🥺 arini acu & baba temankan hana ye..alfatihah untuk ummi hana..mesti umi bangga tgk hana xnngis pon p sekolah.hana ckp balik nanti nk jumpa umi bgtahu dia dh sekolah😭😭😭😭♬ Anakku Sayangku – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Permintaan adik Hana di diletakkan syarat, bahawa mereka boleh bawanya ke ‘rumah’ umi jika dia tidak menangis ketika di sekolah. Dan akhirnya dilunaskan dek kerana Hana tidak menangis ketika di sekolah.
Video yang dikongsikan mendapat lebih 300 ribu tontonan dan rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat adik Hana. Malah, ada yang sedekahkan doa buat ummi adik Hana.
Siapa yang tak kenal dengan pasangan sweet couple, selebriti Eira Syazira dan Azad Jasmin ini sentiasa berkongsi kehidupan keluarga kecil mereka buat peminatnya.
Baru-baru ini, viral pelakon Azad Jasmin menunaikan impian isterinya, aktres Eira Syazira untuk memiliki sebuah ‘rumah impian’. Azad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad turut merakam momen indah ketika membuat kejutan untuk isteri tersayang.
Terbaharu menerusi hantaran video yang dimuat naik Eira di Instagram, memperlihatkan Pak Azad bersahur bersama keluarga hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Apa yang menarik perhatian, celoteh Azad dan Eira yang sibuk menghidangkan sahur buat keluarga di kediaman baru.
Malah pasangan serasi ini tidak sangka live yang dibuat ketika sahur tetap mendapat tontonan ramai.
Dalam pada itu, menerusi tonton video kelihatan secara spontan Eira santuni Pak Azad dengan menghulur hidangan. Malah sempat membebel apabila Pak Azad yang hampir menumpahkan kuah di atas meja makan.
Eira juga turut memberitahu kepada peminatnya bahawa Pak Azad seorang yang berselera ketika sahur.
Melihat keadaan rumah dan lauk pauk yang banyak di hidang di meja, ada yang bertanyakan mengenai pembantu rumah pasangan selebiri ini. Jelas Eira pembantunya telah pulang ke negara jiran atas urusan keluarga.
Kebersihan adalah sebahagian agenda utama yang diambil berat oleh seorang suri rumah bagi memastikan kediaman yang dihuni selamat dan selesa untuk famili. Pun begitu, untuk memastikan rumah sentiasa bersih serba serbi, memanglah bukan suatu pekerjaan yang ringan untuk dilakukan.
Bagi memudahkan urusan itu, ada antara kita terpaksa menggunakan bahan-bahan pembersih untuk memudahkan kerja. Bagaimana pun, beberapa produk yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan pada sebahagian orang.
Oleh itu, ada baiknya kita bertukar kepada menggunakan bahan alami yang lebih selamat. Jom semak!
1. Almari kayu
Jika almari kayu terlihat kotor, segeralah bersihkannya dengan menggunakan campuran minyak sayur-sayuran dan baking soda. Gosokkan segera pada permukaan kayu dan anda akan lihat hasilnya cukup luar biasa. Almari kayu akan terlihat berkilat dan cantik seperti baharu.
2. Tilam
Sekali lagi, gunakan baking soda yang dicampurkan dengan minyak assensial untuk bau yang lebih segar. Caranya cukup mudah, tuangkan adunan tersebut di atas tilam yang terkena kotor dan kemudian beruslah dengan perlahan. Setelah anda puas hati, jangan lupa untuk gunakan penyedut hampa gas bagi memastikan tiada sisa-sisa serbuk baking soda yang tertinggal.
3. Cermin
Caranya cukup mudah dan berkesan. Ambil surat khabar lama dan basahkan. Kemudian gumpal untuk mudah dipegang dan barulah digosok pada permukaan cermin. Hasilnya anda akan lihat serta-merta, cermin berkilau dan cukup bersih.
4. Meja makan
Jika permukaan meja makan adalah diperbuat daripada batu mar-mar pastikan anda membersihkannya dengan air yang di campur bersama dengan hirisan limau berserta garam. Hasilnya cukup luar biasa berkilat dan kesegaran limau memberi aroma yang cukup menyenangkan.
Selain itu, untuk ibu-ibu menjaga permukaan perabot kayu terutama yang agak sensitif dan tidak mahu ia calar, cuba tip mudah ini: 1. Minyak zaitun dan cuka
Campurkan 1/2 bahagian minyak zaitun bersama 1/2 bahagian cuka. Sapukan campuran kedua-dua bahan ini pada permukaan perabot kayu yang tercalar. Anda akan mendapati perabot kayu kelihatan seperti baru semula.
2. Kantung teh/ tea bags
Rendamkkan kantung teh lebih kurang 2 – 3 minit di dalam air panas yang mendidih. Setelah itu, celupkan pemutik kapas ke dalam permukaan air rendaman teh itu tadi. Kemudiannya, gunakan teknik ‘dabbing’ pada permukaan perabot kayu yang calar. Lap lebihan air teh yang pasti mengalir ketika melakukan proses ini. Ulangi cara ini sekerap yang boleh dan anda akan mendapati kesan calar mulai pudar dan seterusnya hilang.
3. Marker pen
Pastikan anda mencari warna marker pen yang seakan-akan sama warnanya dengan perabot kayu anda. Calitkan sedikit marker pen pada permukaan yang calar dan setelah dakwat marker pen mengering, sembunyikan bahagian tersebut dengan penggunaan wax atau varnish.
4. Kacang walnut
Hanya terus gosokkan kacang walnut pada permukaan perabot kayu yang terjejas itu sebanyak beberapa kali. Perhatikan lama-kelamaan permukaan calar itu tadi semakin menggelap dan menghilang. Ini ajaib bukan?
