Dalam pada masyarakat bingung memikirkan kos perbelanjaan yang semakin meningkat, Watsons hadir dengan sesuatu yang menerujakan dan memberi solusi terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutama para ibu.
Kini anda semua boleh berbelanja tanpa sekatan lagi kerana Watsons telah memperkenalkan ‘Watsons Moms Club’ yang menawarkan pelbagai faedah istimewa terutama golongan ibu.
Dengan hanya RM 10 sebagai yuran tambahan yang boleh anda miliki di setiap rangkaian Watsons di seluruh Malaysia bermula 1 Disember 2024, setiap perbelanjaan anda akan gantikan dengan pelbagai ganjaran mengikut terma yang ditetapkan.
Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, program ini direka khusus untuk menyokong keperluan ibu dan anak dengan memberikan nilai tambah yang bermakna.
Ads
“Dengan lebih 8 juta ahli di seluruh negara, Watsons Moms Club bukan sahaja menawarkan faedah istimewa tetapi juga membina hubungan bermakna dalam komuniti,” jelas beliau semasa majlis pelancaran.
Antara manfaat yang bakal dinikmati ahli termasuk diskaun tambahan 5% untuk jenama terpilih di kedai dan dalam talian, jemputan ke acara eksklusif, dan hadiah istimewa. Setiap ahli baharu akan menerima baucar bernilai RM50 yang boleh ditebus di lebih 700 cawangan Watsons di seluruh negara.
Ads
Sempena pelancaran ini, Watsons turut mengambil bahagian dalam TCE Baby Expo dari 28 November hingga 1 Disember 2024. Pengunjung yang mendaftar sebagai ahli semasa ekspo akan menerima hadiah bernilai lebih RM100.
Program ini melengkapi keahlian Watsons Club sedia ada yang terkenal dengan program ganjaran menarik termasuk mata ganjaran W Rewards, program eStamp, diskaun ahli sehingga 50%, ganjaran hari jadi istimewa, dan faedah eksklusif melalui aplikasi Watsons MY.
Ads
Watsons turut menawarkan perkhidmatan Watsons Health Assistant yang memberikan nasihat berkaitan kesihatan dan pakej eksklusif untuk pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi.
Majlis pelancaran yang meriah ini turut dihadiri oleh pihak pengurusan Watsons Malaysia dan diserikan dengan hiasan belon merah jambu serta maskot syarikat yang comel, menggambarkan komitmen Watsons dalam menyokong kesejahteraan keluarga Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Orang kata ini ujian, tetapi saya kata ini adalah cabaran dan gurauan Allah kepada saya… kenapa kata gurauan, kerana kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang… bila anggap ujian ini sebagai gurauan kita akan rasa Allah sayangkan kita.”
Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Masitah Mohd Afandy, 32, yang diduga hilang penglihatan akibat kemalangan yang berlaku lebih sebulan lalu.
Kecacatan kekal itu mendorong Masitah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn Bhd lebih bersemangat memberikan motivasi kepada orang lain dan tidak patah semangat walaupun ujian yang dihadapi amat besar.
“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.
Dahulunya wanita ini normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan yang mengorbankan seorang pekerjanya.
“Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerja saya meninggal dunia akibat kemalangan itu saya ada beritahu kepada suami bahawa Allah lebih sayangkan Mok. Disebabkan itulah Allah ambil dia.
“Namun dalam hati saya ada cakap, mungkin Allah tak sayangkan saya tu sebab dia tak nak ambil saya, namun belum sempat saya rasa sedih suami terus kata yang memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan saya dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif saya sehingga sekarang.
Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok dengan rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.
Mengimbas detik hitam itu, Masitah berkata, kemalangan berlaku ketika dia menaiki kereta dipandu oleh kakitangannya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tiada bersama kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.
“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.
“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.
“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.
“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.
“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat.”
Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Bagaimanapun Masitah berkata, sekiranya masih ada rasa sedih itu dalam dirinya, beliau tidak akan membiarkan ia berlarutan.
“Orang terdekat amat mengenali saya dan saya adalah seorang yang susah nak rasa sedih.
“Kalau ada pun, saya akan lihat kembali tujuan dan impian saya antaranya saya mahu beri manfaat kepada orang ramai jadi kalau saya ‘down’ saya akan tanya balik diri saya.
“Saya juga akan hadkan masa sedih itu, beri masa kepada diri saya berapa minit atau berapa jam boleh bersedih. Sebab saya rasa berapa jam yang saya ada untuk bersedih itu sebenarnya banyak orang yang boleh saya bantu dan beri manfaat kepada mereka.
“Saya juga tidak akan tenggelam dalam fasa ‘down’ itu terlalu lama,” katanya.
