Musim cuti persekolahan yang panjang ini, inilah masa paling sesuai untuk mak ayah memilih untuk anak-anak lelaki mereka berkhatan.
Namun penjagaannya juga perlu diberikan perhatian lebih-lebih lagi mengenai soal pemakanan. Apa yang boleh dimakan dan apa makanan yang patut dielakkan untuk anak makan.
Pemakanan paling penting perlu dijaga agar luka berkhatan tidak bentan dan cepat elok. Jangan ambil ringan perkara ini kerana ia boleh memberi mudarat seperti jangkitan kuman.
Antara makanan sihat dan digalakkan untuk ibu masak untuk anak berkhatan sudah semestinya makanan yang segar dan tinggi sumber protein dan vitamin C bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Berikut beberapa cadangan menu dan resipi yang dikongsikan oleh Ainini Zainal buat mama.
Ads
1. Ayam bakar kunyit
– Kisar kasar 2 labu bawang putih, bawang besar, 3 inci halia dan 3 inci kunyit.
– Tumiskan bahan tadi selama 10 minit bersama lada hitam, garam dan sedikit gula merah.
– Gaulkan pes dengan ayam dan bakar. Simpan baki pes di peti sejuk untuk kegunaan esok lusa.
– Dihidangkan bersama nasi putih, sayur dan buah-buahan.
2. Bayam goreng bawang putih
– Cincang 3 ulas bawang putih dan tumis bersama minyak kelapa.
– Masukkan kiub pati ayam dan bayam.
– Kacau dan hidangkan bersama bubur.
3. Telur hancur bawang putih
– Tumis bawang putih dengan api kecil selama 5-7 minit.
– Masukkan telur dan sedikit tomato cincang.
– Tambahkan sedikit garam dan hidangkan bersama bubur nasi.
Ads
4. Keledek ala hashbrown
– Cincang kasar 1 biji bawang merah dan 1 keping kecil isi ayam.
– Campurkan bersama keledek yang telah dikukus dan dilenyek.
– Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada putih. Adun sebati.
– Sudukan adunan ke dalam acuan muffin, buat leper.
– Semburkan sedikit minyak dan bakar selama 20 minit pada suhu 160°C
4. Nasi goreng kunyit
– Cincang 2 ulas bawang putih dan 1 inci kunyit hidup. Tumis menggunakan api kecil.
– Masukkan lada hitam, garam, kiub pati ayam, bayam, nasi dan telur.
– Kacau 5 minit dan hidangkan.
5. Keledek ayam dadu bakar
– Potong keledek madu dan tomato dalam bentuk dadu besar.
– Dadukan dada ayam dan gaul dengan lebihan pes kunyit yang sudah dibuat sebelum ini.
– Bakar dalam air-fryer atau oven sehingga masak (saya bakar 30 minit, suhu 160°c dalam air fryer.)
Ads
6. Ikan stim halia
– Tumis bawang putih, halia dan satu batang serai.
– Masukkan garam himalaya, perahan lemon, tomato cincang, sedikit gula kelapa dan air.
– Kelar ikan, tuangkan bahan tumis tadi dan kukus selama 20 minit.
– Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Kadar kenaikan gula dalam badan anak naik drastik kalau diberi makan instant oat atau quick oat.
Dalam pada kita nak bagi anak makan makanan berkhasiat jangan sampai tersilap langkah sehingga memudaratkan kesihatannya.
Jom Kenali Bijirin Oat
Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Ia adalah bijirin bebas gluten sepenuhnya dan kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang hebat.
Kajian menunjukkan bahawa oat dan oatmeal mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ini termasuk membantu penurunan berat badan, menurunkan paras gula dalam darah, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Menurut perkongsian daripada Mazliana Mazlan dalam media sosialnya, walaupun bijirin oat terkenal berkhasiat tetapi jangan salah anggap semua jenis oat mempunyai khasiat tersebut.
Oat segera atau oat pantas (instant oat atau quick oat) patut dielakkan daripada diberi kepada kanak-kanak kerana ia sebenarnya sudah termasuk dalam kategori makanan tinggi proses yang terkenal mengandungi kandungan gula.
Elakkan instant oat dari anak-anak tau.
Quick oat pun sama.
Instant oat dan quick oat, makanan yang tinggi proses sebenarnya. Kadar kenaikan gula dalam badan anak akan sangat drastik bila ambil quick dan instant oat.
Anak boleh je makan oat, tapi kita cuba cari pilihan oat yang lebih baik.
Jenis Oat Terbaik Untuk Anak
3 jenis oat yang saya share ni, antara yang mudah kita jumpa di pasaran.
1. Steel cut oat
2. Oat bran
3. Rolled oat
Oat tinggi dengan fiber dan antara salah satu dari sumber prebiotik. Bagus untuk usus kan.