5. Biji kopi/ serbuk kopi
Celupkan pemutik kapas ke dalam serbuk kopi yang dibiar sedikit lembap (dicampur dengan air panas terlebih dahulu). Pemutik kapas itu tadi kemudiannya diaplikasikan pada kesan calar yang ada di atas permukaan perabot. Biarkan selama 15 – 20 minit dan lap dengan segera permukaan kayu itu tadi dengan menggunakan kain yang kering. Kaedah ini berkesan membuatkan perabot kayu anda kelihatan ‘menggelap’ dan seterusnya menyamarkan kesan calar.
6. Jus lemon
Campurkan perahan lemon segar bersama minyak zaitun dalam kuantiti yang lebih kurang sama rationya. Dengan mengunakan lint cloth, ambil sebahagian besar campuran itu dan gosok terus pada bahagian calar perabot sehingga ia mulai hilang.
Sumber: Impiana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiap rasa sayang, kasih dan cinta itu terlalu subjektif untuk diungkai. Ungkap Nicholas Sparks, cinta itu seperti angin, kita tidak mampu melihatnya tetapi mampu merasakannya. Dua watak peranan utamanya sahaja yang mampu menyedari akan setiap ‘rasa’ yang diberikan ini.
Pun begitu, ramai suami yang tidak pandai mempamerkan setiap ‘rasa’ ini kepada pasangan masing-masing. Bukahkah semua rasa ini hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada kita.
Mengapa kita tegar menyembunyikan semua rasa ini kepada pasangan kita, iaitu isteri tercinta. Buat lelaki bergelar suami, lepaskanlah..lepaskan semahunya untuk isteri kita.
Biarkan dia tahu bahawa waktu yang tersisa, pinjaman Allah SWT ini adalah untuknya seorang! Apa suami patut buat? Tip ini pastinya mampu membantu anda.
Jangan Ego
Jangan kalah pada ego seorang lelaki. Benar lelaki punya ego sendiri namun jika anda dapat mengetepikan rasa ego ini untuk pasangan pastinya anda terasa nikmat sebenar cinta. Rendahkanlah sedikit ego anda. Bukan untuk siapa tetapi untuk anda sendiri.
Tiada Lagi Hari Esok
Anggap sahaja seperti tiada lagi hari esok untuk anda menatap wajah isteri atau suami. Ajal maut di tangan Allah. Bayangkan andai hari esok Allah mengambilnya pergi daripada sisi anda. Berikan rasa itu sebaiknya setiap kali anda melihatnya. Jika anda tahu bahawa tiada lagi hari esok, pastinya hari ini anda akan cuba sebaiknya meluahkan setiap bait kata cinta yang pernah diluahkan satu masa dahulu. Tidak rugi anda mulakannya sekarang.
Luahkan Rasa
Tidak ada salahnya jika anda meluahkan rasa cinta saban hari untuk isteri. Ungkapan “I love You” atau “Sayang Awak” bukanlah terlalu susah untuk dilontarkan. Tidak mahu dengan mulut, pesanan ringkas pastinya lebih buat anda berani. Luahkan semahunya. Biar ringkas asalkan sampai maksudnya.
Belajar Kongsi
Tidak hanya anda, ajarlah anak-anak turut sama memberikan ungkapan sayang ini saban hari. Mulakan ungkapan I love you setiap pagi dan sebelum tidur di malam hari. Ajar anak-anak turut melakukan perkara yang sama. Bila sudah menjadi kebiasaan, lama kelamaan ia menjadi aktiviti wajib yang sukar untuk dilepaskan. Mulakan hari ini.
Sentuhan Fizikal
Jika anda tidak tahu caranya atau malu untuk memulakan segalanya, gunakan pendekatan berbeza namun ringkas. Cukup hanya dengan cara fizikal anda. Sentuhan tanda sayang jangan sekali-kali dilepaskan. Pautlah lengannya mesra setiap kali tidur. Biar hanya sedikit sentuhan tapi benar-benar memberi makna. Isteri pasti tahu anda menyayanginya.
Simbolik 2+1
Suami terutamanya sering menggunakan bahasa badan untuk menyampaikan rasa cinta dan sayang. Apa kata sesekali ubah cara ini. Sekalikan bahasa badan anda bersama ungkapan dan luahan rasa melalui ucapan. Simbolik 2+1 ini pasti buat hidup anda lebih bermakna. Percaya bahawa semua ini tidaklah mendatangkan kerugian.
Jangan Lokek Pujian
Pujian kebiasaannya diluahkan daripada lubuk hati yang dalam. Pujian daripada pasangan dianggap perkara paling manis untuk dikenang. Saban hari pasti buat anda tersenyum riang dek kerana pujian suami atau isteri. Jadi berusahalah untuk saling memuji sebagai salah satu tanda anda mencintainya sepenuh hati. “Sayang..awak nampak cantik hari ni.”Dah cukup buat isteri gembira!
Ringankan Tangan
Ringankan tangan bukan hanya untuk sebarang kerja rumah, sebaliknya ringankanlah tangan anda untuk mengirim sistem pesanan ringkas kepada pasangan setiap kali anda keluar bekerja. Cuba anda bayangkan jika tiba-tiba menerima ungkapan ‘I miss you’, bukankah ianya cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Pasti hati berbunga riang. Cubalah.
Renungan Mesra
Pandangan mata seringkali membawa makna yang tersembunyi. Jadi belajarlah untuk memandang pasangan dalam apa jua keadaan pun. Pandanglah dia selagi dia di depan mata. Anggaplah seperti esok anda sudah tidak dapat memandangnya lagi. Kata orang, curi-curi pandang itu lebih terasa nikmatnya. Mulakan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.