Jangan Terpedaya! Scammer ‘Bantuan Warganegara Malaysia’ Kini Berleluasa

Share

Nampaknya scammer masih berleluasa menjalankan kegiatan mereka tanpa menghiraukan mangsa-mangsa yang mungkin kini mengalami tekanan kehidupan. Malah lebih memeritkan apabila ianya terkena kepada warga emas yang kurang peka mengenai aktiviti ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia menerima mesej Bantuan Warganegara Malaysia’ yang akan memberikan RM 900 kepada yang memberikan butiran peribadi pada oautan yang diberikan.

Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada Ahad.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

KKD menerusi PRP telah mengesan satu mesej tular disyaki palsu berhubung Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 yang akan dikreditkan bermula Ahad menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Kenyataan itu menyebut mesej tular tersebut dikenal pasti menggunakan modus operandi sama dengan mesej-mesej yang dikesan palsu sebelum ini.

“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya serta menyebar maklumat yang tidak pasti sebaliknya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

Sumber : Astro Awani

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club