Dalam pada itu, Masitah menasihatkan orang ramai supaya mencari setiap hikmah dalam cabaran diberikan Allah.
“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, insya-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.
“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Nik Nazri berkata, apa yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri malah menambah rasa sayang.
“Kehidupan perlu diteruskan dan saya tak pernah terlintas untuk cari wanita lain hanya kerana keadaannya (isteri) begitu atau putus asa.
“Bagi saya, dia (isteri) masih orang yang sama, tiada kekurangan pun cuma tak dapat melihat, itu saja.
“Jadi, biar saya menjaganya dan memang itu yang dilakukan daripada awal dia bangun hingga tidur,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berikut adalah perkongsian dari Suhaili Baharudin:-
Secara teknikal nya, lemak (segala jenis minyak) yang tidak bercampur dengan jenis lemak yang lain (minyak kelapa dan minyak zaitun mempunyai elemen berbeza) dapat diproses menjadi sabun dengan syarat:
1. Minyak yang dipakai hendaklah sejenis dan tidak bercampur.
2. Minyak yang telah digunakan tidak melebihi 3 kali masakan.
3. Penyimpanan yang rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang perosak.
4. Minyak yang telah dipakai haruslah ditapis menggunakan cheese-cloth/muslin cloth untuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan yang tertinggal.
5. Asingkan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng daging/ikan dengan bahan ‘hijau’. Contoh, minyak menggoreng ikan perlu diasingkan dari minyak menggoreng cendawan celup tepung/kentang goreng.
Resipi Sabun Minyak Terpakai:
190 gram air – Boleh guna air suling atau air tapis
500 gram minyak terpakai
70 gram lye – caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide dan boleh dibeli di kedai hardware.
Cara-Cara Membuatnya:
1. Pastikan korang menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.
2. Pastikan juga korang tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.
3. Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia ja tuh ke atas permukaan larutan tersebut.
4. Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Doesn’t matter. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.
5. Sebati sebegini bermaksud semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.
6. Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Jangan guna bekas logam.
7. Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.
8. Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
Perhatian: Lye boleh dineutralkan menggunakan cuka putih dan anda perlu membersihkan kesan lye selepas selesai kerja-kerja dilakukan. Sekiranya terdapat saki baki tertinggal, biarkan beberapa hari dan cucilah kemudiannya menggunakan air panas (kerana ia telah bertukar menjadi sabun).
Nota: Tidak boleh cuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu kerana untuk buat sabun ini ada proses kimia yang perlu dilalui.
Dalam bulan Ramadan ini, selain bersedekah, beramal ibadah, menggembirakan hati orang juga dapat meraih pahala berganda-ganda lebih-lebih lagi jika sewaktu itu ada yang sedang berduka.
Seperti yang dilakukan oleh seorang Tiktokers ini yang dikenali sebagai Abe Bakar wajar dipuji selepas tindakannya itu berjaya mengubat rindu dua orang pengawal keselamatan warga Nepal terhadap makanan tradisi di kampung halaman mereka.
Abe Bakar telah memuat naik satu hantaran video dirinya bertanyakan makanan yang paling dirindui dan diingini kepada dua orang pengawal keselamatan warganegara Nepal yang sedang bekerja.
“Ada tak satu makanan yang you nak sangat-sangat makan tapi tak makan lagi?”
Setelah mendengar jawapan yang diberikan pengawal keselamatan tersebut, Abe Bakar kemudiannya telah membeli bahan untuk membuat sejenis makanan tradisi Nepal yang bernama Nepali Momo.
Seterusnya beliau telah memberikan makanan tersebut kepada kedua-dua pengawal keselamatan tersebut untuk menjamu selera.
Dapat dilihat, reaksi yang daripada kedua-dua pengawal keselamatan itu sangat gembira selepas dapat menjamah makanan tradisi negara mereka setelah sekian lama tidak merasa.
Video tersebut mendapat banyak komen positif dari netizen yang memuji tindakan murni Ade Bakar dalam menggembirakan orang sekeliling tanpa memilih bangsa mahupun warganegara.
Semoga momen ini dapat meninggalkan seribu satu kenangan manis buat pegawal keselamatan tersebut untuk dibawa dan diceritakan kepada sanak saudara dan keluarga apabila pulang ke kampung halaman nanti.
Suka sangat content yang macamni. Dia tahu orang tu jauh & mesti rindu makanan tempatan dia 🥹 pic.twitter.com/N9hWBQmIVj
Intan Sarafina ‘maintain’ langsing dan fit, usia dah 43 tahun tapi nampak macam anak dara. Jika dilihat pada raut wajah dan bentuk tubuhnya, tiada siapa yang menyangka penyanyi, Intan Sarafina sedang meniti usia 43 tahun.