Keibubapaan

Janganlah Tanya Soalan Tak Senonoh & Pelik-Pelik Pada Kanak-Kanak!

Share

Benar dan tepat sekali! Terkadang kita tak perasan cara dan percakapan kita untuk memulakan komunikasi bersama anak kecil jauh tersimpang hinggakan bertanyakan soalan tak sepatutnya.

Banyak lagi cara dan soalan yang lebih baik boleh ditanyakan pada anak-anak kecil ketika memulakan bicara. Orang ramai patut peka dengan hal ini.

Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim

menerusi media sosialnya. Bertindaklah prihatin dengan anak-anak orang lain.


Antara soalan tak senonoh dan tak berfaedah di tanya kepada kanak-kanak. Elakkan la soalan begini walaupun untuk secebis content.

1. Ada boyfriend tak?

2. Siapa nama girlfriend?

3. Dekat sekolah ada crush?

4. Ada kawan lelaki yang hensem?

5. Cantik tak kawan perempuan sekolah?

6. Ada suka sesiapa kat sekolah?

7. Pernah jatuh cinta?

Macam dah tak ada benda lain nak borak dengan budak budak, soalan macam ni di tanya.

 

Tak ada faedah soalan begini, seolah olah kita mengalakkan pulak mereka buat perkara begini.

Hal ini turut disokong oleh segelintir ibu bapa yang tidak senang hati dengan persoalan yang nampak remeh tetapi memburukkan minda anak kecil kita.

Jadi bertimbang rasa dan jadi insan yang lebih baik dengan anak kecil. Cakaplah yang baik-baik dengan mereka. Biar minda mereka terjaga dari pertanyaan yang kurang memberi ilmu.

MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my