Setiap ibu bapa bimbang apabila anak tidak menunjukkan perkembangan positif dalam bidang akademik.

Anak sepatutnya sudah mahir membaca sebaliknya masih tidak lancar dalam pelajarannya.

Situasi ini mengakibatkan segelintir ibu bapa mengalami tekanan. Namun ada juga ibu bapa beranggapan ia sebagai suatu proses pembelajaran buat anak yang lambat dari segi akademik.

Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh lelaki ini dalam keluarganya. Menerima kekurangan anak seadanya dan percaya akan tiba masanya anak sudah bersedia untuk mengikuti pembelajaran dengan penuh minat.

Semoga perkongsian ini menjadi motivasi buat ibu bapa yang bimbang dengan pencapaian akademik anak.

Bacaan lanjut: 7 Cara Sempoi Nak Displin Diri Kumpul Duit, Ramai Tahu Tapi Susah Nak Buat. Deep!

Seterusnya ikuti perkongsian beliau.

Jangan Terlalu Risau Bila Anak Lambat Pandai, Setiap Anak Ada ‘Time’ Untuk Tunjuk Kebolehan Diri.
Penulis bersama keluarga

Jangan terlalu risau kalau ada anak yang lambat pandai. Slow. Blur. Kurang pickup. Bantu dia untuk ada minat belajar je dulu. Slow tak apa. Jangan stress.

Saya dulu masa darjah 4 masih belum pandai baca Al-Quran. Huruf ظ ط ض masih tertukar. Banyak sangat main tak fokus mengaji. Padahal anak tok imam.

Ads

Turning point saya berubah jadi minat nak belajar bila dalam kelas di sekolah ada seorang ustaz suruh saya baca perkataan-perkataan arab di papan tulis tapi saya tak boleh baca. Malu sangat. Masa tu pertengahan tahun darjah 4.

Nasib baik ada kawan sekelas tolong bacakan, saya ikut bacaan dia.
Selepas balik dari dari sekolah hari tu terus bertekad akan belajar betul-betul. Adik saya Siti Sarah Ismail yang darjah 3 tolong ajar saya baca Al-Quran.

Ayah mengajar juga tapi ayah lumpuh separuh badan sebab stroke jadi tak mampu mengajar dengan sempurna. Tak malu walaupun belajar dengan adik. Sepatutnya abang ajar adik. Kena marah dengan adik no hal lah.

Dah bertekad nak pandai mengaji.
Bila fokus dan istiqamah, Allah bagi terang hati alhamdulillah. Ketika darjah 5 saya terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan Al-Quran. Alhamdulillah UPSR dapat straight A.

Moral of the story, lambat tak apa yang penting pastikan anak-anak ada minat belajar. Biasanya slow dan tak pickup tu sebab tak minat belajar. Kalau dah minat semua jadi senang insyaaAllah. Setiap orang ada timeline masing-masing.

Ads

Sekarang saya mengajar anak-anak istiqamah tak perlu nak laju sangat. Stress kalau terkejar-kejar boleh menyebabkan burnout terus hilang minat belajar.

Sumber: Mohd Yazid Ismail

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Ads

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Jangan Terlalu Risau Bila Anak Lambat Pandai, Setiap Anak Ada ‘Time’ Untuk Tunjuk Kebolehan Diri.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jangan Terlalu Risau Bila Anak Lambat Pandai, Setiap Anak Ada ‘Time’ Untuk Tunjuk Kebolehan Diri.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI