Selalunya orang akan tunggu cuti panjang untuk pulang ke kampung, barulah rasa puas hati duduk lama-lama ziarah ibu ayah. Kan? Kalau balik hujung minggu sahaja, masa terlalu terhad belum kira masa yang diambil di atas jalan untuk sampai.
Namun lain pula cerita dengan anak jiran yang seorang ini, apabila dia kerap pulang menziarahi ibu bapanya di kampung tanpa perlu menunggu cuti yang panjang.
Mari ikuti kisah yang dikongsikan semula oleh saudara Zairi Ibrahim daripada perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron untuk sama-sama kita renung sebagai satu tauladan.
AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG!
Sebuah renungan untuk kita.
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.
Saya menegurnya, “Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”
SERIBU AMAL JARIAH DILAKUKAN TIDAK AKAN SAMA DENGAN SATU KUNJUNGAN…
Dia berkata, “Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya,
“tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua, tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah,
Ads
“tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya.
“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”
SubhanALLAH…
JANGAN BERKIRA WANG RINGGIT UNTUK MENZIARAHI IBU BAPA
Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan dengan ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.
Ads
Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.
LEBIHKAN ZIARAH IBU BAPA BERBANDING ORANG LAIN
Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain. Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.
Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.
Ads
Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.
RENUNG-RENUNGKAN LAH…
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya.
Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.
Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidah mu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka.
Semoga bermanfaat.
*Terima kasih kepada penulis asal,
Almarhum Cikgu Abd Ghani Haron yang memberi kesedaran kepada kami. ~Al-Fatihah~
Sumber: Facebook Zairi Ibrahim / Abd Ghani Haron
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang suami harus sentiasa memberikan sokongan kepada isteri dalam apa jua tindakkannya termasuk melakukan apa yang diminatinya.
Suami yang menghargai isterinya akan membantu menyerlahkan potensi diri isteri bukannya membiarkan ia pendamkan sahaja.
Perkongsian saudara Akhtar Syamir ini ada benarnya apabila menghargai potensi isterinya. Ikuti coretannya.
Potensi seorang isteri.
Saya bukan syok sendiri, tapi tengok frame tu. Kalau zoom in lagi jelas. Ianya dihasilkan oleh isteri saya. Menarik tak? Bagi saya sangat menarik dan mengagumkan. Bukan kerana ianya dihasilkan oleh isteri saya, tetapi kerana saya tahu sampai bila-bila pun saya takkan dapat buat macam tu.
Manusia ini mempunyai potensi yang tiada batasan. Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang ada kelebihan masing-masing yang jika digilap atau diberi peluang, bakal menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Percaya atau tidak, hampir kesemua potensi yang ada pada diri wanita akan dipendam apabila ia mula menjadi seorang isteri. Yang bagus bersukan akan berhenti bersukan, yang hebat berpidato akan terhad berhujah di rumah sahaja, yang bijak berniaga pun kadang-kala berakhir di dapur sahaja. Ini adalah senario apabila pasangannya menjadi penghalang kepada isteri mengembangkan potensinya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Segala kemahiran dan minat terpendam sedalam-dalamnya.
Bagaimana pula jika pasangan wanita itu seorang yang memberi kebebasan kepada isterinya untuk menyerlahkan potensinya? Lihat sahaja founder-founder produk, ramai yang wanita berkahwin, lihat sahaja leader-leader dan stokis besar, jarang sekali lelaki, tetapi kebanyakannya wanita berstatus isteri. Yang pandai masak, menjadi peniaga masakan yang berjaya, yang pandai bercakap menjadi speaker di kaca tv, yang pandai menulis, menjadi pemberi inspirasi kepada ramai orang, yang pandai menghias, menjadi punca kegembiraan keluarga, yang berseni dapat menyerlahkan bakatnya. Ini termasuklah yang menjadi Doktor, Peguam dan di bidang profesional yang lain.
Jangan ditahan potensi isteri. Buka mata dan lihat minat mereka. Beri mereka peluang menyerlahkan bakat mereka. Tak perlu ditahan-tahan, tak perlu rasa ego tercabar. Mana tahu lukisan yang tiada nilai sekarang, menjadi ribuan ringgit suatu hari nanti. Beri mereka masuk kelas-kelas yang mereka ingini. Kelas memasak, kelas mengaji, kelas perniagaan, kelas seni, jahitan, jualan langsung dan macam-macam lagi Pengakhirannya nanti, kita dan keluarga juga akan dapat manfaatnya.
Semoga kita menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup ini penuh dengan cabaran. Untuk melalui saat sukar ada yang terpaksa mengubah gaya hidup termasuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah.
Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkongsi gambar nasi dan telur goreng berkicap serta kapsyen penuh makna telah meraih perhatian ramai.
Sehingga kini posting berkenaan telah mendapat likes 138K dan lebih 7 ribu share.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Rosyam Nor, lauk berkenaan undang nostalgia dikala susah dan peringatan buat dirinya.
Hidangan yg akan mengingatkan kita disaat kita ‘jatuh’..
Nikmatnya…tak terkata..
Walaupun kita sudah diatas, semoga hidangan ini jadi ‘peringatan’ bahawa ia pernah menemani kita..
LAUK LEGEND PALING ‘TERSEDAP’! TAPI INGATAN KALA SUSAH.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen ada yang bersetuju dengan perkongsian pengarah terkenal itu, ada juga berseloroh mengatakan ia menjadi menu paling sedap tidak mengira susah atau senang.
Bahkan ada yang mengimbau mengatakan ia lauk bekalan waktu persekolah dahulu. Lebih sweet, pelakon lagenda, Fauziah Nawawi turut memberi komen.
Nyata, lauk paling ringkas ini setiap kita punya cerita tersendiri, ada yang sedih dan sebaliknya.
Hidup kita berbeza, cabarannya. Moga perkongsian Rosyam Nor ini menjentik hati kita untuk muhasabah diri.
Bagi pelayar aplikasi TikTok, tentu anda mengikuti akaun Nelysa Norazlan yang sememangnya popular dan mempunyai pengaruh yang tinggi kerana content-content yang di menarik dan membuka minda masyarakat.
Umum mengetahui Nelysa yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini mempunyai seorang adik istimewa yang bernama Akif. Nelysa pernah berkongsikan kisah adiknya yang menghidap sindrom ‘Cri Du Chat’ atau tangisan kucing.
Baru-baru ini, Nelysa telah selamat berangkat ke tanah suci. Dilihat ramai yang menghantarnya ke airport termasuk adik kesayangannya Akif serta beberapa ahli keluarga yang lain.
Namun apa yang menjadi perhatian, adalah apabila Nely memberitahu kepada Akif yang Akif tidak ikut dia ke tanah suci.
Seakan mengerti yang kakak kesayangannya akan meninggalkan dia untuk tempoh yang agak lama. Akif seakan-akan enggan melepaskan Nelysa pergi. Malah sebaik sahaja Nely bersalaman dengan ahli keluarganya dan bergerak ke balai pelepasan, Akif dilihat meronta untuk pergi mendapatkan Nelysa namun dipeluk erat oleh ibunya.
@nelysa_norazlanSaya pergi dulu ya semua. Doakan kami semua selamat sampai. Jaga diri baik baik ❤️
Di ruangan komen, ramai netizen sebak melihat reaksi Akif saat ingin ditinggalkan. Kita semua tahu keakraban mereka? Walaupun keadaan Akif sebegitu, Nelysa kerap membawanya ke mana sahaja dia pergi demi membahagiakan adik kesayangannya itu.
Dalam masa yang sama, ramai yang menitipkan doa agar segala urusan Nelysa di tanah suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.
Terkini, Nelysa telahpun selamat menunaikan umrah bersama suaminya yang berangkat awal 2 hari sebelum Nelysa ke sana.