Senang anak nak membuang tau kalau ambil oat.
Tip Penyediaan Oat
Sebaiknya, kalau nak bagi anak makan oat waktu breakfast, rendam dulu oat dalam air bercampur lemon atau cuka epal waktu malam sebelum. Esok pagi, buang air tu dan bagi anak makan oat je.
Ini Sebabnya Kena Rendam Dulu Oat
Dalam oat ada phytic acid. Phytic acid ni akan kacau penyerapan iron, zink, kalsium, dan banyak mineral lain lagi. Nutrisi tak dapat diserap sepenuhnya, kerana ada kandungan antinutrient phytic acid.
Kalau anak selalu makan oat, tapi kita tak rendam dulu oat sebelum makan, banyak khasiat dari makanan lain, tak dapat diserap pun. Sayang lah kan.
Kalau anak suka sangat makan oat setiap hari, kita kerja lebih sikit untuk rendam oat tau. Supaya anak masih dapat makan makanan yang dia suka, dalam masa yang sama, masih dapat khasiat maksima dari apa saja makanan yang dimakan.
Oat yang saya share kalini, korang boleh je cari di pasaraya. Aeon, Jaya Grocer, Lotus, senang nak jumpa insyaAllah. Shopee pun ada. Yang penting sekali, elakkan instant dan quict oat okeh.
Kebanyakan wanita hari ini memakai Contact Lens atau juga dipanggil kanta lekap bukan sebab rabun semata-mata, malah lebih ramai menggunakan kanta lekap ini bertujuan untuk kelihatan lebih cantik dengan mata yang mempesona.
Biarpun ada yang mengatakan penggunaan contact lens ini boleh membahayakan kesihatan mata, namun tidak kurang pula mengatakan sangat selamat asalkan pandai jaga kebersihan dan tidak dipakai dalam tempoh masa yang panjang dalam sehari.
Wanita yang menggelar dirinya sebagai Nurul Syafika II di laman Fb merupakan pemakai kanta lekap tegar. Ikuti perkongsian tip dan cara yang dilakukan untuk memastikan kanta lekapnya sentiasa bersih dan selamat digunakan. Jom semak!
Saya sudah 7 tahun pakai contact lens. Ada ke yang pakai lebih lama dari saya ? Meh kita borak pasal contact lens. Sini ada sedikit tips penjagaan contact lens yang mungkin sedikit bermanfaat buat pemakai-pemakai contact lens di luar sana.
First saya nak bagi tahu yang saya pakai CL bukan saja-saja pakai, tapi sebab saya RABUN ! Maklumlah pakai spec ni agak leceh, terutamanya bagi ‘hijabster’. Kalian yang tak rabun sepatutnya bersyukur masih boleh melihat dengan terang lagi nyata, so tak perlulah pakai sekadar suka-suka.
Ok kalau nak pakai sangat sini saya ada sedikit tip yang berdasarkan pengalaman saya buat kalian :
Sebelum pakai CL, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun dan bilas. Kalau rasa pedih-pedih cuci balik CL. Mungkin masih ada bulu-bulu degil yang melekat di tangan.
Lepas letak CL dalam mata, titis air Renu khas utk mata bercontactlens. Botol dia sama dengan botol eye glo/eye more.
Biasa kita dengar pakai CL maximum 8jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas CL balik.
Air Renu/apa-apa brand untuk rendam CL wajib ada . Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu! Air paip takkan sama dengan air CL.
CL hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci CL ada caranya, bilas dengan air CL paling kurang 3x.
Buat magic sikit. Hihi. Jgn risau CL takkan jatuh �
Ini adalah petua orang lama dalam Kitab Perubatan Melayu Lama, bagaimana orang dulu merawat batu karang yang kecil.
Dalam pengalaman saya, petua ini sangat mujarab bagi saiz batu karang yang kecil, atau telah dihancurkan dan dilakukan bersama dengan pengambilan air yang banyak.
Dalam kitab ada menyebut amalkan satu cawan (atau gelas kecil) setiap hari selama 40 hari. Batu yang sederhana besar akan pecah dan keluar bersama air kencing.
Bagaimana membuat jus peria?
Bahan-bahan:
Ambil satu biji peria yang sederhana panjang. Basuh dan buang bijinya. Boleh guna peria katak sebagai ganti.
– ¼ buah limau atau lemon yang diperah
– 1-2 sudu teh minyak zaitun
– Madu atau gula kabung sesedap rasa
Cara:
Kisarkan peria, lemon, minyak zaitun dan madu/gula kabung.
Minum setiap pagi bersama air kosong sepanjang hari selama 40 hari.
InsyaAllah selepas beberapa hari kita akan rasa batu karang yang telah dipecahkan keluar bersama air kencing.