Dulu ramai yang bimbang untuk makan makan telur akan kerana bimbang tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Namun dalam kajian yang terbaru menunjukkan mengambil telur sebanyak dua biji sehari tidak meningkatkan tahap kolestrol terutamanya tahap kolestrol jahat.
Bagi mereka yang ada masalah diabetes dan kolesterol yang tinggi, dan masih bimbang untuk mengambil telur, saya mencadangkan pengambilan telur sebanyak dua biji berselang hari.
Saya masih ingat lagi emak saya selalu menghidangkan menu telur sbg sarapan saya sebelum ke sekolah. Ada kalanya bersama roti, ada kalanya bersama nasi goreng dan ada kalanya dalam bentuk separuh masak.
Saya ingin berkongsi kebaikan telur, terutama pada anak-anak.
Ads
– Membantu kesihatan mata
– Membantu mempercepatkan rasa kenyang dan melambatkan rasa lapar.
– Sumber protin yang baik berbanding dengan daging merah
– Membantu meningkatkan kebolehan minda bagi anak-anak.
– Memberikan tenaga yang berkekalan dalam tubuh
-Menguatkan otot jantung dan saraf
Telur adalah makanan yang natural yang membekalkan nutrien yang terbaik. Galakkan anak kita mengambilnya dalam menu makanan mereka.
Eliakkan makanan yang berproses pada anak-anak.
Ads
Telur juga bagus untuk kesihatan orang dewasa. Saya ingin berkongsikan menu Hj Firdaus agar telur sedap dimakan pada waktu pagi.
– 2 biji telur separuh masak
– 1 sudu teh madu
– 1/2 sudu serbuk kayu manis ceylon
– 1 sudu minyak zaitun
Ads
Ia memberikan tenaga yang berkekalan sehingga waktu makan tengahari.
Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak. Menyentuh tentang waris, andai seorang suami meninggal dunia, selain anak-anak dan isterinya layak mendapat harta peninggalan, jangan terlupa saudara lelaki suami, ibunya juga ada hak mengikut pecahan-pecahannya yang tertentu.
Lalu untuk lebih memahami bahagian untuk seorang isteri terlebih dahulu, di sini dikongsikan secara ringkas untuk mudah difahami bersama. Jom semak fakta-fakta pembahagian tersebut.
Mudahnya Belajar Faraid – (Bahagian Isteri)
Kenapa nak mulakan dengan bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu. Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yang paling sikit.. inilah fakta yang ramai isteri-isteri terlepas pandang..
Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan :
– 1/4 : bila si mati TAK ADA anak
– 1/8 : bila si mati ADA anak
Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yang ada anak atau tak..tapi yang kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian isteri-isteri akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.
Contoh pengiraan :
1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).
2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.
3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.
Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dengan isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun. Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yang sama juga.
Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yang dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka. Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.
.
Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :
Jika si mati (suami) ada anak :
1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32
Jika si mati (suami) tiada anak :
1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16
Dek kerana Drama Melur Untuk Firdaus, nama pelakon baharu dan juga merupakan seorang model dan oengacara, Anna Jobling melonjak naik dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran.
Baru-baru ini, Anna Jobling atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ada menyantuni seorang adik yang merupakan peminatnya iaitu adik Sofia Humaira selepas dia itu menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Anna.
Mengikut perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram @annaluvstory , pada asalnya adik Sofia ingin bertemu Anna semasa di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.
“Terima kasih @annajobling kerana sudi dtg dari KL untuk santuni anak syurga bernama Sofia Humaira binti Mohd Sufian. Banyak pahala bila kita gembirakan hati anak istimewa.
“Semoga doa anak syurga ni yg nak kakak Anna berjaya akan dimakbulkan oleh Allah.
“Kepada Sofia, ibu sayang sofia hingga hujung nyawa. 😭 Semoga Sofia cepat sembuh ok. Ibu sangat happy bila tgk sofia happy.
“Tq my dear love @annajobling @arizarop. Love both of you so4 much. Dari Sofia di ICU HKL nak jumpa, akhirnya tertunai sudah.
“Semoga Sofia terus kuat 💪 sekuat mama & ayahnya 💜 Tq Farah & Pian sbb sudi terima kunjungan dr Anna,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang juga peminat Anna turut mendoakan kesihatan buat adik Sofia. Malah, mereka turut memuji sikap Anna yang sanggup datang dari jauh bagi menunaikan hasrat dan impian peminat cilik itu untuk berjumpa dengannya.
Sedikit info, Anna merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau mendapat tempat keempat di dalam program tersebut. Anna juga telah membintangi banyak drama, namun namanya melonjak naik ketika dia membawa watak utama wanita di dalam drama Melur Untuk Firdaus.
Apabila sudah bertemu jodoh, ada anak-anak yang lebih selesa untuk hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada keluarga.
Jadi, banyak benda perlu diuruskan termasuklah kelengkapan rumah Seperti pinggan mangkuk Dan sebagainya.
Kisah yang dikongsikan Di laman tiktok ini mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, si anak kelihatan mengambil sedikit perkakas dari rumah ibu dan bapa untuk dibawa pulang bersama.
Berdasarkan hantaran daddysyu di laman TikTok, anak perempuannya yang sudah bernikah ingin membawa pulang sedikit perkakas dapur untuk kegunaan dirinya dan suami.
Walaupun mendapat persetujuan ibunya, tetapi reaksi si ayah berbeza.
Selepas diperiksa, rupanya anak perempuannya mengambil sekotak yang mengandungi periuk serta pinggan mangkuk.
Sambil ketawa, anaknya mengatakan hanya sedikit sahaja yang diambil namun ayahnya sempat berleter panjang dalam loghat utara sebelum menyuruh untuk menyimpan kembali barang-barang tersebut di dapur.
“Dia punya sikit tak boleh bawa bincang…kut-kut ini cara mak nak beli barang dapur baru, nice idea.
Itu antara kata-kata warganet pada ruangan komen. Rata-rata mengakui terhibur melihat reaksi anak dan ayah ini.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...